Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 4 April 2019

Calon Bebas Rantau Yang Menyamar Jadi Ahli PAS Enggan Mengulas Isu Keahlian Parti..

PRK RANTAU | Calon bebas yang dibuang keahlian Amanahnya serta merta kerana masuk bertanding pilihanraya kecil Rantau, Mohd Nor Yasin enggan mengulas lanjut perihal keanggotaannya sebagai ahli Amanah.

Sedikit kronologi ringkas;

👉 Mohd Nor diumumkan bertanding di PRK Rantau sebagai calon bebas.

👉 Media melaporkan Mohd Nor merupakan bekas calon PAS di PRU ke 13 bagi merebut kerusi DUN Gemencheh.

👉 Netizens pro PH kemudiannya mentertawakan PAS dan BN kerana beranggapan calon itu telah melakukan sabotaj ke atas parti pembangkang.

👉 Netizens pro pembangkang pula membalas serangan dengan menyebarkan dakwaan Mohd Nor sebenarnya adalah ahli Amanah.

👉 Netizens pro PH pula mempertahankan diri kononnya Mohd Nor adalah agen yang dihantar dari pihak lawan untuk menyusup ke dalam Pakatan Harapan dan melakukan kacau bilau.

👉 Namun netizens pro pembangkang tidak berdiam diri, kali ini serangan mereka datang dengan gambar yang Mohd Nor bukan setakat masuk menjadi ahli Amanah bahkan penyertaannya itu diraikan oleh ADUN Paroi.


👉 Peperangan maya dua kumpulan itu semakin memuncak apabila Adun Paroi mengesahkan Mohd Nor merupakan ahli Amanah dalam satu post di Facebooknya, namun entah kenapa post itu kemudiannya dipadamkan. 

👉 Netizens pro pembangkang yang bagaikan menang loteri mengambil kesempatan untuk menyelongkar post lama Adun Paroi dan berhasil menemukan sekurang-kurangnya tujuh kali suntingan dilakukan oleh ADUN itu ke atas post bergambar yang melaporkan penyertaan Mohd Nor ke dalam Amanah. 


👉 Itu yang berlaku di laman sosial. Di dunia realiti pula, Mohd Nor Yasin mengakui beliau sebenarnya merupakan ahli PAS dan bukannya ahli Amanah. 


👉 SU Agong PAS, Takiyuddin kemudiannya mengeluarkan kenyataan media memaklumkan Mohd Nor telah keluar dari PAS dan menyertai Amanah pada 10 Mac 2019, justeru itu Mohd Nor bukan lagi ahli PAS bagi menafikan kenyataan Mohd Nor Bin Yasin.

👉 Amanah juga mengakui Mohd Nor merupakan ahli parti itu dan bertindak memecat keahlian Mohd Nor serta-merta.

👉 Blame game kemudiannya berlaku di antara dua pihak. Pro PAS mendakwa PH mempunyai agenda memburukkan PAS. Dan pro PH pula mendakwa PAS mempunyai agenda memalukan Amanah.

👉 Sementara kedua-dua kumpulan itu sibuk bermain blame game, Mohd Nor sempat menyembunyikan diri dari pihak media.

👉 Alasan Mohd Nor ialah beliau sedang sibuk menyusun strategi dan merangka kempen kerana akan melancarkan manifestonya.


👉 Ketika ditanyakan mengenai keahlian partinya, Mohd Nor enggan mengulas lanjut, boleh jadi kerana telah kantoi. - 3 April 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...