Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 3 April 2019

Kerana Sardin, Adun Ketari Diserang Dengan Komen Tidak Senonoh..

NURUL ASYIKIN | Nampaknya sikap taksub membenci pihak tertentu ke atas Pakatan Harapan sudah memasuki fasa ke tahap yang tak masuk akal..

Terbaru, ADUN Ketari Young Syefura menjadi bahan ejekan pembangkang kerana menganjurkan kelas membuat sardin.

Adun itu bukan sahaja telah ditertawakan dan dipertikaikan kerana menganjurkan kelas membuat sardin bahkan sesetengah netizens pro pembangkang telah melakukan serangan berbentuk kelucahan dan gangguan seksual.

Komen-komen seperti,"sardin baru atau sardin terpakai", "bau sardin macam ini ke, sedapnya" dan beberapa yang lain diperlihatkan mendapat jumlah like yang tinggi.


Apabila semakan dilakukan untuk meninjau profile yang menyukaikan komen-komen dan serangan seksual itu, didapati.... mungkin lebih baik untuk tidak kita katakan secara terbuka. 

Tetapi nak bagitau, perjuangan Islam perlu disusuli dengan tindakan bukan sekadar kata-kata. Perjuangan Islam perlu diperlihatkan sebagai perjuangan Islam, jangan cemarkan ia dengan tindakan memalukan diri sendiri.

Berbalik kepada serangan yang diterima oleh Adun Ketari, sesetengahnya mungkin beranggapan ia adalah perkara kelakar untuk seorang wakil rakyat menganjurkan ataupun terlibat dalam kursus seperti membuat sardin.

Sebenarnya ianya tidak kelakar. Kursus membuat sardin ataupun pelbagai lagi kursus yang dianjurkan oleh Kementerian Asas Tani secara percuma ini ada banyak manfaatnya kepada golongon B40, suri rumah, warga emas, penganggur dan anak muda yang masih mencari-cari peluang.

Kursus-kursus berbentuk kemahiran ini sebenarnya adalah peluang menjana pendapatan dan juga menjimatkan kos sara hidup.

Bagaimana?

👉 Belajar buat/proses ikan sardin kepada sardin sedia masak

👉 Boleh buat sendiri kat rumah dan jimat duit dari beli sardin kat kedai

👉 Apatah lagi sekarang neh terlalu banyak sardin yang diragui kebersihan dan status halalnya, membuat sardin sendiri adalah lebih selamat

👉 Bagi yang sudah mahir dan mempunyai sedikit modal, boleh meniagakan sardin buatan sendiri

👉 Boleh marketkan sardin buatan sendiri itu selamat tanpa bahan pengawet dan sebagai produk bumiputera

👉 Kan pembangkang sendiri anti kepada produk cina dan siap buat kempen boikot blablabla..

👉 Inilah salah satu cara untuk belajar buat satu produk halal, selamat dan berstatus bumiputera, kenapa nak kecam pula?

Nampak sangat kebencian tak terbatas dari kumpulan pembangkang ini dipandu dengan sikap membutatuli.


Usaha dari Adun Ketari ini adalah usaha yang bagus. Sepatutnya sebagai pembangkang anda perlu mempromosikan usaha yang bagus dan mengalakkan orang untuk menyertai program-program sebegini untuk menambahkan kemahiran diri. 

Kemahiran itu pula boleh digunakan untuk mencari rezeki samada secara sampingan ataupun tetap.

Mempersendakan Adun Ketari sehingga ke tahap serangan seksual, membuktikan akal pembangkang bermasalah dan perlu menerima rawatan. - 3 April 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...