Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 1 Julai 2019

Kenapa PH Cepat Sangat Nak Jual Aset Negara?

Najib Razak | Mengikut laporan media The Edge yang memetik sumber dalaman, kerajaan PH sedang mempercepatkan penjualan aset negara:

1. Syarikat UEM Edgenta and UEM Sunrise dan Cement Industries of Malaysia (CIMA) dalam perbincangan untuk dijual kepada syarikat-syarikat swasta.

2. Syarikat lebuhraya PLUS Malaysia dicadang untuk dijual kepada salah satu dari tiga orang tokoh korporat yang dekat dengan PM ke-4.

3. Kepentingan dalam Malaysia Airports Berhad dibincang untuk dijual kepada syarikat lapangan terbang United Kingdom.

4. Syarikat penerbangan MAS akan dijual kepada syarikat Lufthansa dari negara Jerman atau China Eastern Airlines dari China.




Wartawan The Edge pun persoalkan kenapa syarikat IHH Berhad telah dijualkan dengan begitu cepat kepada Jepun dengan harga yang rendah kerana masa BN kita telah kuat berusaha untuk membina syarikat ini kepada antara syarikat kumpulan hospital terbesar di dunia.

Mungkin masa kerajaan PH dah semakin singkat.

Oleh itu penjualan aset-aset negara perlu dipercepatkan.

ii) Auta Menteri Kewayangan tak pernah berhenti.

Guan Eng kata, kaedah tender terbuka untuk menjual hartanah negara mestilah melibatkan pelantikan ejen hartanah untuk menjalankan tender terbuka.

Eleh.. Macam kerajaan BN tak pernah sekalipun menjual bangunan atau tanah.



Tak pernah sekalipun kerajaan BN melantikkan ejen atau broker apabila mahu menjual bangunan kerajaan.

Hanya dia seorang sahaja buat macam ini.

Masa dahulu, jika kerajaan BN mahu jual bangunan atau tanah, tender akan dibuka untuk pembeli terus membuat bidaan kepada kerajaan.

Mana ada melibatkan ejen?

Saya bagi contoh notis tender Telekom Malaysia di bawah kerajaan PH yang menjual dua menara mereka awal tahun ini.

Adakah penjualan banguna-bangunan Telekom itu melibatkan broker atau perlu melalui ejen hartanah?

Tak. Mana ada sebut broker atau ejen?

Guan Eng kata nilai bangunan Malaysia Building di Hong Kong milik kerajaan yang dia jual itu adalah sekitar RM1.68 bilion.

Biasanya caj komisyen orang tengan dan ejen adalah sekurang-kurangnya 3%.

Maka bayaran kepada ejen untuk penjualan ini sudah RM50.4 juta.

Itupun jika caj hanya 3%.

Kroni-kroni kerajaan PH tentu happy.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...