Katanya, kebimbangan bahawa kerajaan Pakatan Harapan mengolah akaun lembaga itu hanyalah isu pembangkang dan bukan kebimbangan rakyat.
“Kebimbangan itu adalah kebimbangan pembangkang. Pihak yang memanipulasi TH bukan dari kerajaan ini,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab gesaan Annuar Musa (BN-Ketereh) yang menuntut suruhanjaya itu diadakan bagi menyiasat dakwaan manipulasi tersebut.
“Rakyat amat bimbang dan curiga,” kata Anwar yang turut dicelah wakil pembangkang lain dengan tuntutan serupa.
Pada sidang medianya selepas itu, Mujahid berkata tindakan pemulihan ke atas Tabung Haji berjaya merekodkan penjimatan sebanyak RM58 juta dalam kos operasi pengurusan dan pentadbiran.
Jelasnya, sebanyak RM204 juta dibelanjakan untuk pengurusan dan pentadbiran pada suku pertama 2019 berbanding RM262 juta bagi tempoh sama tahun lalu.
“Soal bilangan masih sama iaitu kita menguruskan 30,200 jemaah haji, sepatutnya dalam bilangan sama, kos kita naik tapi dengan penjimatan kita dapat jimat perbandingan pada masa dulu.
“Bilangan jemaah sama, dan sepatutnya peningkatan 10%, tetapi tak naik, usaha kita menjimatkan operasi terbukti berjaya,” kata Mujahid di lobi Parlimen. – 1 Julai 2019.