Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 1 Julai 2019

Hutang Negara Kini Bertambah Kepada RM797.4b, Najib Sekolahkan Penyokong Pakatan Harapan.

Najib Razak | i)  Pada 27 Jun 2019, Menteri Kewayangan pinjam lagi RM4 bilion. Bayar balik tahun 2039.


Maka hutang rasmi negara hari ini naik ke RM797.4 bilion berbanding RM686.8 bilion pada akhir tahun 2017 di bawah BN.

Bulan depan kita cecah RM800 bilion.

Belum lagi mengambil kira duit RM82 bilion Petronas yang dipaksa bayar kepada kerajaan PH.

Selepas pinjam banyak tahun lepas, kerajaan PH terus menambah hutang negara dengan kadar yang jauh lebih pantas berbanding masa BN.

Tak sampai setengah tahun 2019, mereka telah pinjam RM74.3 bilion (RM67 bilion sukuk tempatan serta RM7.3 bilion bon Samurai) dan bayar balik RM17.7 bilion.

Guan Eng kata pinjaman 1MDB sebanyak RM30 bilion jahanamkan negara walaupun ada projek-projek bernilai RM140 bilion (Bandar Malaysia dan RM40 bilion (TRX) serta perjanjian penyelesaian dengan IPIC.

Tapi dia tambah hutang negara dengan sebanyak RM56.6 bilion net dalam 6 bulan sahaja pula..

 


Sekarang dia sedang berkunjung ke China untuk pinjam bon Panda.

Jika kadar ini berterusan, hutang rasmi negara akan cecah RM1 Trilion pada akhir tahun depan.

ii) Kerajaan PH tahu kebanyakan Rakyat tidak akan meniliti dan membandingkan kenyataan akhbar mereka sekarang dan apa yang mereka pernah keluarkan.

Ramai yang akan telan begitu sahaja apa yang PH umum tanpa sedar bahawa mereka ditipu dengan terang-terangan.

 
Grafik Oleh Najib Razak
Oleh itu, ianya senang untuk mereka mengeluarkan propaganda untuk membohong kepada Rakyat dan memperburukkan nama kerajaan BN dahulu.

Isu hutang negara ini adalah satu contoh.

Pada akhir bulan Mei 2018 iaitu selepas PRU14, Menteri Kewayangan mengejutkan Malaysia apabila dia umum hutang negara adalah RM1 trilion.

Pada masa itu, dia memberi butiran seperti berikut:

Tahun 2017:


1. Hutang langsung - RM686.8 (50.8% dari KDNK)
2. Jaminan kerajaan - RM199.1 (14.6%)
3. Liabiliti pajakan untuk projek PPP - RM201.4 (14.9%)
Jumlah: RM1.087 Trilion (80.3% dari KDNK)


24 Mei 2018: Guan Eng dedah perincian hutang RM1 trilion
http://www.astroawani.com/…/guan-eng-dedah-perincian-hutang…

Namun pada awal bulan Jun 2019 ini, Menteri Kewayangan tiba-tiba mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa hutang negara pada akhir tahun 2018 sudah naik ke RM1.1 trilion.

1 Jun 2019: Hutang negara cecah RM1.1 trilion
https://www.malaysiakini.com/news/478246

Selepas dikecam oleh Rakyat dan netizen, Guan Eng pula mengeluarkan kenyataan akhbar keesokan hari bahawa walaupun nilai hutang meningkat tetapi PERATUSAN hutang telah menurun.

2 Jun 2019: Hutang dan liabiliti kerajaan menurun: Guan Eng
https://www.sinarharian.com.my/…/Hutang-dan-liabiliti-keraj…

Di dalam kenyataan "cover line" Guan Eng ini, dia memberi angka-angka baru untuk hutang dan liabiliti bagi tahun 2018 dan 2019.

Sekarang, dia memberi butiran ini pula untuk hutang tahun 2017 dan 2018:

Tahun 2017:


1. Hutang langsung - RM686.8 (50.1% dari KDNK)
2. Jaminan kerajaan - RM101.4 (7.4%)
3. Liabiliti pajakan untuk projek PPP - RM298.8 (21.8%)
Jumlah: RM1.087 Trilion (79.3% dari KDNK)


Tahun 2018:


1. Hutang langsung - RM741.1 (51.2% dari KDNK)
2. Jaminan kerajaan - RM133.2 (9.2%)
3. Liabiliti pajakan untuk projek PPP - RM217.1 (15.0%)
Jumlah: RM1.091.4 Trilion (75.4% dari KDNK)


Perhatikan angka yang diberi oleh Guan Eng untuk Jaminan kerajaan dan liabiliti PPP untuk tahun 2017 sekarang adalah JAUH BERBEZA dengan apa yang dia beri pada bulan MEI 2018.

Dulu dia kata jaminan kerajaan untuk tahun 2017 adalah RM199.1 (14.6%).

Sekarang dia kata jaminan kerajaan untuk tahun 2017 ialah RM101.4 (7.4%).

Dulu dia kata liabiliti PPP untuk tahun 2017 adalah RM201.4 (14.9%).

Sekarang dia kata dia kata liabiliti PPP untuk tahun 2017 adalah RM298.8 (21.8%).

Perubahan RM100 bilion dalam mana-mana angka hutang atau liabiliti negara bukan kecil tapi dia buat juga kerana tahu Raykat senang ditipu walaupun ianya tidak masuk akal bahawa Menteri Kewangan sebuah negara boleh memberi angka yang jauh berbeza mengenai hutang negara setiap kali dia buat pengumuman.

Setelah dia tambah liabiliti PPP untuk tahun 2017 dengan sebanyak RM100 bilion, dia kurangkannya sebanyak RM98 bilion untuk tahun 2018 supaya boleh claim liabiliti PPP telah jatuh dengan banyak.

Bolehlah dia claim bahawa walaupun hutang langsung dan jaminan kerajaan sudah naik, peratusan hutang negara kepada KDNK turun 3.9% kerana liabiliti PPP telah turun 3.9%.

Ini jelas menunjukkan bagaimana Guan Eng menipu dengan memindah-mindah angka hutang negara dari jaminan kerajaan kepada liabiliti PPP.

Dia boleh buat begini kerana angka liabiliti PPP ini hanya diketahui oleh Guan Eng seorang sahaja dan tidak diumumkan secara rasmi setiap bulan oleh BNM seperti untuk hutang terus dan jaminan hutang kerajaan.

(Dia pernah mengaku bahawa liabiliti PPP ini adalah sewa yang pajakan yang kerajaan perlu bayar sehingga tahun 2045 tapi tak mahu menjawab kenapa dia guna tahun 2045.)

Oleh itu, dia boleh claim lah bahawa nibah hutang negara telah jatuh kerana kejatuhan besar angka PPP ini.

Kalau kita mengikut data BNM pula, hutang rasmi negara hari ini sudah naik ke RM797.4 bilion manakala jaminan kerajaan adalah RM267.3 bilion.

Tanpa liabiliti PPP, hutang negara campur jaminan sudah naik ke RM1.065 trilion iaitu telah cecah RM1 trilion hari ini.

Nampak tak penipuan dia?


iii) Graf ini menunjukkan pinjaman baru (biru tua) dan bayaran balik (biru muda) hutang negara.




Warna merah pula melambangkan pinjaman baru bersih ataupun net borrowings iaitu pinjaman baru tolak bayaran balik.

Pinjaman baru bersih (merah) inilah yang menaikkan hutang negara.

Trend bahagian warna merah inilah yang penting.

Tahun 2016, BN pinjam RM86.0b tapi bayar balik RM48.1b bermakna hutang tambah RM37.9b.

Tahun 2017, BN pinjam RM113.9b tapi bayar balik RM73.2b. Maka hutang tambah RM40.8b.

Tahun 2018, PH pinjam RM114.8b tapi bayaran balik turun menjadi RM62.8b. Hutang negara tambah RM52.0 bilion.

Untuk 6 bulan pertama tahun 2019 sahaja, PH telah pinjam RM74.3 bilion tapi cuma balik RM17.7b sahaja. Hutang negara tambah RM58.6 bilion.

Jika trend ini disambungkan untuk 6 bulan terakhir tahun 2019 ini, maka hutang negara akan bertambah RM117.2 bilion untuk tahu ini sahaja.

Kalau PH tidak menjarah wang begitu besar dari PETRONAS sehingga mereka diturunkan taraf (downgrade) minggu lepas serta penjualan aset-aset negara tidak diambil kira, sudah tentu hutang negara akan bertambah lagi RM100 bilion.

Dah sampai RM900 bilion.

Ini bukti bahawa PH menaikkan hutang negara pada kadar jauh lebih pantas berbanding BN.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...