Penyebaran gambar itu dilakukan dengan niat membayangkan tindakan mengkritik Latheefa Koya adalah berbaloi kerana akhirnya Ketua Pengarah SPRM itu tunduk pada tekanan dan kritikan yang diterimanya.
Mereka beranggapan telah mendapat kemenangan moral apabila Ketua SPRM itu tidak lagi dilihat memakai reben perkhidmatan dalam gambar tular itu.
Sebelum ini netizens pro pembangkang dan UMNO mempertikaikan pakaian segaram yang dipakai oleh Ketua Pengarah SPRM kerana memakai reben perkhidmatan meskipun kurang sebulan (ketika itu) berkhidmat di SPRM.
Latheefa dalam jawapan balasnya berkata beliau lebih focus untuk menyelesaikan masalah rasuah dan bukannya butiran pakai seragam.
Dalam kenyataan itu juga, Latheefa mengesahkan berlakunya kekhilafan dalam pemakaian reben perkhidmatan tersebut dan ianya telah diperbetulkan.
"Pertamanya, bar ribbon yang dikepilkan ke atas saya adalah berdasarkan Perintah Tetap Ketua Pesuruhjaya SPRM Bab A (Dasar), Bil 1 Tahun 2012, yang telah mengarahkan bahawa seseorang Ketua Pesuruhjaya berdasarkan jawatannya dikehendaki memakai bar ribbon seperti yang disenaraikan.
Walaupun pada asasnya ianya adalah betul dan boleh diterima, namun terdapat sedikit kekhilafan dalam bar ribbon yang kini telah pun diperbetulkan," katanya dalam satu kenyataan. - 2 Julai 2019.