Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 2 Julai 2019

Jeluntong Mengaku Dah Isytihar Harta Tapi Dalam Website SPRM Takde Maklumat..

POLITIK |Ahli Parlimen Jeluntong, S.N Rayer mempertahankan dirinya apabila dikritik belum mengisytiharkan harta kerana tiadanya maklumat dalam portal SPRM.

Menurut Ahli Parlimen DAP itu beliau telah pun membuat pengisytiharan aset dan hartanya kepada SPRM seperti yang perlu dilakukan oleh semua Ahli Parlimen kerajaan.

Namun jawapannya itu tidak mampu memuaskan hati semua pihak.

Antaranya, Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Ahmad Fadhli yang nampaknya mempertikaikan kenyataan Rayer itu.

"Saya bangun dua kali tadi semasa YB Jelutong berucap membahaskan usul mewajibkan ahli parlimen mengisytiharkan harta. 

Dua kali bangun dan dua kali YB Jelutong tak bagi laluan. Namun akhirnya beliau berhenti sebelum cukup masa yang diperuntukkan.

YB Jelutong dalam ucapannya menyatakan bahawa beliau telah isytihar aset tetapi tidak dipaparkan di laman web SPRM. 


Saya hanya ingin bertanya, adakah beliau bermaksud SPRM telah memalsukan maklumat atau memaparkan maklumat palu ATAU beliau bermaksud bahawa beliau telah menghantar maklumat yang palsu?

Wallahualam. Apapun,saya dan YB Jelutong tiada masalah peribadi. Sekadar penghujahan di dewan rakyat,"
katanya dalam satu kenyataan. 


Berdasarkan semakan di portal https://mydeclaration.sprm.gov.my/, sememangnya tiada nilai aset yang dipaparkan atas nama S.N Rayer.


Ahli Parlimen Jeluntong mendakwa telah membuat pengisytiharan. Namun ia tidak dipaparkan sama sekali di portal SPRM. - 2 Julai 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...