Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 1 Julai 2019

Isytihar Harta Tiada Dalam Islam, Dilarang Tuhan.. - Tuan Ibrahim Tuan Man.

THE MALAYSIAN INSIGHT | PAS menolak usul bagi mewajibkan ahli Parlimen, isteri, dan anak wakil rakyat mengisytiharkan harta, kata timbalan presiden parti itu, Tuan Ibrahim Tuan Man.
 

 
Beliau berkata PAS menolak usul tersebut kerana tindakan mengumumkan harta kekayaan ditegah oleh agama serta kebimbangan mengenai faktor keselamatan.

Selain itu, terdapat undang-undang sedia ada yang meliputi perisytiharan harta itu, tegasnya sewaktu mengulas usul yang sedang dibahaskan di Dewan Rakyat.

“Ia melibatkan isteri dan anak-anak dan sebagainya. Dalam Islam ada hadis, kalau Tuhan beri harta jangan heboh kepada orang ramai kerana pendengkinya ramai.

“(Selain itu ia melibatkan) Soal keselamatan bila isytihar harta, (ke atas) individu dan keluarga.

“Apa asas isytihar harta, negara kita ada undang-undang, ada undang-undang cukup, lagipun semua hasil mesti dilaporkan ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Tidak ada keperluan ada akta itu,”
kata Tuan Ibrahim kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Ahli Parlimen pembangkang tidak perlu mengisytiharkan aset kerana tiada akses kepada projek kerajaan seperti wakil rakyat kerajaan.

“Pembangkang tiada akses dapat projek kerajaan, kalau pihak kerajaan itu betul, ada akses daripada pihak kerajaan,” katanya.

Beliau berkata pihak kerajaan seharusnya dapat meneliti dengan cermat sebelum memutuskan untuk membawa usul berkenaan ke Dewan Rakyat.

“Kita tak sokong usul ini melainkan dipinda satu landasan kepada undang-undang yang ada merujuk kepada satu akta.

“Kalau setakat usul tidak ada apa, kita kena cermat, kita jangan gopoh, kaji implikasi, jangan bila terdesak kita buat, kemudian tarik balik.

“Bagi saya kena teliti dengan cermat sebelum bentang di Parlimen,” katanya.

Usul untuk mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar aset itu dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong pagi ini.

Liew berkata, usul berkenaan dikemukakan atas prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan.

Katanya, pada masa ini tiada undang-undang yang mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar aset dan berharap semua wakil rakyat akan menyokong usul tersebut.

Rang undang-undang itu antara lain akan mewajibkan individu yang gagal mengisytihar harta dibawa jawatankuasa hak dan keistimewaan Parlimen.

Wakil rakyat yang membuat perisytiharan palsu pula akan disabitkan kesalahan mengikut Seksyen Section 3, Akta 783 (Akuan Berkanun) dan Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih tiga tahun ataupun denda.

Liew memberitahu Dewan Rakyat, akuan berkanun itu perlu dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa tiga bulan dari tarikh usul berkenaan diluluskan.

Akuan berkenaan juga perlu disalin kepada ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), katanya.

Menurutnya, senarai ahli Dewan Rakyat yang sudahpun mengisytiharkan harta akan dipamerkan di portal SPRM dan butirannya akan kekal selama tiga bulan di portal tersebut. – 1 Julai 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...