Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 2 Julai 2019

Halaman MoF Sahkan Kaligrafi Mandarin Sememangnya Digantung Untuk Sambutan Tahun Baru Cina..

SOSMED | Nampaknya peperangan online antara netizens pro pembangkang dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam isu kaligrafi cina di pejabat Kementerian Kewangan memasuki episod kedua.


Sebelum ini Lim Guan Eng dikritik kerana mengantungkan kaligrafi cina di bangunan Kementerian Kewangan. Menteri itu disindir dengan pelbagai kenyataan;



"Ini kat Taiwan ke?"



"Mula-mula tulisan lepas tu habislah satu Malaysia jadi cina"



"Kenapa tak utamakan bahasa melayu?"



"Kata saya Malaysian dulu, ini apasal ada tulisan cina?"


"Takpelah, janji berhenti waktu azan.."


Oleh netizens yang mengikuti perkembangan insiden itu.


Lim Guan Eng kemudiannya menjawab, kaligrafi cina itu sebenarnya digantung bersempena sambutan Tahun Baru Cina dan sudah lama berada disitu.

Lim juga berkata, hal tersebut tak sepatutnya menjadi isu. Dan wartawan juga dinasihati olehnya agar tidak terpengaruh dengan perangai hilang akal pihak-pihak yang mengkritik pemasangan kaligrafi cina di pejabatnya itu.

Menurut Lim Guan Eng lagi, surah Alquran juga terdapat dalam pejabatnya, maka tak sepatutnya pemasangan kaligrafi cina itu dijadikan polemik.

Adapun kritikan netizens tak berhenti setakat itu. Mereka mempertikaikan apakah rasionalnya membiarkan kaligrafi cina itu digantung meskipun Tahun Baru Cina telah lama berlalu. Sebagai respon di atas kenyataan Lim Guan Eng.

Malah sesetengah netizens juga mendakwa kaligrafi cina itu hanya dipasang selepas berlalunya Tahun Baru Cina. Dan bukannya dipasang semasa sambutan Tahun Baru Cina.



Semakan kami di halaman rasmi Kementerian Kewangan Malaysia terdapatnya satu gambar yang dimuatnaik oleh kementerian itu, dimana terlihatnya satu tulisan kaligrafi cina yang dipasang semasa majlis sambutan Tahun Baru Cina Kementerian Kewangan bersama Jabatan Kastam Negara.


Gambar itu dimuatnaik pada 16 Februari 2019.

Tidak dapat dipastikan samada ia adalah kaligrafi sama yang menjadi pertikaian netizens ataupun tidak, ataupun telah diubah dari kedudukan asal, tetapi apa yang pasti sememangnya terdapat kaligrafi cina yang digantung semasa sambutan Tahun Baru Cina 2019. - 2 Julai 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...