Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 1 Julai 2019

Pakaian Seksi Belly Dance, Bukan Anjuran Kerajaan, Ini Penjelasan Kementerian Pendidikan.

POLITIK | Semalam (30 Jun 2019), kerajaan Pakatan Harapan menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia telah dikritik berikutan dianggap terbabit dalam penganjuran belly dance dewasa, yang mana peserta-peserta dalam acara tersebut telah berpakaian secara seksi dan gambar-gambar yang tersebar pula kurang sesuai untuk dibayangkan sebagai program yang mempunyai kaitan dengan Kementerian Pendidikan. 




Hal itu kemudiannya menjadi sensasi di laman sosial. Dan menterinya, Maszlee Malik dan Teo Nie Ching turut terbabit dalam kritikan awam ke atas Kementerian Pendidikan itu. 

Untuk rekod, sejurus gambar-gambar seksi itu tersebar, penganjur utamanya, JJ & Alice Danceworld telah bersegera meminta maaf kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Persatuan Tarian Sukan Bersatu Malaysia (Malaysia United Dancesport Association - MUDA.

Tindakan itu dibuat kerana persatuan tersebut telah menyalahgunakan logo KPM dan MUDA untuk acara yang sama sekali tidak berkaitan dengan kementerian tersebut.

Acara yang mendapat sokongan KPM hanyalah acara tarian yang berada dibawah kategori pelajar sekolah semata-mata.

Penjelasan yang diterima oleh wakil kami ialah seperti berikut;
 
Merujuk kepada isu yang viral berhubung penganjuran Perak MUDA Medalist Dancesport Championship, berikut adalah maklumbalas yang berkaitan:

1. Pertandingan ini BUKAN anjuran KPM tetapi adalah anjuran Persatuan Tarian Sukan Bersatu Malaysia (Malaysia United Dancesport Association - MUDA).


2. Persatuan MUDA mula menganjurkan kategori murid sekolah bagi pertandingan ini semenjak tahun lalu (2018), dan kebenaran penyertaan murid dalam pertandingan pada tahun ini diteruskan. Namun penyertaan murid adalah tertakluk kepada SPI Bil 8/2009 dan Bil. 7/1988
Sokongan KPM bagi pertandingan ini adalah untuk penglibatan murid kerana ada kategori murid sekolah yang dipertandingkan.

3. Bagi kategori murid sekolah pihak KPM dan MUDA juga telah mengeluarkan garis panduan mengenai tatacara pemakaian yang perlu dipatuhi di kalangan murid sekolah yang menyertai pertandingan ini.

4. Lantaran kebenaran penggunaan logo KPM hanya melibatkan sijil penyertaan dan pencapaian kategori murid SAHAJA. Penggunaan logo KPM pada sijil-sijil kategori lain bukanlah dengan persetujuan KPM. Begitu juga dengan penggunaan logo KPM pada kain rentang dan 'backdrop' pertandingan.


Ini bermakna tindakan pihak penganjur yang menganjurkan acara sampingan/bersama-sama dengan kategori kanak-kanak, dan membiarkan para pesertanya berpakaian seksi keterlaluan, tidaklah pernah mendapat persetujuan dan sokongan KPM dan MUDA.

Penganjur yang menyedari kesilapannya juga bertindak memadamkan gambar-gambar tersebut dari akaun media sosial mereka. - 1 Julai 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...