Rakaman CCTV yang muncul semalam itu menunjukkan pergerakan keluar masuk Hilman dan bekas ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz didakwa pada 10 dan 11 Mei lalu.
Haziq sebelum ini membuat pengakuan beliaulah lelaki dalam rakaman seks yang tersebar tiga minggu lalu dan menuduh Azmin adalah pasangannya.
Katanya, perlakuan seks itu berlaku di sebuah hotel di Sandakan pada 11 Mei lalu.
“Video CCTV yang didedahkan hanya membuktikan ada komplot politik untuk jatuhkan Azmin, sementara video asal dan CCTV yang didedahkan hanya menimbulkan lebih banyak keraguan,” kata setiausaha politik Azmin itu.
“Malah tindakan pihak tidak bertanggungjawab ini mengedit video berkenaan dilihat cuba mewujudkan persoalan kepada masyarakat, meskipun mereka gagal membuktikan itu adalah Azmin Ali,” katanya, seperti dilaporkan Berita Harian.
Rakaman CCTV itu semalam dimuat naik menerusi akaun YouTube menggunakan nama Rahim Jaafar.
Timbalan Ketua AMK itu turut mengulangi kenyataan Azmin menafikan tuduhan dikaitkan dengan rakaman seks dua lelaki yang tersebar sejak 11 Jun lalu.
“Setakat ini pihak polis masih menjalankan siasatan dan pihak tidak bertanggungjawab ini seolah-olah tidak sabar untuk terus menghukum Azmin,” katanya lagi. - 4 Julai 2019.