Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 4 September 2013

Persatuan Teksi Mahu Naikkan Tambang.


Amek kau. 

Setakat neh kita bakal berdepan dengan 4 kenaikan.

1. Surcaj untuk pengangkutan kargo / kontena. Dah dinaikkan. Akan dikenakan kepada pelanggan yang melanggan perkhidmatan tersebut.

2. Tambang Bas. Pengusaha BAS telah mendesak kerajaan untuk meluluskan usul mereka bagi menaikkan tambang bas atau mereka akan menanggung kerugian. Bila bas tak mampu beroperasi, maka mereka akan hentikan perkhidmatan. Tak pasal2 pengguna pun terpaksa menanggung beban ketiadaan pengangkutan awam pula.

3. Caj pengangkutan akan naik dalam pelbagai industri yang melibatkan penghantaran barangan dan juga perkhidmatan. Kurier dan sebagainya.

4. Tambang teksi. Persatuan Teksi juga mahu menaikkan tambang teksi berikutan dengan kenaikan petrol baru2 ini.

Rujuk bawah ;

Persatuan Pemandu Teksi Melayu Kluang bercadang menaikkan harga tambang susulan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen berkuat kuasa, semalam.

Pengerusinya, Mustakim Abdul Jalel berkata, kenaikan harga tambang itu berikutan kenaikan kos yang bakal ditanggung oleh pemandu teksi.

Menurutnya, kenaikan harga tambang teksi itu masih di peringkat perbincangan dan belum dikuatkuasakan kerana kenaikan harga petrol dan diesel diumumkan secara mengejut semalam.

“Kami terpaksa naikkan harga tambang teksi selepas berbincang dengan ahli persatuan serta pihak berkaitan.

“Kami berhadapan kos diesel yang agak tinggi akibat kenaikan tersebut, namun kami percaya tambang baru nanti tidak akan menyusahkan pelanggan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Mustakim berkata, pihaknya tidak akan menaikkan tambang teksi pada kadar tinggi kerana khuatir pelanggan enggan menggunakan perkhidmatan teksi.

Katanya, kenaikan harga petrol  perlu dipertimbangkan semula kerana  ia membebankan golongan rakyat kurang kemampuan.

Rujukan :  http://www.sinarharian.com.my/persatuan-teksi-cadang-naik-tambang-1.198615

Tiada kenaikan yang tidak menyusahkan orang. Setiap kenaikan meskipun hanya 10sen jek pun orang tetap rasa benda tue naik dan ia menyusahkan sebab terpaksa mengeluarkan 10 sen tambahan. 10 sen juga merupakan duit. Apatah lagi bila ia melibatkan lebih dari 10 sen.

Terima kasih la kepada kerajaan. Siapa yang gunakan teksi akan terjejas. Aku tak gunakan teksi. Jarang2. Sebab ada kenderaan sendiri. Tapi sapa yang gunakan teksi usah fikir banyak la. Bersyukur je. Kalau tak lepas neh orang2 BN akan hadapkan korang segala surah, sirah, hadis dan apa bagai untuk mengingatkan korang pasal syukur dan Islam. Bab barang naik je ingat Allah.

Bab arak, judi, kasino, maksiat, hub hiburan malam, fitnah, merompak tak payah kita fikir pasal Islam dan Allah.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...