Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 4 September 2013

RON 97 Naik 15 sen Tengah Malam Ini.


RON 97 tak sama macam RON 95. Sebab orang tahu bahawa RON 97 ikut harga pasaran. Pada bila2 masa saja kerajaan berhak naikkan dan turunkan [agak mustahil] ikut harga pasaran dunia tanpa memaklumkan kepada pengguna. At least kita ada la persediaan awal. Lagipun kalau RON 97 naik dan naik, at least kita ada backup plan. RON 95. Bukan PTPTN kan hadoo.. [macam gampang].

Pun begitu tak kira la RON apa sekalipun naik harga, sudah pasti ada sektor2 yang terjejas dan mengambil kesempatan atas apa yang sedang berlaku ini. Dan akhirnya pengguna seperti kita tak pasal2 terheret sekali.

Tadi kat tv3 pun dah start dah. Propaganda untuk halalkan perbuatan menaikkan harga minyak. TV3 cuba serap persepsi betapa patut dan perlunya harga minyak di naikkan dan betapa patut dan perlunya rakyat di negara neh bersyukur kerana keputusan kerajaan sebenarnya untuk kebaikan bersama..

Pfttt.

Tatau la sapa yang akan termakan dengan propaganda tersebut. Yang aku pasti aku tak terhasut. Sorry.

KAH KAH KAH


Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara naik 15 sen seliter kepada RM2.85 seliter berbanding RM2.70 seliter berkuat kuasa malam ini.

Perkara tersebut disahkan oleh presiden Persatuan Pengusaha Petroleum Perak, Lee Chee Seng, ketika dihubungi Malaysiakinisebentar tadi.

Kenaikan itu lebih rendah berbanding peningkatan 20 sen untuk harga diesel dan petrol RON95 yang diumumkan kerajaan semalam.

Harga pasaran RON97 pada kebiasaannya ditentukan secara "apungan terurus" yang melibatkan perubahan mengikut faktor pasaran dan tidak melibatkan subsidi kerajaan.

Kerajaan menetapkan subsidi sebanyak 63 sen seliter untuk RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Ini merupakan peningkatan harga pertama untuk petrol RON97 selepas harga runcitnya meningkat 20 sen pada Mac lalu.

Harga runcit berkenaan turun 20 sen selepas pilihan raya 5 Mei.

Harga RON97 mencatat paras tertinggi RM3 selitar pada September 2012.

Rujukan :  http://www.malaysiakini.com/news/240269

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...