Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 3 September 2013

Minyak Naik - Ini Jawapan Aku Yang Najib Perlu Ambil Tahu.


Enough.

Dengan perlian. Sindiran. Dan kata2 kasar dan keras kepada pemimpin2 negara. Aku sudah sampai satu level. Yang aku percaya. Mereka memang takan amek peduli kalau kita bermain2 dengan mereka menggunakan level itu.

Najib bagitau sebab2 kenapa mereka perlu mengurangkan subsidi minyak.
Kenaikan harga minyak merupakan satu proses pengukuhan ekonomi bagi jangka pendek dan sederhana, yang akhirnya bertujuan memberi kesan positif kepada kesejahteraan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
 

Najib berkata proses rasionalisasi subsidi sememangnya merupakan sebahagian daripada dasar kerajaan yang dimuktamadkan, namun kerajaan bertekad untuk melaksanakan secara berperingkat-peringkat bagi memastikan kesannya tidak membebankan.

"Kita nak tentukan bahawa kesan yang merupakan bebanan kepada rakyat ini, kita pastikan di tahap paling minimum dan kita akan besarkan lagi jaringan keselamatan sosial, seperti yang saya katakan tadi, termasuk kenaikan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M," kata Najib.

Rujukan : http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130902/dn_32/Kenaikan-petrol-proses-kukuhkan-ekonomi---Najib

Point Najib ;

1. Kurangkan subsidi minyak

2. Kita akan kekalkan pemberian BRIM

3. Ini untuk mengukuhkan ekonomi dalam negara secara berperingkat. Jika subsidi terus dibiarkan, keadaan ekonomi negara akan terjejas pada masa akan datang. Mungkin kerana pertambahan kereta, mungkin kerana pertambahan harga pasaran petrol yang tidak menentu. Mungkin kerana rizab minyak petronas berkurangan yang memungkinkan keuntungan petronas susut. Alasan tidak pernah dinyatakan secara tepat oleh Najib dan mana2 pemimpin kerajaan di dalam negara neh. Jadi rakyat tak boleh nak faham. Kita mungkin boleh cuba faham, tetapi atas sebab yang kita cipta sendiri, andaian sendiri.

Ini tidak bagus.

Sudah sampai masanya untuk kerajaan dedahkan kenapa kita perlu faham mengenai langkah2 yang Najib amek untuk kukuhkan ekonomi negara.

Tetapi jangan berharap untuk rakyat yang faham keadaan sebenar akan bersetuju pula dengan langkah2 tersebut. Faham akan situasi sebenar mengenai ekonomi negara, itu satu perkara. Bersetuju atau tidak bersetuju pula dengan langkah2 yang dibuat oleh kerajaan, ia perkara yang lain.

Boleh jadi, kita ada cara yang lain untuk mengatasi permasalahan tersebut tanpa perlu menjejaskan rakyat. Tetapi kita taknak guna cara itu kerana ia menjejaskan kita dan kroni2 kita. Ia pun boleh jadi juga.

Kerajaan berperanan dalam melupuskan hutang Tajuddin Ramli yang menyebabkan MAS rugi sehingga dibailout menggunakan wang pembayar cukai.

Kerajaan juga berperanan dalam membayar kepada IPP yang jelas merupakan satu pembaziran kerana kita mempunyai rizab yang terlalu banyak tidak setimpal dengan apa yang perlu kita ada. 

Kerajaan juga berperanan dalam membayar jutaan ringgit kepada konsesi2 toll yang mana ada di antaranya sudah pun melepasi tempoh luput untuk beroperasi semata2 untuk hentikan operasi mereka. Sesuatu yang rakyat kurang jelas. Bagaimana perjanjian tersebut dimeterai? Kalau sudah tamat tempoh untuk beroperasi, kenapa perlu ada pampasan lagi?

Suka untuk di ingatkan, tol untuk mewujudkan peluang pekerjaan, untuk memastikan jalan raya dijaga dengan baik, tiada masalah. Kita boleh bayar dengan syarat ia haruslah dibuat dengan kadar yang berpatutan dan juga dengan jarak yang berpatutan.

Kadar tol yang dikenakan sekarang ini tinggi dengan jarak yang tidak berpatutan. Ia hanya membantu mengkayakan lagi orang2 kaya di negara ini. Mereka bukan saja menerima untung yang sekali ganda bahkan berganda2. Sedangkan dalam Islam, 2 kali ganda sudah memandai. Mensasarkan keuntungan tidak salah, mensasarkan keuntungan yang melampaui batas sehingga menganiaya orang lain, itu yang salah.

Ada banyak projek gajah putih. Yang tidak diselia dengan baik. Dan tidak ditanggani dengan adil. Yang merosakkan projek dilepaskan. Apatah lagi bila babitkan nama2 besar dan nama2 ini pula berkait rapat dengan pemimpin2 negara.

Dekat sini jek kerugian sudah berbillion2 ringgit jika dikumpulkan. Apa usaha kerajaan untuk membetulkan kembali kerugian tersebut? Dakwa? Dengan masukkan mereka dalam penjara, duit akan dikembalikan ke? Dengan memasukkan anak2 ikan dalam penjara, masalah pokok akan selesai ke?

Proses pengukuhan ekonomi ini berlaku disebabkan ketirisan yang berpanjangan selama bertahun2 lamanya sehingga sampai satu tahap, kerajaan sudah tidak boleh menampungnya lagi atau kita akan muflis.

Kegagalan kerajaan dalam menguruskan perbelanjaan mereka merupakan satu malapetaka. Jika kerajaan bertanggungjawab mahu membetulkan kesalahan mereka dengan membetulkan semua tata kerja yang salah, dengan menyelesaikan semua projek2 yang membebankan, dengan menyemak semula tender2 yang tidak telus, dengan melantik mereka2 yang amanah dan membuang mereka2 yang tidak amanah, ia di sambut baik oleh rakyat.

Tetapi apa tindakan yang kerajaan amek?

Mereka tak buat semua perkara di atas. Apa yang mereka buat, ada masalah duit, mereka hadap ke rakyat.

Oke. Kita kurangkan itu. Kita kurangkan ini. Kita kurangkan sesuatu yang membabitkan kepentingan rakyat terbanyak. Petrol dan diesel dikurangkan subsidi sebanyak 20 sen. Bukan naik harga. Kita tukar ayat supaya rakyat tertipu dengan persepsi minyak tak naik, cuma subsidi dikurangkan. Tapi adakah kita isi minyak kereta seliter jek? Ada ke kita isi minyak motor, sampan kecil dan besar seliter jek? Adakah bas dan lori isi minyak seliter jek?

Semua kenderaan yang bergerak menggunakan minyak. Tak kisahla minyak jenis apa pun. Apa yang penting ia minyak.

Dan minyak ini dinaikkan. Bila minyak dinaikkan ia babitkan semua pihak tak kira kecil mahupun besar walaupun impak yang dirasai oleh setiap orang adalah berbeza-beza.

Bagi yang takde kenderaan mereka fikir mereka takan terjejas. Mereka fikir mereka mungkin tidak akan terjejas. Tetapi betul ke mereka tidak akan terjejas?

Waima menumpang orang sekalipun mereka pasti akan terjejas. Waima gunakan duit ibu bapa pun mereka pasti akan terjejas. 

Depan2 mintak duit. Mak bapak bagi. Muka tersenyum. Dapat duit.

Belakang2, mak bapak kerja bagai nak mati. Sakit badan segala. Anak2 tahu?

Berhujah di facebook. Tunjuk bodoh minyak naik 20sen takde apa. Tapi mak bapa dia yang tanggung beban, dia tahu?

Baik yang bekerja dan tidak bekerja tak kira minyak apa pun yang naik, semua pihak akan menerima impak meskipun kesan dari impak tersebut adalah berbeza-beza. Ada yang untung dan ada yang rugi. Tetapi lebih ramai yang rugi dari merasa untung.

Syarikat yang melakukan penghantaran, bas yang bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi, kos modal akan meningkat dan ini akan mengurangkan keuntungan mereka. Mereka tidak akan menyerap kos tersebut, maka pengguna akhir akan menerima kesan nya.

Ini ialah sistem piramid. Sistem tiga segi. Orang kaya terus kaya. Orang2 miskin terus miskin. Orang yang tak miskin, dimiskinkan akibat kos sara hidup yang tinggi. Setinggi mana lagi usaha yang perlu kami buat untuk tunjukkan pada kerajaan yang bahawasanya rakyat macam kami sebenarnya sudah tersepit? Perlukah kami mencekik leher kami di depan2 Najib bagi membuktikan keadaan tersebut?

Dari beras yang elok kepada beras hancur. Dari makan yang ada khasiat sikit kepada makanan yang tak berkhasiat langsung sehingga jejaskan badan dan kesihatan sendiri. Pernah ke pemimpin2 negara amek peduli?

Bila sakit nak duit lagi. Penjimatan yang diusulkan oleh kerajaan ke atas rakyat bukan benda bodoh. Ia satu langkah yang baik. Aku setuju. Tetapi kenapa hanya rakyat saja? Kenapa bukan kita sama2 berjimat? Jika berlaku kesusahan, apa2 kesusahan sekalipun, bukan kah amat wajar jika kita sama2 mengharunginya? Jika berlaku kesenangan, selalunya hanya orang2 tertentu jek dapat, rakyat terbanyak jarang menikmatinya segalanya dengan adil dan saksama. Tetapi bila berlaku kesusahan, rakyat terbanyak yang tak reti bersyukur inila yang menerima beban dan impak paling teruk.

Jika semua orang di Malaysia ini doktor, maka sapa pula nak jadi pesakit? 

Jika semua orang di Malaysia ini pandai2, dan nak buat kerja2 atasan, maka siapa pula yang nak buat kerja2 bawahan?

Dalam erti kata lain, setakat ada nyawa [roh] je kita tak sempurna mana. Kita perlu ada jasad untuk mengerakkan tubuh badan kita. Ketika kita masih hidup di dunia ini.

Begitu juga dengan semua kumpulan masyarakat. Yang pandai, ini saluran kerja dia. Yang kurang cerdik, ini saluran kerja dia. Yang pandai pun perlu makan. Maka perlu ada pasaraya. Yang buka pasaraya perlu ada pekerja, maka perlu ada pihak yang bersesuaian untuk memenuhi jawatan kerja tersebut. Pokoknya pandai tak pandai akademik bukan isu. Sijil bukan penanda aras. Sebab pandai dan tak pandai saling bergantung harap memenuhi keperluan hidup masing2. Jadi jika ada yang rasa bahawa bila minyak naik maka semua orang perlu jadi pandai dan perlu ada kerja yang bagus untuk dapatkan gaji yang bagus2 maaf aku cakap, tolong check dulu otak ko kat hospital. Ada sesuatu yang tak kena pada mereka2 yang berfikir bahawa orang pandai hidup sendiri, aman damai. 

Taraf pekerjaan, tangga gaji ditentukan oleh hawa pandangan manusia. Manusia itu yang mahu melihat kerjaya doktor merupakan kerjaya orang yang bijak pandai. Kerjaya mekanik bukan kerjaya yang bijak pandai sebab duduk dalam suasana panas dan kotor.

Maka kerjaya yang di anggap pandai perlu dibayar lumayan disebabkan masa belajarnya panjang.

Kerjaya yang tidak memerlukan proses pembelajaran yang panjang, bayar sikit sudah la.

Perbezaan ini, ditentukan oleh manusia. Sedangkan kesemua mereka, tak kira la kerja apa2 pun sekalipun, asalkan ikhlas dan amanah, sama2 memberikan sumbangan yang berbeza2 walaupun mata kasar kita tak nampak. Kereta rosak, boleh ke kita repair sendiri? Kedai makan takde tukang masak boleh ke beroperasi? 

Jadi tolong berhenti pandang rendah pada orang2 yang berbeza kerjaya dari kita. Selagi pekerjaan dia halal, selagi dia buat kerja ikhlas dan jujur, selagi itu tak sesiapa berhak pertikaikan apa2 kerjaya yang sekalipun sehingga ada yang merasakan bahawa ia adalah kesalahan dia yang tak belajar pandai2 untuk mendapatkan kerja bagus2 supaya tak terkesan dengan kos sara hidup dan kenaikan harga bahan bakar.

Apa kerja kita, selagi ia halal bukan isu. Bahkan ia tak boleh jadi isu dan tak patut jadi isu.

Tetapi apa peranan kerajaan dalam memperincikan semua lapisan masyarakat agar tak kira apa2 polisi yang mereka buat dan perkenalkan, yang tidak menjejaskan mana2 rakyat tak kira la dari kelompok mana sekalipun? Itu baru isu. Ia bukan sahaja salah untuk kita menindas orang miskin, bahkan salah juga untuk kita menindas orang kaya. Keadilan bukan saja perlu untuk pengguna macam kita tetapi perlu juga untuk peniaga2 yang terjejas.

Pendek kata semua pihak berhak mendapatkan keadilan dan tidak boleh ditindas tak kira la apa posisi pun yang dia pegang. Bila ketidakadilan berlaku, sudah tiada jalan lain. Melainkan kita bersatu dan tunjukkan kepada kerajaan bahawa kita benar2 memberontak dengan tindakan mereka yang berat sebelah. Bila demo sudah tidak laku, bukan kah kita patut memikirkan medium baru untuk meluahkan perkara tersebut supaya kerajaan tunduk sekejap tengok apa yang berlaku kat bawah neh?

Hari Hartal ialah hari di mana semua rakyat pelbagai kaum bersatu menunjukkan protes bagi menunjukkan kepada british bahawa mereka kini beria2 mahu mendapatkan kemerdekaan di negara ini.

Yang ada kedai, tutup kedai.
Yang ada kerja, tak pergi kerja.
Yang ada syarikat, tutup operasi.
Yang ada kereta, tak guna kereta.

Sejauh mana, sekuat mana, kita boleh meniru semangat orang dulu untuk lakukan protes terbuka kepada kerajaan sekarang supaya mereka ambil perhatian terhadap apa yang kita mahu sampaikan?

Ingat, lakukan protes terhadap kerajaan sekarang tak menjadikan kita sokong pembangkang. Kita hanya mahu meluahkan ketidakpuasan ahti dalam beberapa polisi yang mereka laksanakan. Tetapi kita juga perlu memikirkan kaedah yang sesuai untuk memastikan mereka bersedia mendengar dan memahami tuntutan kita. Demo demi demo sudah dilakukan. Flashmob demi flashmob sudah disampaikan. Tapi nampaknya usaha kita di pandang remeh oleh kerajaan. Kita perlu memasuki frasa baru. Samada lakukan gerakan hartal kedua, yang mengabungkan kesemua rakyat malaysia tak kira idelogi politik ataupun kita berdepan dengan Najib di Putrajaya. Kita perlu sampai ke telinga Najib kerana dia tidak mahu sampai ke telinga kita.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...