Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 5 September 2013

Mak Bapak Pening Kepala Bila Tambang Bas Sekolah Pun Naik.

Sudah ada syarikat bas yang bertindak keluarkan notis kenaikan yuran tambang bas sekolah berikutan dengan keputusan yang kerajaan ambil baru2 ini iaitu menaikkan petrol ron 95, 97 dan diesel.

Kenaikan 20 sen dan 15 sen secara zahirnya nampak kecil. Tetapi sebab ia merujuk kepada benda yang kita beli hampir setiap 3 hari sekali (ikut penggunaan, jarak dan cara masing2 mengisi minyak samada penuh atau apa) maka kenaikan kecil ini membebankan. Sebab kita isi minyak secara berulangan dan berterusan.

Lainla kalau kita guna setahun sekali. Memang la tak terasa kalau macam tue. Begitu juga kalau kenaikan ini tak berjangkit pada product dan perkhidmatan lain.

Situasi sekarang neh tahu tak macam mana?

Mula2 harga minyak naik. Lepas tue syarikat berkaitan pengangkutan naikkan harga sebab kos mereka meningkat. Lepas tue syarikat2 yang berurusan dengan syarikat pengangkutan dan penghantaran menaikkan harga barangan dan perkhidmatan mereka disebabkan kos operasi mereka meningkat. Kemudian pengguna bukan sahaja perlu berdepan dengan harga minyak yang mahal bahkan terpaksa berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi. Pendek kata sebagai pengguna akhir pusing kot mana pun kita mesti kena punya.

Contoh kes kenaikan tambang bas sekolah telah pun dibuat oleh sesetengah syarikat di Malaysia. Lihat gambar sebagai rujukan.

Apa lagi yang mereka nak katakan? Sebelum neh mereka beri alasan bahawa minyak tak naik harga sebaliknya subsidi dikurangkan je, adakah kali neh mereka nak kata bahawa yuran bas sekolah tak dinaikkan sebaliknya hanya berlaku perubahan dari segi jumlah bayaran bulanan?

Macam tue ka?

Kah kah kah





Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...