Maaf cakap la. Tadi aku terbaca satu berita. Berita tersebut pasal Tanda Putera. Ada sorang tue. Kakitangan kerajaan. Dia bagi respon lepas tengok filem tanda putera.
Katanya dia percaya filem tue berdasarkan fakta sejarah. Meskipun Suhaimi Baba dah bagitau bahawa filem tersebut adalah sebuah karya cereka. Fiksyen. Ada dalam berita terbitan The Malaysian Insider. So barangsiapa yang beranggapan filem tersebut adalah karya sejarah berdasarkan fakta memang kelakar la. Karya sejarah tak semestinya fakta. Ada banyak karya sejarah berdasarkan fiksyen untuk tujuan hiburan dan berfikir seperti yang sering di buat oleh orang2 barat, Korea dan China.
Walau bagaimanapun, aku bukan nak concern sangat bab pandangan dia. 12 orang je yang tonton filem tersebut pun aku tak heran. Lantak korang la. Kalau untung pun bukan ada manfaatnya pada rakyat terbanyak. Kalau rugi geram le juga sebab filem tersebut dibiayai guna dana awam. Tanggung la sama2.
Cuma aku nak peduli. Satu benda. Memang penting. Ada ke patut seorang pegawai kerajaan amek cuti semata2 nak tengok filem?
Patut ke?
Korang bagitau aku sekarang. Patut ke?
Hari sabtu dan ahad takde tayangan? Malam takde tayangan? Apa jadahnya ko ponteng kerja semata2 nak tengok filem?
Boleh nampak kenapa ada orang2 di
Malaysia spektikal dengan pegawai kerajaan?
Pasal orang2 macam ko la.
Cemarkan imej dan nama baik penjawat awam. Filem punya pasal pun nak minta cuti. Tah hapa2.
Lihat gambar ;