Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 4 September 2013

Gelaran Sasterawan Negara A.Samad Said Mungkin Terjejas - Shabery Cheek.





Itulah modal dorang. Kalau tak halau keluar, rampas gelaran.Ingat orang hadap sangat dengan gelaran2 tersebut. Amek je la. A.Samad Said tak heran pun. Kalau dia kisah sangat pasal akibatnya takan dia nak menjebakkan diri dalam perkara ini.


Takde lagi ayat2 yang boleh menakutkan dia.

KAH KAH KAH

BTW, dorang tak terkinja2 pun time kibarkan bendera Sang Saka Malaya. Dorang berdiri tegak elok je.  Cuba pergi tengok disko2 pada malam di ambang kemerdekaan. Ada kot orang yang terkinja2 dengan Jalur Gemilang.

KAH KAH KAH

Berita petikan Awani ;

Penglibatan Datuk A. Samad Said dalam insiden pengibaran bendera selain Jalur Gemilang pada malam sambutan ulang tahun kemerdekaan Jumaat lalu, boleh menjejas pandangan masyarakat terhadap beliau yang diberi anugerah 'Sasterawan Negara'.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata masyarakat akan mempunyai tanggapan bahawa terdapat golongan sasterawan yang 'sakit' sehingga melakukan tindakan sedemikian bagi mendapatkan perhatian ramai.

"Tidak dinafikan ia sedikit sebanyak menjejaskan gelaran itu dan tidak mustahil jika orang tidak lagi pandang tinggi pada Sasterawan Negara," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen 'Saya Sayang Malaysia' atau #MYSyg di sini, malam tadi.

Ditanya sama ada gelaran Sasterawan Negara perlu ditarik balik daripada A.Samad ekoran perkembangan tersebut, Ahmad Shabery berkata perkara itu hanya boleh ditentukan oleh pihak yang memberikan gelaran tersebut.

A. Samad atau nama sebenarnya Abdul Samad bin Muhammad Said dianugerahkan Sasterawan Negara pada 1985 atas sumbangan beliau memperkaya dan memartabatkan kesusasteraan Melayu.

Dalam insiden di Dataran Merdeka itu, A. Samad dikatakan sedang mendeklamasikan sajak berhampiran bendera merah putih dengan 12 bintang kuning disusun tiga baris dalam empat jalur yang kemudiannya dirampas seorang lelaki.

Ahmad Shabery seterusnya menyifatkan tindakan individu yang mengibarkan bendera berkenaan sebagai perbuatan orang yang dahagakan perhatian dan 'perlu diberikan rawatan'.

"Mungkin mereka ini rasa orang sudah lupa dan tidak pula mempunyai isteri atau anak yang sayang (pada mereka) menyebabkan mereka terkinja-kinja mengibarkan bendera lain semasa orang lain mengibarkan Jalur Gemilang," katanya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...