Disebabkan IMPACT dituduh sebagai penjenamaan semula 1M4U, maka ramailah netizens mula menyelongkar maklumat mengenai IMPACT.
Antaranya logo.
Netizens mendakwa KBS telah menciplak logo IKRAMMUDA dan menukarkan ia menjadi IMPACT.
Bahkan netizens juga mendakwa, IMPACT sebenarnya program dibawah Kementerian Kerja Raya. Ia pernah dilancarkan pada 17 Januari 2019.
1 Malaysia Paste And Copy Team (IMPACT) - begitulah ia dijenamakan semula oleh netizens yang hangat menyindir Pakatan Harapan.
Berdasarkan laporan, IMPACT telah menerima dana sebanyak RM10 juta bagi menjalankan program berkaitan kesukarelawanan.
Jadi netizens mempertikaikan rasionalnya menggunakan logo copypaste dan menggunakan pula nama program yang telah digunakan oleh kementerian lain terlebih dahulu.
Ada baiknya jika Syed Saddiq menjawab kepada persoalan-persoalan yang timbul ini. Jika dibiarkan tanpa penjelasan, tuduhan netizens akan dianggap benar. - 12 April 2019.