Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 24 April 2019

Doraemon Diutamakan, Animasi Tempatan Dianaktirikan, Netizens Tibai Menteri PH Kaw-Kaw..

SOSMED | Apa sudah jadi dengan kerajaan? Adakah mereka sememangnya kabinet Doraemon, kerana itu beria-ria mempromosikan Doraemon sebagai salah satu acara dalam Tahun Melawat Malaysia 2020?



Pada 11 Mac 2019, portal Berita Harian melaporkan, Balai Seni Lukis Negara bercadang mengadakan pameran lukisan bertemakan kartun animasi terkenal Jepun, Doraemon sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.


Pengerusinya, Datuk Rashidi Hasbullah, berkata pameran lukisan berkenaan secara tidak langsung dapat mempromosikan Malaysia di mata dunia.

Beliau berkata, Doraemon mempunyai ramai peminat di seluruh negara dan ia secara tidak langsung menjadi daya penarik pelancong luar datang ke negara ini.

“Kita akan lihat bagaimana Malaysia dan Jepun dapat bekerjasama dalam hal ini, mungkin akan adakan pameran lukisan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

“Peminat Doraemon bukan saja dalam kalangan kanak-kanak, tetapi juga pelbagai usia kerana kita tahu kartun berkenaan turut mempunyai nilai positif dalam setiap ceritanya,”
katanya berucap merasmikan kedai Doraemon yang pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).


Ini bermakna;


👉 Idea Doraemon adalah kerja Balai Seni Lukis Negara

👉 Bukan idea mana-mana menteri (Nasib baik!)

👉 Ia diadakan untuk menarik pelancong luar ke Malaysia

Bagaimanapun, kecaman warga maya sememangnya ada asas yang kukuh kerana;

👉 Doraemon produk import, Tahun Melawat Malaysia 2020 sepatutnya digunakan untuk mempromosikan animasi tempatan.

👉 Sepatutnya Balai Seni Lukis Negara hanya menyelitkan Doraemon sebagai SELINGAN ataupun dilayan biasa-biasa jer.. bukannya menjadi TEMA UTAMA sehingga animasi tempatan terasa diabaikan..

Bak kata Presiden ANIMAS, Ameir Hamzah Hashim : "Namun kami mengharapkan karya tempatan dapat dibariskan bersekali atas sifat silang budaya, selain menjulang kreativiti tempatan kepada khalayak antarabangsa.

"Tahun Melawat Malaysia 2020 juga menjadi medan menzahirkan budaya kita kepada pelancong dari pelbagai pelusuk dunia,"
ujarnya.




👉 Malaysia ada Boboiboy, Upin & Ipin, Kampung Boy, Ejen Ali - sekadar menyebutkan beberapa nama, yang sepatutnya dipelawa untuk terlibat sama dalam penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2020.

👉 Balai Seni Lukis Negara sepatutnya merangka kerjasama dengan animasi tempatan, promosikan mereka ke pelancong luar. Dan namanya pun TAHUN MELAWAT MALAYSIA - bukannya TAHUN MELAWAT JEPUN di Malaysia; Ingat lekeh sangat ke produk animasi kita?

👉 Satu lagi Menteri Pelancongan Malaysia neh tidur ke? Kenapa takde bunyi langsung darinya bercakap mengenai pelancongan, Tahun Melawat Malaysia 2020 dan terbaru isu Doraemon? Rasanya 99.9% rakyat Malaysia bukan setakat tak kenal rupa, nama Menteri Pelancongan pun mereka taktahu. Nasib baik aku ingat keretapi, aku automatik ingat nama Menteri Pelancongan tu apa.. 😆😆😆

👉 Diharapkan BALAI SENI LUKIS NEGARA bersama MENTERI PELANCONGAN boleh memandang positif akan kritikan ini.

Last, respon netizens. Nilaikan sendiri;




Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...