Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 24 April 2019

Kenapa Nak Bawa BTS K-POP Ke Malaysia, Ini Penjelasan Syed Saddiq.

SOSMED | Nampaknya ramai yang marahkan Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas menteri tersebut mengumumkan akan membawa BTS ke Malaysia bagi mengadakan konsert.


Sejurus hal tersebut dilaporkan secara berleluasa oleh media tempatan, pelbagai netizens tampil memberikan respon.

Boleh dikatakan 99.9% memarahi KBS dan beranggapan kementerian itu melakukan kerja yang bodoh.
 





Bagi pihak Syed Saddiq pula, beliau mempunyai alasan tersendiri kenapa mahu membawa BTS masuk ke Malaysia, berikut adalah penjelasannya;


👉 Mempromosikan negara bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

👉 Bukannya bertujuan melalai generasi muda.

👉 Tujuan utama adalah kerana ia merupakan pelaburan yang menguntungkan.

👉 "Sebagai contoh baru-baru ini kita adakan konsert hiburan terbesar Ed Sheeran dengan 45,000 orang (hadir) dan dalam tempoh tiga hari tiket habis dijual dan ia dijalankan sangat baik.

“Apabila mereka (penganjur) melihat kemampuan kita mengadakan (konsert), banyak yang berminat,”
jelas Syed Saddiq lagi.


👉 Ini bermakna, membawa artis ternama dan popular ke dalam negara - anjurkan konsert - adalah salah satu cara bagi mempromosikan Malaysia sebagai hub konsert artis terkenal di seluruh dunia, menggunakan pentas yang berprestij dan berkemampuan menguruskan acara berskala gilang gemilang - ini boleh menjana pendapatan buat negara.

👉 Syed Saddiq juga menjelaskan, bahawanya beliau bertekad dan komited memastikan industri hiburan Malaysia tidak berada di belakang Singapura memandangkan ramai peminat muzik beralih ke negara itu bagi menyaksikan persembahan secara langsung kumpulan atau penyanyi terkemuka. 

Tujuannya : promosikan Malaysia melalui artis pop terkenal dunia - buat pelaburan menggunakan konsert - mengalakkan sektor hiburan. 

Ia juga boleh menambahkan peluang pekerjaan juga tau.

Bagaimana, adakah anda bersetuju dengan kaedah ini? - 24 April 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...