Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 23 April 2019

Dulu Siapa Yang Sokong ECRL Dipanggil Macai..

KHAIRUL AZRI | ECRL : JUSTIFIKASI.

Di antara tajuk² berita yang dikongsikan oleh ramai pro-kerajaan dua-tiga hari ini adalah;

- Pelaksanaan ECRL bawa limpahan ekonomi pengangkutan.

- ECRL: Kargo lebih menguntungkan berbanding penumpang.

- ECRL memacu transaksi penghantaran serta memendekkan tempoh perjalanan secara ketara di antara Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuantan.

- ECRL dijangka buka lebih banyak peluang pekerjaan

 

 
Pendeknya, justifikasi² yang digunakan oleh kerajaan hari ini untuk meneruskan projek ECRL.

Anehnya benda yang sama jugalah berbuih-buih 2 tahun lepas kita sembang, tapi kena cop penipu, macai dan reka cerita.

Mana dia orang macam bekas jurutera IKRAM dan sewaktu dengannya yang pandai kira tiket harga ECRL berdasarkan anggaran penumpang hinggakan mencecah RM520, walhal masa tu sudah kita jelaskan bahawa ECRL fokusnya 70% kargo/fret : 30% Penumpang ?

Mana dia orang macam prof Jomo dan sewaktu dengannya yang gelakkan dan persoalkan kita bila kita keluarkan perancangan ECRL untuk angkut 53- 60 juta tan kargo pada 2035 dengan buat perbandingan 6 juta tan KTM, bila mana hari ni Tun Daim kata benda yang sama?

Mana dia ahli ekonomi dan yang sewaktu dengannya yang acah² guna perkataan cost benefit analysis untuk menidakkan ECRL masa kita dok jenuh terangkan mengenai kesan limpahan pengangkutan, Transit Oriented Development (TOD), 1.5% GDP untuk Pantai Timur, 80,000 peluang pekerjaan baru bila mana Tun M dan Kementerian Sumber manusia sebut benda yang yang sama hari ini?

Mana mereka semua ni? Manaaaaa. - 23 April 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...