Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 21 April 2019

Tiada Penjenamaan 1M4U Kepada IMPACT, Netizens Tolak Penjelasan Syed Saddiq.

POLITIK | Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi sasaran kecaman netizens selepas Bernama melaporkan menteri itu akan melakukan penjenamaan 1M4U kepada IMPACT.

Akibat dari laporan itu, Syed Saddiq kemudiannya ditroll netizens bertubi-tubi.


Bagaimanapun apa yang berlaku ialah wartawan Bernama itu sebenarnya tersalah lapor. Bukanlah IMPACT itu penjenamaan 1M4U sebaliknya salah satu 'cabang' baru yang diwujudkan bagi memperkasakan agenda KBS.

Ini penjelasan Menteri;

"Etika media.

Saya baru terima panggilan dari wartawan BERNAMA yang menulis laporan bertajuk, “RM10juta penjenamaan semula 1M4U kepada Impact Malaysia”.

Dia memohon maaf dan telah tarik semula laporan tersebut kerana tidak benar sama sekali. Setiap manusia tidak bebas dari melakukan kesilapan, termasuk diri saya. I accept the apology and hope that it will not be repeated.

I among all people don’t believe in spending money just for the sake of “rebranding”. Sebagai contoh, walaupun ada pihak yang mendesak supaya saya “rebrand” FitMalaysia yang digerakkan kerajaan lepas, saya tetap kekalkan. Walalupun dikekalkan, tetapi penambahbaikan tetap boleh dibuat. Dahulu kos penganjuran RM1.3juta kerana banyak melibatkan kontraktor luar, tetapi sekarang hanya RM300k selepas saya memberikan kepercayaan kepada penjawat awam dalam KBS untuk menganjurkannya sendiri. That’s a meaningful difference, bukan sekadar “rebranding exercise”.

Etika media sangat penting. Semasa PC, saya tekankan bahawa saya tidak setuju dengan “rebranding” kalau tiada perbezaan yang bermakna. Sebab itu “Impact Malaysia”yang digerakkan ada halatujunya yang tersendiri. Fokus kepada “Innovative Volunteerism”, a fusion of tech-based solutions with community volunteerism as a way to resolve conventional problems. 


RM10juta yang diperuntukkan tidak dibelanjakan untuk “rebranding”, tetapi untuk bajet pengurusan, pembangunan & grant bagi anak muda yang berkelayakan. Malang sekali apabila tajuk berita yang disensasikan jauh terpesong dari berita sebenar.

Saya mahukan yang terbaik bagi semua lapisan anak muda. IMPACT MALAYSIA akan pastikan bahawa anak muda yang cakna teknologi boleh terus berkhidmat untuk menyelesaikan masalah masalah di desa/kampung,"
katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya pada jumaat.


Kesan dari tersalah lapor itu mendatangkan akibat yang teruk terhadap imej Syed Saddiq.

Meskipun penjelasan telah dibuat oleh menteri, terdapat anggapan wartawan Bernama itu mungkin telah diberikan amaran. Kerana itu laporan itu dipadamkan. 

Bahkan respon netizens juga dilihat tidak memihak kepada menteri itu.



👉 Netizens berterusan beranggapan menteri memang melakukan penjenamaan semula dan mengabaikan penafian menteri. (baca komen Nur Aliah dan Hafi).

👉 Netizens juga mempersoalkan kenapa halaman rasmi 1M4U ditukarkan namanya kepada IMPACT. (baca komen Sham).

👉 Sesetengah netizens mempersoalkan isu penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang bercampurbaur.

👉 Netizens juga menyindir beberapa kesalahan ejaan yang dilakukan oleh Syed Saddiq, dengan menyindir mungkin menteri itu menaip post dalam keadaan tertekan dan marah-marah kerana difitnah.

Berdasarkan maklumat yang diterima, terdapat rakaman yang merekodkan wawancara tersebut.

Mungkin Syed Saddiq patut siarkan sahaja rakaman itu bagi mendiamkan mulut-mulut yang enggan mempercayai penjelasan menteri. - 20 April 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...