Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 22 April 2019

Isu Kuota Bumiputera Di Matrikulasi, Mahdzir Khalid & P.Kamalnathan Dikantoikan Kaw-Kaw..

Abdullah Hukum | Susah betul nak bagi faham UMNO+MIC ni terutama sekali Mahdzir Khalid dan timbalannya dulu, P. Kamalanathan. Mungkin kita kena senaraikan satu persatu.




1) Sejak tahun 90-an lagi, program matrikulasi ni dibuat dan jelas disebutkan visinya ialah untuk manfaat bumiputera.

2) Kuota 90-10 (90% bumiputera dan 10% bukan bumiputera) ni dari dulu lagi. Mahdzir dan P. Kamalanathan sedar tak benda ni? Ke tak sempat study?

 


3) Tempat untuk matrikulasi ni 25,000. 90% daripada 25,000 ni ialah 22,500. Maknanya ada lagi lebihan sebanyak 2,500.

4) Jadi jom kita tanya kat depa dua, kalau kat India bagi 2,200, takkan tinggalkan kat Cina cuma 300 seats?

5) Dan kalau kata 2,200 ni tak ambil kuota bumiputera, hang ambik mana seats ni?

6) Atau dengan kata yang mudah, selama ni BN langgar kuota bumiputeralah?

7) Mengaku sajalah selama ni hampa tak pernah pun cuba nak isi seats bumiputera ni bagi penuh. Kemudian nak twist konon nak lebihkan pelajar india. Poorah!

8) Benda yang orang tak nampak kat sini khususnya orang Melayu yang bertuankan UMNO ialah betapa selama ini UMNO dah rampas kuota bumiputera, kuota untuk anak-anak orang Melayu yang berlambak kat luar sana untuk sambung pelajaran.




9) Jadi, sama-samalah bertakbir dan bersorak ketuanan Melayu lagi ketika bekas menteri hampa sendiri dah dedahkan yang selama ini merekalah pengkhianat bangsa Melayu yang paling rakus dan cerdik sehingga tak ada siapapun sedar.

10) Betullah apa orang cakap. Benda boleh twist salahkan menteri sekarang buat apa nak salahkan pengkhianatan menteri dulu. - 22 April 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...