Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 23 April 2019

Kos Renovasi Rumah Najib 67,000 : Hujah Adrian VS Khairul.

SOSMED | Di sosmed pelbagai pihak berbincang mengenai kewajaran Najib membayar sehingga RM67,000 untuk merenovasikan kediamannya. Antara dua hujah yang tular adalah seperti berikut;

ADRIAN LIM |
GAYA HIDUP NAJIB VS GAYA HIDUP RAKYAT MARHAEN.

(Butiran-butiran ini adalah berdasarkan keterangan di mahkamah hari ini. Saksi tersebut merupakan Daud Muhammad, pemilik syarikat Syadila Enterprise yang melakukan kerja-kerja di Seri Kenangan, rumah Najib di Pekan)

1. BINA TANGKI AIR (4,500 LITER)
Najib bayar: RM67,000

Saya semak;


Harga Lazada : RM3,123
(Harga dibayar Najib 20 kali ganda, yakni 2,150% lebih mahal dari harga pasaran)

2. SERVIC AIR CON
Najib bayar : RM9,540

Saya semak;


Harga Kaodim : RM150 servis sebiji
(Harga dibayar Najib cukup untuk servis 80 biji Aircon.)
Harga Lazada: RM800 sebiji yg baharu
(Harga dibayar Najib cukup untuk beli 12 biji yang baharu)

3. BIKIN ROMBOL PINTU
Najib bayar : RM760

Saya semak;


Harga Lazada : RM29
(Harga dibayar Najib cukup untuk buat 26 biji tombol pintu)

Harga Najib selalunya 10 20 kali lebih mahal dari harga pasaran. Tapi dia tidak tahu. Tahu pun buat-buat tidak tahu.
Sebab Najib penyamun, mestilah tak kisah. Bukan duit dia pun. Kalau tak cukup, curi je lah dari rakyat.
Kita pula rakyat marhaen, mestilh ambil kisah. Sebab kita kene kerja kuat kerja keras untuk cari duit.


Laporan Bernama
Hujah pro pembangkang adalah seperti berikut; 


KHAIRUL AZRI | “Ya, saya bagi invois, harga RM67,000 bagi dua menara tangki air, RM9,540 bagi pendawaian elektrik, membaiki penghawa dingin dan atap bocor serta RM760 bagi kerja membaik pulih tombol pintu dan singki dapur,” katanya sambil menambah Zainudin kemudian mengeluarkan tiga keping cek kepada beliau."


Sumber Bernama.
http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1718970

Saudara yang menulis ni nampak macam bijak.

Tapi bila difikirkan tak berapa bijak jugaklah bila dia buat perbandingan kos pembinaan 2 menara Tangki Air adalah sama dengan beli Tangki air aluminium di Lazada.

Lepastu tak tahulah samada beliau sengaja atau memang tak perasan yang upah RM9,540 itu adalah termasuk pendawaian eletrik dan baiki atap bocor.

Manakala upah baiki tombol pintu RM760 pula termasuk baiki singki dapur.

Tapi yang tak boleh blah sebenarnya adalah apabila cubaan membina persepsi ntahpape sampaikan orang renovate rumah pun jadi isu?

Mana cerita money trail,1MDB ni. Dah nak dekat 10 hari masuk court kan? 🤭. - 23 April 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...