Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 23 April 2019

Pejabat Khazanah Nasional Di London Ditutup, Di Turki Dalam Pertimbangan.

MALAYSIAGAZETTE | Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) telah menutup pejabatnya di London bagi memberi fokus kepada pelaburannya di Asia.
 

Sayap pelaburan kerajaan mempunyai kepentingan dalam syarikat gergasi e-perdagangan China, Alibaba, telah menutup operasinya itu pada akhir bulan lalu, menurut laporan The Sunday Times.

Khazanah mempunyai 10 kakitangan di London.

Penutupan pejabat di London sudah diperkatakan sebelum ini kerana Khazanah mahu mengurangkan kosnya selepas nilai dalam penguasaan syarikat portfolionya merosot disebabkan kelembapan ekonomi global.

Selain London, Ketua Pegawai Eksekutif Khazanah, Datuk Seri Shahril Ridza Ridzuan juga memaklumkan operai di Turki turut dipertimbangkan untuk ditutup.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...