Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 22 April 2019

Budak Tahfiz Dijadikan Alat Propaganda Untuk Bayangkan Najib Sebagai Muslim Yang Baik..

ADRIAN LIM | MENJAWAB PERTUDUHAN ISHAM JALIL, BEKAS PEGAWAI KHAS JABATAN PERDANA MENTERI YANG MEMUATNAIK VIDEO PERBICARAAN NAJIB

1. Isham Jalil TIDAK MENAFIKAN sememangnya wang berjuta-juta ringgit telah memasuki akaun Najib Razak melalui SRC International ataupun anak-anak syarikat SRC International. Yang dipertikaikan oleh pasukan Najib (Shafee & Isham) cuma seperkara, iaitu sama ada pendakwaan boleh membuktikan aliran wang berjuta-juta ringgit ke akaun Najib adalah disebabkan arahan Najib.

Gambar Isham Jalil bersama DS Najib & DS Rosmah
2. Maksudnya Isham sedang jawab macam ini:
"Ye, wang berpuluh-puluh juta masuk akaun peribadi Bossku. Itu tidak dinafikan. Sememangnya betul berpuluh-juta masuk akaun Bossku. Tapi bolehkah AG buktikan aliran wang ke akaun Bossku adalah atas arahan Bossku?"
Lebih kurang macam tu lah maksudnya.

3. Kemudian Isham ulas pasal empat perkara, iaitu;


(i) tangki air dibina untuk budak-budak tahfiz;


(ii) Najib stay di Langgak Duta lebih kerap sebab nak jimat duit kerajaan;


(iii) Syarikat-syarikat yang masukkan duit ke akaun Najib adalah syarikat-syarikat buat amal jariah.


(iv) Rumah Tun Mahathir lebih besar


4. Namun, keempat-empat ulasan ini tidak ada kaitan langsung dengan perbicaraan yang dihadapi Najib. Ini cuma propaganda di luar mahkamah bagi membina imej positif bagi Najib;


(i) Budak-budak Tahfiz - Najib Muslim baik.


(ii) Jimat duit kerajaan - Najib berhemah & bertanggungjawab.


(iii) Amal jariah - Najib menabur bakti kepada masyarakat.


(iv) Rumah Tun M - Najib lebih zuhud berbanding Tun M


5. Keempat-empat point ini sebenarnya TIDAK BOLEH DIPAKAI DALAM MAHKAMAH. Kalau point-point ini digunakan oleh Shafee dalam mahkamah, gerenti 100% Hakim & minta dia stop. Sebab....


(i) Najib buat tangki untuk budak-budak tahfiz atau untuk mandikan gajah, mahkamah tidak peduli pun.


(ii) Najib nak tinggal lebih kerap di Langgak Duta sebab nak jimat duit kerajaan atau sebab nak malam-malam peluk Rosmah, mahkamah tidak peduli pun.


(iii) Syarikat-syarikat itu buat amal atau jual arak, mahkamah tidak peduli pun.


(iv) Rumah Najib atau rumah Tun Mahathir lebih besar, mahkamah tidak peduli pun.


6. Macam kalau awak mencuri basikal & ditangkap, ada ke mahkamah kisah kau curi basikal sebab nak pergi kedai dobi atau sebab pergi kedai makan? Tak kisah pun.
Ada ke mahkamah kisah basikal yang kau curi atau basikal jiran kau lebih besar? Tak kisah pun.
Sebab yang dibicarakan adalah 'ada ke tidak' kau mencuri, bukannya 'sebab apa' kau mencuri basikal, bukannya basikal siapa lebih besar.

7. Kemudian Isham dakwa "semestinya Najib mempunyai akses kepada banyak akaun untuk perbelanjaan politik dengan jumlah ratusan juta ringgit untuk parti...."

-FUH!!!!! Dahsyat. Mengaku jugalah Najib ada beberapa ratus juta dana politik untuk diagih-agihkan bagi tujuan politik.

8. Tapi dia juga dakwa ianya mustahil untuk Najib menguruskan akaun dia sendiri. Maksudnya ada orang lain yang ditugaskan mengurus akaun peribadi Najib.

-FUH!!!!! Lagi dahsyat. Wahai pembaca-pembaca sekalian, ada korang kenal siapa-siapa dalam dunia ini, dia bagi akaun bank dia kepada orang lain untuk diurus? Gila kah? Nanti kita minta Isham kongsikan akaun bank dia. Kita sudi tolong urus. Kan?

9. Point terakhir Isham, dia cuba buat persepsi kononnya wang masuk akaun Najib tanpa pengetahuan Najib.

Saya jawab:

(i) Siapa-siapa dalam dunia ini pun tahu berapa baki duit dalam akaun bank masing-masing. Sebab itu kalau pergi shopping, kita pastikan harga barangan yang nak dibeli adalah kurang daripada baki bank akaun. Kalau akaun bank hanya baki RM200, takkanlah kita nak pergi kedai perabot beli sofa RM1,500? Ini logik asas.

Najib pula, cek yang dia tandatangani dalam dua tiga bulan cecah BERPULUH JUTA. Macam mana Isham boleh kata 'Najib tidak tahu' sedangkan masa Najib sign cek jumlah berjuta-juta yang dibayar tertulis atas cek tersebut? Ada ke orang sign cek tanpa mengetahui baki akaun cukup ke tidak?

(ii) Siapa-siapa dalam Malaysia pun tahu, kalau awak transfer duit, bank akan hantar TAC dalam bentuk SMS. Kalau awak sign cek atau transfer duit dalam jumlah besar, bank akan telefon untuk double-check betul ka tidak awak authorise transaksi tersebut.

(iii) Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) mengharamkan penerimaan, pemilikan atau penyembunyian hasil aktiviti haram. Pesalah boleh dipenjarakan maksimum 15 tahun atau/dan didenda 5 kali ganda wang haram yang dikantoikan.

Bagaimana mahkamah tentukan sama ada tertuduh terlibat terlibat atau tidak, ada disebut dalam Seksyen 4(2)(a) AMLA dan Seksyen 4(2)(b) AMLA.

Siapa-siapa "tanpa alasan yang munasabah tidak mengambil langkah munasabah untuk menentukan sama ada atau tidak harta itu ialah hasil daripada aktiviti haram".

Maksudnya, kalau awak tetiba jumpa RM2.6 bil dalam akaun bank, awak wajib memeriksa sumber RM2.6 bil tersebut. Kegagalan mengambil langkah munasabah memeriksa sumber RM2.6 bil tersebut akan menjadikan awak 'rakan subahat' dalam aktiviti pengubahan wang haram.

10. Pasal video yang dimuatnaik oleh Isham : Video tersebut telah disunting, di mana isi kandungannya hanya menunjukkan bab "air tangki untuk budak-budak Tahfiz". Di situ kita boleh nampak betapa terdesaknya Isham cuba membina imej 'Muslim baik' untuk Najib. Sepatutnya Isham upload yang full, bukan satu dua minit je yang berkisar pasal "Najib Muslim baik".

11. Untuk makluman pembaca, tindakan Isham memberi gambaran tidak tepat mengenai prosiding mahkamah merupakan kesalahan di sisi undang-undang. Ini kesalahan menghina mahkamah (contempt of court). Isham boleh diambil tindakan undang-undang, sepertimana tindakan telah diambil terhadap Shafee Abdullah, peguam Najib yang digigit anjing belaan sendiri pada bulan Mac 2019 kerana menghina mahkamah. - 22 April 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...