Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 19 Februari 2012

Mati ada di mana2 tapi jangan mati kerana kecuaian kerajaan.


Apahal tajuk aku macam neh? Yaa.. sudah semestinya tajuk neh ada kaitan dengan kerajaan. Dan paling penting ia ada kaitan dengan kecuaian manusia. Of course lah beb. Sila rujuk gambar di atas neh terlebih dahulu. Sudah? Bagos.

Ini ialah kemalangan. Kemalangan neh sesuatu yang telah ditakdirkan. Jangan kita salahkan kerajaan atas isu neh. Itu kerja gila beb. Kemalangan neh telah pun meragutnya nyawa seseorang. Alfatihah di ucapkan. 

Maafkan saya kerana menggunakan gambar neh sebagai hujah balas untuk merayu kepada kerajaan agar berbuat sesuatu agar kes2 seperti neh dapat dikurangkan. Harus di ingat neh bukan posting nak mengatakan kematian itu berlaku kerana kerajaan salahnya sebaliknya nak mengatakan sesuatu seperti neh boleh dielakkan andai kita sama2 bekerjasama mengelakkan diri daripada bersikap cuai [tidak merujuk kepada arwah].

Apa yang berlaku?

Kisahnya begini. Seme neh ada kaitan dengan satu projek. Projek yang dimaksudkan ialah pembinaan Lebuh Raya Seremban-Port Dickson ke FR5 Pasir Panjang-Linggi. Projek neh telah tergendala sejak beberapa tahun. Tergendala kerana masalah kontraktor yang diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan projek neh gagal menjalankan tugasnya.


Selain dari itu ;


1. Kos projek telah bertambah kepada 200juta. Baca bawah sat ;

1) Seksyen 1 : sepanjang 22.5 kilometer, ditawarkan kepada syarikat Hartajaya-Benteng Timur-AMR Jeli JV Sdn Bhd. dengan harga kontrak sebanyak RM118 juta. Projek bagi segmen ini telah dimulakan pada bulan Februari 2005 dan sepatutnya disiapkan pada 1 Disember 2009 (Tempoh lanjut Masa ke-3). Kontrak bagi segmen ini telah ditamatkan pada 16 jun 2010 dengan kemajuan kerja semasa ditapak ialah 85% ; dan
2) Seksyen 2 : sepanjang 10.6 kilometer, ditawarkan kepada syarikat Satriadesa Corporation Sdn Bhd. dengan harga kontrak sebanyak RM44.9 juta. Projek bagi segmen ini telah dimulakan pada bulan Ogos 2005 dan sepatutnya disiapkan pada 1 Disember 2009 (Tempoh Lanjutan Masa ke-4). Kontrak bagi segmen ini telah ditamatkan pada 23 September 2010 dengan kemajuan kerja semasa di tapak ialah 48%.

b) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini Kerajaan telah merampas Bon Pelaksanaan dari kontraktor-kontraktor berkenaan dan akan mengenakan tindakan senarai hitam kepada syarikat dan ahli-ahli pengarah syarikat terlibat dari mengambil bahagian dalam mana-mana tender Kerajaan pada masa hadapan. Sehubungan itu, JKR juga pada masa kini sedang dalam proses untuk memanggil tender baru bagi melantik kontraktor penyelamat bagi meneruskan baki kerja yang terbengkalai.

Kat atas neh jawapan dari kerajaan bila diajukan soalan berkaitan permasalahan di atas neh. Sekarang neh apa kena mengena projek neh dengan kemalangan yang telah berlaku di atas neh? Kaitan nya ialah ;

Jalan yang sering mengakibatkan kemalangan neh ialah antara jalan yang terlibat dalam projek di atas neh. Jalan neh perlukan traffic light. Ia telah diminta selama 7 tahun namun sehingga kini tiada sesiapa pun yang tampil memenuhi tuntutan tersebut. Kenapa? Tah. Takan susah sangat nak approved traffic light di satu2 kawasan sehingga makan masa sampai 7 tahun?

Penting sangat ke traffic light di jalan tersebut? Ya. Penting. Aku takde gambar jalan tersebut tp dari apa yang aku diberitahu jalan tersebut merupakan jalan selekoh yang memang berbahaya. Selekoh satu hal, dua hala satu hal yang lain pula.

Jalan tersebut juga antara jalan yang memang kerap berlaku kemalangan jalan raya. Sebab tue pentingnya traffic light diletakkan di jalan tersebut.

2. Kontraktor yang sama masih menjalankan tugas tersebut. Jika merujuk kepada jawapan di atas diberitahu kontraktor lama telah diblacklist tapi disini ada aduan yang diterima memberitahu bahawa kontraktor sama masih menjalankan projek neh. Apa sudah berlaku sebenarnya? 

3. Sila baca bawah neh dulu ;

TAMPIN 18 Okt. 2009 - Isu projek menaik taraf Jalan Pasir Panjang-Linggi yang terbengkalai sejak 2005 akan selesai apabila ia siap dalam tempoh enam bulan akan datang. Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, sebelum ini, projek berkenaan yang menelan belanja RM118 juta terbengkalai

Petikan berita tue bila? 2009. 6 bulan dari sekarang tue bila? Sekarang tahun berapa? 2012 dah pun. Adakah sudah siap? Masih belum. Kalau dia lambat buat kerja dan kerja tersebut tidak menyebabkan kerosakkan harta benda, kerugian, kecelakaan dan menyebabkan orang ramai maut maka orang boleh bagi consideration lagi. 

Tetapi kalau satu2 kerja tue menyebabkan satu2 hal yang sepatutnya boleh dielakkan menjadi tidak dapat dielakkan, ini masalah yang sangat besar. Kalau jalan itu siap sepenuhnya ikut tempoh dan memenuhi spesifikasi keselamatan rasanya tiada sesiapa pun akan complain kan??

Aku harap ada sesiapa yang boleh amek gambar di lokasi kejadian yang memerlukan traffic light tue supaya aku boleh upload kat sini. Kalau ada gambar yang jelas baru kita boleh faham situasi. Dan kalau ada sesiapa yang rajin tolong juga tangkap gambar pekerja2 yang bina jalan tue. 

Tangkap gambar baju pekerja2 [sebab kadang2 ada nama syarikat printed atas baju mereka] dan papan tanda projek. Kalau sungguh kerajaan dah tukar syarikat lain sepatutnya ia stated atas nama papan tender. Kita perlukan bukti untuk disebarkan kepada orang ramai.

Ameno : Kos meningkat.. jalan tak siap2 juga..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...