Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 20 Februari 2012

Rosmah layak digelar srikandi negara, we all love you - Ibrahim Ali.

Gila ke apa?

kah kah kah

Tak hingin aku. Buang masa jek love2 mem. Bukan dapat duit pun. Ibrahim Ali neh tak kira waktu ada jek time nak membodek siot. Lawak beb. Lawak. Baca bawah neh ;

Ibrahim antara lainnya berkata ijazah kehormat tersebut melayakkan Rosmah digelar "srikandi negara."

Tambahnya, Rosmah juga seorang individu yang luar biasa kerana sering dilemparkan fitnah oleh pembangkang dan juga media baru "yang nakal dan tidak bertanggungjawab."

Beliau juga meminta Rosmah mengulas fintah berkenaan -- "Penting ni. Ramai dok bercakap. Malam ni saya kira selesai."


Tambahnya, beliau juga sering mengulas mengenai dakwaan pembelian cincin bernilai RM24 juta oleh Rosmah dalam ceramahnya.

NONE"Cincin ni kalau RM24 juta lebih berkilo-kilo (beratnya) lebih besar dari tembikai Cina. Boleh pakai ke tidak?" soalnya.

Beliau juga mengucapkan syabas kepada Rosmah kerana berjaya mengharungi fitnah tersebut.

Tambahnya, PERKASA juga akan terus menyokong Rosmah dan suaminya Datuk Seri Najib Razak.

"We all love you," katanya lagi. -MKINI-

kah kah kah

Perkasa nak love ka nak bodek? Patut ucapan dia we all bodek you. Baru betul beb. Dia neh kan setiap kali orang kecoh pasal satu2 hal kan mesti ada jek terpampang komen2 dia walaupun takde sapa pun expect dia untuk bagi komen. Tak boleh blah betul.

Selain dari itu di satu majlis yang sama rosmah juga menjelaskan bahawa dia tak kuasa beb nak beli2 ijazah neh. Hehehe.. 

"Ada yang kata saya bayar Curtin (untuk dapatkan ijazah tersebut). Tak kuasa saya...
"Daripada saya bayar lebih baik saya beri sumbangan kepada Wiranita PERKASA.

"Mungkin sebab dia selalu bayar, sebab itu dia kata saya bayar," katanya lagi dalam ucapannya di majlis makan malam pertubuhan itu malam tadi.


 Mengulas lanjut, Rosmah berkata beliau tidak kisah dengan tohmahan yang dilemparkan itu.

"Janganlah percaya apa yang didengar... Biaq pi la (biarlah), esok dialah yang terpaksa jawab bila dah sampai sebelah sana (meninggal dunia)," katanya lagi kepada kira-kira 700 orang yang hadir.

Rosmah turut bersyukur kerana presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali turut menyokong beliau dalam isu tersebut. -MKINI-

Rosmah,

Dengar nasihat aku. Mem tak sepatutnya rasa bersyukur bila Ibrahim Ali sokong mem dalam isu neh. Itu sebenarnya petanda buruk. Mem patut rasa gelisah dan resah. Sesuatu yang Ibrahim Ali sokong, confirm majoriti rakyat malaysia yang cerdik takan sokong. Lue fikirlah sendiri mem.

kah kah kah

Ameno : Lawak siottt..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...