Betul.
Itulah yang sebenarnya Mahathir rasakan. Aku percaya bukan mahathir jek rasa macam tue malahan hampir kesemua orang2 umno tak kira dari ceruk mana pun akan rasa macam tue. Kenapa? Lihat alasan2 kat bawah ;
debat budaya barat <-- ahmad maslan
tiada apa2 perlu didebatkan <-- mahathir
rakyat malaysia belum boleh terima budaya debat <-- mahathir
buang masa berdebat dengan dsai <-- umno bahagian
dsai akan demam kalau berdebat <-- najib
dan pelbagai lagi alasan2 yang karut marut timbul hanya semata2 kita syorkan najib dan dsai berdebat. Alasan2 tue sebenarnya alasan2 orang yang ada kepentingan. Ia bukan alasan2 yang mewakili rakyat pun. Sesiapa pun boleh bagi macam2 alasan tapi kenapa takmo minta pandangan dari rakyat sendiri sebab after all yang menilai perdebatan neh ialah rakyat marhaen. Bukan ahmad maslan, najib waima mahathir sekalipun kan?
Beginilah. Ini apa yang aku rasa dan aku percaya majoriti rakyat yang berfikir juga merasakan hal yang sama. Dalam isu perdebatan neh aku bukan nak tengok bn bergadoh dengan pr orang dsai berlawan dengan najib.Gadoh2 dan lawan2 tue kami rakyat malaysia dah selalu tengok malahan kami dah bosan dan jemu pun.
Sebaliknya aku cuma nak tahu apa perancangan dan pemikiran kedua2 pemimpin neh. Kami nak fahami hala tuju, pendirian dan bagaimanakah kedua2 pemimpin neh akan memacu ekonomi negara dan menjadi pemangkin dalam mengubah nasib kami dalam beberapa tahun yang mendatang neh.
Najib dan dsai relevant berdebat sebab sorang piem manakala sorang lagi pemimpin pembangkang yang diberi mandat menjadi piem andai pr mengambil alih putrajaya neh kelak. Jadi tolonglah faham kenapa. Mereka neh memang berdiri atas posisi yang sama rata untuk melayakkan masing2 berdebat sesama sendiri.
Aku perlu tahu apa yang ada dalam kepala hotak najib dan dsai. Untuk lebih adil, biar rakyat yang kemukakan persoalan. Kita boleh banding dan fikirkan jawapan dari kedua2 side macam mana.
Sudah sampai masanya najib, bn dan umno memahami pemikiran rakyat. Cuba jangan asyik bercakap dan bercakap tanpa mengambil tahu apa yang rakyat inginkan. Elakkan juga bercakap dan bercakap seolah2 ia mewakili kehendak rakyat walhal kami sendiri pun suka nak tengok perdebatan neh.
Perdebatan neh bagi aku memang penting sebab ia sebagai penanda aras bagi bn dan pr itu sendiri. Kita boleh menilai mana satu yang lebih berkredibliti untuk memimpin rakyat di negara neh. Bagi aku menolak debat neh bererti melemahkan diri sendiri dan tiada keyakinan diri. Belum debat lagi dah mengalah. Macam mana rakyat nak sandarkan harapan pada bien, umno dan najib, betul? Lue fikirlah sendiri.
Nota : Untuk rekod bagi memana pihak yang rasa debat neh buang masa.. fikirlah tempoh debat neh cuma sejam dua jam jek. Ko tengok tv rancangan2 mengarut tue boleh jek buang masa.. takan nak tengok sesama pemimpin berdebat ko rasa buang masa? Bagi aku perdebatan najib dan dsai bukan buang masa sebaliknya saat berharga untuk aku menilai prestasi kedua2 pemimpin sebab inilah timenya aku nak gunakan kuasa aku sebagai rakyat untuk menilai cara kedua2 pemimpin neh berhujah.
Nota : Untuk rekod bagi memana pihak yang rasa debat neh buang masa.. fikirlah tempoh debat neh cuma sejam dua jam jek. Ko tengok tv rancangan2 mengarut tue boleh jek buang masa.. takan nak tengok sesama pemimpin berdebat ko rasa buang masa? Bagi aku perdebatan najib dan dsai bukan buang masa sebaliknya saat berharga untuk aku menilai prestasi kedua2 pemimpin sebab inilah timenya aku nak gunakan kuasa aku sebagai rakyat untuk menilai cara kedua2 pemimpin neh berhujah.
Ameno : Kalau sungguh takut mengaku jek.. neh asyik nak mengelak dan menafi je memanjang.. susah sangat jadi jujur bila dah terbiasa menipu