Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 21 Februari 2012

Betul ke Syarikat Perkapalan ZIM tue Israel yang punya?

Dorang cakap ZIM tue company yang berpengkalan di CHINA. Seriyus. Aku nampak ada orang bagi hujah2 tersebut bagi membuktikan betapa takdenya langsung kaitan malaysia dan israel. Yang sebenarnya ZIM tue hanya sebahagian kecil jek hubungan antara malaysia - israel beb. Ia bukanlah merangkumi keseluruhan hubungan yang dah terjalin.

Kalau nak di ikutkan sebenarnya kita ada banyak hubungan2 lain dengan israel. Cuma antara sedar dengan tidak sedar jek. Matlamat posting neh bukan nak mencari kesalahan kerajaan sampai terlupakan kesalahan diri sendiri. Sebaliknya nak menjelaskan betapa hipokritnya perangai sesetengah orang dalam mengulas isu anwar ibrahim - israel.

Kalau kita sendiri pun ada bekerjasama dengan israel maka janganlah congceng pasal orang lain. Tue jek isu asalnya. Bukan aku nak bekap dsai pun. Tapi itu tak bermakna pula kerajaan di posisi yang betul. 

At least dsai dah ubah statement asal. Yang kerajaan, ada ubah apa2 tak? Takde pula. Dorang semakin menambahbaik lagi hubungan mereka dengan israel apa. Tue yang aku heran sebab dalam pada dok pongpang mengecam orang lain dia sendiri terlupa dia lebih teruk dari orang yang dia kecam tue.

kah kah kah

Lihat bawah neh ;




Lihat websitenya disini

Nampak? Kita sekarang neh berada di posisi yang tak layak nak kecam mana2 negara, mana2 pengikut or mana2 penganut sekalipun sebab apa? Sebab kita sendiri pun dah di anggap bersubahat dalam membentuk israel sebagai sebuah negara.

Jadi orang belajarlah sedar diri. Telek dulu kelemahan diri sendiri dan perbaiki la ia agar tidak berulang lagi. Komen2 seperti menyalahkan dsai, dap, pr, kafir harbi, iran, syiah, freemason dan lain2 perkara bahlol yang selalu dibuat oleh muslim adalah sesuatu yang perlu dijauhi.

Kita tak berada di posisi yang betul dalam menterjemahkan konsep kita untuk menentang israel dan membela palestine. Posisi yang kita duduk neh sebenarnya posisi yang salah. Untuk membetulkan posisi neh kita kena ubah diri kita agar kita dapat berfikir dengan betul untuk memilih pemimpin yang betul. 

Once pemimpin yang betul telah kita pilih, kita dan dia akan sama2 mengubah apa yang telah merasuk sistem pentadbiran negara kita. Syarat pertama untuk mengubah perkara2 macam neh supaya kita dilihat benar2 konsisten menentang kezaliman. Tue jek.

BTW, aku tak percaya pun kalau PR amek alih, ZIM neh akan dihalang terus daripada memasuki Malaysia cuma untuk menuju ke arah itu ia perlukan proses yang berterusan. Yang neh insya-Allah PAS boleh merealitikan ia. Itupun jika PR diberikan mandat untuk mentadbir. Selagi ia kekal berada di tangan bien, ia kekal angan2. At least PAS ada harapan dan usaha untuk mengubah seme neh. 

Ameno : Memang ada bisnesman2 yang cuak dengan pr.. lebih2 lagi yang buat kerja haram dan jahat.. neh seme soal periuk nasi beb.. pasal ada org2 dalam bien yang boleh jaga kepentingan depa..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...