Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 22 Februari 2012

Berdosa sokong PAS.

Alamak.

Gua belum habis terkejut dengan kenyataan mufti perak tadi. Gua bertambah2 terkejut bila malaysia kalah bola dengan teruk. Dan semakin terkejut dengan statement terbaru puteri umno. Kini gua benar2 terkejut habis dengan statement terbaru tuk guru or tokoh agama di kelantan neh. Gua siyes terkejut neh beb. 

Tengok gambar bawah neh ;


Terkejut tak? Memang lah tak terkejut tengok ibrahim ali cium rosmah mansur. Tapi bayangkan kalau gua yang cium tangan rosmah mansur tue. Macam tue lah perumpamaan terkejutnya gua hari neh. Kira nya hari neh ialah hari kejutan buat gua. Peh. Nak celebrate arh tiap2 tahun. Mungkin boleh popular suatu masa nanti.

kah kah kah

Berbalik kepada insiden2 terkejut gua hari neh, tadi kan gua pergi selak laman utusan. Gua sebenarnya tengah bengkek malaysia kalah bola. So nak lepaskan rasa bengkek tue gua pandai2 buat helah untuk hilangkan rasa marah tue. Daripada gua maki orang baik gua buat apa2 kerja yang patut kan. Then tadi gua ternampak benda kat bawah neh beb. Siyes lawak siot.

Baca bawah ;

Seorang tokoh agama yang juga Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa‘amah tetap dengan pendiriannya bahawa menyokong parti Pas termasuk pada pilihan raya umum akan datang adalah berdosa.

Malah, Abdullah menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan mana-mana individu termasuk pemimpin Pas sendiri yang tidak bersetuju dengan pendapat beliau itu.Beliau turut melahirkan rasa hairan dengan sikap segelintir masyarakat yang masih tidak sedar bahawa Pas sekarang tidak sama dengan Pas dahulu yang tidak lagi bertegas dengan dasarnya menegakkan negara Islam.

“Pas masuk dalam pakatan pembangkang dan bekerjasama dengan DAP yang tidak terima Islam sebagai dasar. “Sementara Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula dasar dia liberalisme dan pluralisme yang menyatakan semua agama termasuk Islam adalah sama, orang Islam dan orang lain sama rata. Perjuangan liberalisme, pluralisme, sosialisme ini haram.

“Pas duduk sekali dan reda serta menyokong pula calon-calon DAP, PKR. Pas juga sokong dan reda bila DAP menang dan jadi pemimpin, Timbalan Perdana Menteri, berdosa dari segi hukum syarak. “Sokongan Pas itu menghancurkan Islam dan orang Islam. Umat Islam perlu menarik balik sokongan mereka kepada Pas,” dakwanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. -UM-

Itu baru satu tokoh agama. Tengok kat bawah neh pula. Petikan dari satu sumber berita yang sama gak ;

Mohd. Noor yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan turut berpendapat, sokongan kepada Pas boleh menyebabkan perpecahan sesama umat Islam yang sepatutnya bersatu. “Penyatuan umat Islam tunjang kepada kepimpinan Rasulullah SAW sebagaimana bertautnya kaum Muhajirin dan Ansar, bahkan antara Aus dan Khazraj di Madinah.

“Sekarang umat Islam berpecah kepada dua, sokong Pas dan UMNO. Sokongan sepatutnya diberikan kepada UMNO yang lebih lama (tertubuh) berbanding Pas dan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO juga terang-terangan sebut menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam agama rasmi negara. -UM-


Dah baca? Good. Apa yang gua faham menerusi kenyataan dua individu di atas neh ialah ;

1. Sokong pas pada pru akan datang = berdosa.  Tatau lah sampai bila dosanya sebab tak disebut pun pru berapa kan. kah3x.

2. Pas sokong dan reda dap menang + jadi tpm = berdosa dari segi hukum syarak.

3. Sokong pas = perpecahan kepada umat islam.

4. Umno lebih lama wujud dari pas = so umno yang patut di sokong.

5. UMNO menegakkan blablablab.. islam. 

Terkejutnya aku. Terkejut betul bila aku dapat kesimpulan seperti neh. Aku lebih terkejut bila seseorang tue suka mengeluarkan pandangan tanpa mengikuti fakta sebaliknya asyik amek persepsi then buat statement. Amek fitnah then buat statement. Senang betul jadi tokoh agama. Jatuh hukum meskipun taktahu fakta kes.

Anyway.. betul ke umno tertubuh dahulu sebelum pas? Setahu aku pas tertubuh dahulu sebelum umno. Pas tue serpihan parti islam yang diharamkan ketika zaman awal kemerdekaan dulu. Sapa ek haramkan? Owhh lupa.. kerajaan british suruh umno haramkan.. hehehehe.. sapa lah yang menyebabkan umat islam berpecah ye sebenarnya. Lue fikirlah sendiri.

Ameno : Lebih terkejut daripada nak rasa kelakar.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...