Pertama tolong faham.
Rakyat bukan benteng kepada mana2 parti, pemimpin, raja dan sebagainya. Rakyat malaysia bukan benteng kepada umno dan bn. Rakyat malaysia bukan benteng kepada sultan dan raja. Rakyat malaysia juga bukan benteng kepada pakatan rakyat dan dsai.
Kami rakyat malaysia perlukan pembelaan dan bukan harus diposisikan sebagai benteng kepada mana2 pihak. Tolonglah belajar untuk faham yang neh. Sebab tue dalam mengulas isu perhubungan malaysia dengan israel kita kena bersikap adil.
Kita tidak harus meletakkan diri kita sebagai benteng kepada mana2 pihak dalam isu neh. Dosa tidak menjadi pahala hanya kerana ko bertukar parti. Sejarah tidak akan hilang hanya kerana ko lupa. Apa yang pernah ko buat dulu tidak akan terhapus hanya kerana ko memilih untuk tidak mengakui nya.
Umno adalah penyebab utama hubungan israel dan malaysia terjalin.
Ini ialah satu kebenaran yang pahit bagi ahli2 biasa umno nak telan. Walaupun mereka berjuta kali cuba nak meletakkan kesalahan neh ke atas orang lain samada pr ataupun dsai semata2 mereka tetap tidak boleh nak padamkan hakikat neh.
Mungkin ada yang tidak tahu bahawa ;
1. Pada tahun 1994, Tuanku Abdullah Tuanku Abdul Rahman telah menjadi rakyat malaysia yang pertama menjejaki israel setelah sekian lama selepas malaysia merdeka pada tahun 1957. Kisah neh sebenarnya pernah disiarkan dalam utusan malaysia dan berita harian pada tahun tersebut. Juga ada ura2 yang mengambarkan pontesi pelancongan yang boleh diwujudkan bagi kedua2 negara tersebut. Namun kisah neh mati setakat itu. [ Mohon jangan bercakap yang buruk pasal tuanku kerana dia telah pun meninggaldunia. ]
2. Pada tahun 1997, PAS pernah mengadakan protes untuk membantah kehadiran pasukan kriket israel masuk ke malaysia bagi menyertai pertandingan kriket. Kemasukan pasukan terbabit di izinkan oleh Mahathir sendiri atas nama semangat kesukanan. Jika kita fikirkan secara logik setiap negara hanya layak menghantar wakil jika mereka di iktirafkan sebagai sebuah negara. Jadi boleh faham kenapa pas membantah kehadiran pasukan kriket israel di malaysia.
3. Permit import barangan ke israel perlukan pengesahan daripada MITI sendiri. Ini bermakna sejak tahun 1996 kerajaan telah pun memakan cukai hasil pengeluaran permit import tersebut. Ini diakui sendiri oleh Mukhriz Mahathir.
4. MITI pernah mempromosikan israel atas tujuan hubungan perniagaan melalui beberapa buku2 yang memang terdapat dalam perpustakaan di dalam department itu sendiri.
5. Malaysia juga mengeskport kelapa sawit ke israel atas tujuan perniagaan.
6. Beberapa pimpinan kerajaan pernah bertemu dengan pemimpin israel atas beberapa tujuan samada tertutup ataupun di dalam forum2 tertentu. Yang sebenarnya tidak hairan jika pemimpin bn dan dsai berkawan dengan yahudi dan israel. Tuntutan tugas menyebabkan mereka semua neh akan terdedah kepada perhubungan seperti neh tak kiralah atas tujuan apa sekalipun ketika itu. Namun jika pertemuan2 seperti neh dirahsiakan bukan kah itu akan mengundang persepsi?
7. Pada tahun 1994 akta larangan import yang mana menyekat israel dan malaysia berkerjasama dalam bidang perdagangan telah pun dipinda. Akta neh dipinda bagi membolehkan syarikat2 swasta malaysia mengimport barang dagangan ke israel ataupun mengeskport barangan malaysia ke israel. Tahun 1994 ialah tahun di mana anwar ibrahim ialah timbalan menteri kewangan. Setelah disemak di dapati bahawa akta larangan import neh di bawah urusan jabatan kastam. Dan jabatan kastam pun betul2 berada di bawah kementerian kewangan. Dan menteri kewangan ketika itu ialah dsai itu sendiri.
Dsai ketika itu ialah pemimpin umno. Dia banyak kali keluar masuk tv dan berita menghina, mengecam dan mengherdik pas. Aku tak pernah suka apa yang dsai selalu ucapkan dalam tv meskipun aku tak pernah sokong pas ketika itu. Pas juga antara parti yang aku pernah fikir sesat kerana selalu sangat baca utusan. Tapi aneh, setiap kali dsai meroyan kutuk pas, aku betul2 rasa menyampah. Bukan pada pas tetapi pada dsai. Ini berbeza bila mahathir kutuk pas. Aku macam takde perasaan.
Jika dsai pada ketika itu bertegas dan tidak bersetuju dengan apa yang berlaku pada tahun 1994 dia sepatutnya bersuara dan menghalang perkara tersebut daripada berlaku. Itu sekurang2nya jika dia tidak mampu untuk meletak jawatan. Perkara neh pernah dibincangkan dalam dewan parlimen dan menjadi panas.
Tetapi aneh orang hanya nampak mahathir dan umno semata2. Sedangkan ketika itu dsai juga berdiri bersebelahan dengan mahathir dan meluluskan akta neh tanpa rasa bersalah. Jadi disini selain dari mahathir, dsai juga tidak kurang salahnya dalam isu neh.
Peduli hapa samada mahathir no 1 dan dsai no 2 yang penting kesalahan tetap terpikul atas bahu dua orang neh. Dua orang neh jika bekerjasama dengan baik boleh menolak berlakunya perdagangan itu dan juga boleh menyebabkan perdagangan itu wujud.
Dalam kes kemasukan kapal israel ke malaysia, mereka penyokong2 umno sekali lagi bertindak menjadi sukarelawan menjadi benteng kepada pemimpin umno yang tak kenal pun ko sapa der.
Mereka sanggup mengiyakan hubungan dagang yang berlaku dan menjelaskan ia langsung takde kaitan dengan kerajaan walhal akta larangan import neh ialah akses kepada puncanya kemasukkan kapal2 israel ke malaysia. Bila larangan pengimportan tue dibuka maka dengan mudahnya kapal2 israel yang berperanan menghantar barangan dari israel ke malaysia berlaku.
Hubungan diplomatik atau hubungan perdagangan itu bukan isu. Isu utama ialah hubungan dengan israel tetap wujud dan berlaku. Jika hubungan diplomatik ditafsirkan sebagai mengiktirafkan negara israel maka hubungan perdagangan pula boleh ditafsirkan sebagai menyalurkan wang kepada israel untuk mereka membeli bom dan sebagainya.
Dan ada juga yang berhujah bahawa jika malaysia tidak buka laluan maka singapore akan buka dan ia akan menrencatkan malaysia sebagai sebuah pelabuhan antarabangsa. Ia akan menjejaskan logistik malaysia dan ramai syarikat2 tidak akan berminat dengan malaysia. Jika ini berlaku maka ekonomi malaysia akan slowdown.
Sebab tue aku tekankan konsep hipokrit disini. Jangan kaitkan orang lain dengan israel sampai sendiri lupa bahawa ko juga ada kaitan dengan israel. Aku dah pernah cakap dulu. Jika pr amekalih putrajaya pun belum tentu kapal2 neh akan dihalang memasuki malaysia. Akan tetapi aku sangat2 mempercayai bahawa pas akan cari alternatif untuk memastikan hal tersebut terlaksana samada cepat ataupun lambat.
Dan aku tak nafikan bahawa dsai turut sekali menjadi penyumbang kepada insiden neh. Ini mungkin kerana dia umno dulu baru pkr. Apa yang pernah dia buat ketika berada dalam umno tidak patut menjadi penanda aras apa yang dia ingin buat sekarang. Itu betul. Kita tidak boleh mengecam dsai atas dosa dia ketika berada dalam umno.
Namun dalam masa yang sama kita juga tidak boleh buat2 lupa pada sejarah dan fakta. Dsai sekurang2nya perlu menjelaskan secara keseluruhan apa yang berlaku pada tahun 1994 - 1996 tanpa menyembunyikan apa pun.
Keluar dari umno bukan bermaksud kesalahan dia dibersihkan ataupun hilang begitu sahaja. Dia mencatit kesalahan dalam dua keadaan yang berbeza ;
1. Kesalahan tercatit atas sebab dia sendiri sebagai individu yang membenarkan hal tersebut
2. Kesalahan tercatit atas nama parti dan jawatan yang dia pegang.
Jadi disini adalah lebih baik dia minta maaf kerana terlibat dalam proses kelulusan tersebut. Minta maaf neh seterusnya akan digunakan sebagai hujah untuk kita sampaikan kepada rakan2 umno bahawa dsai sudah pun berubah pendirian dia dalam soal kerjasama dengan israel. Anwar memang masih relevant sebagai ketua kepada malaysia baru tetapi itupun jika dia mahu mendengar dan memahami suara rakyat.
Orang takan peduli samada ia kisah lampau ataupun lepas yang orang peduli ialah fakta tetap fakta dan ia memang tersimpan kemas dalam catatan sejarah. Jika pas sudi, mereka patut buka balik apa yang telah berlaku pada tahun mei 1994.
Aku sendiri tidak tahu apa yang berlaku pada tahun tue. Kita boleh saksikan apa yang berlaku pada tahun 1994 jika sesiapa memilik hansard parlimen yang membentangkan akta larangan import untuk dipinda. Pada ketika itu kita boleh meneliti dengan jelas betapa hipokritnya parti yang bernama umno neh.
Dosa rakyat guna barangan israel ialah dosa kerajaan barisan nasional.
Setiap kali bila orang2 umno kematian hujah bila kita membangkitkan isu bahawa jelas bn mengiktirafkan israel secara tidak langsung meskipun tiada hubungan diplomatik maka mereka akan mencampakkan alasan alah ko pun makan mekdi. Israel gak tue. Ada ko kesah?
Tapi mereka lupa. Orang2 macam neh selalu lupa bila mereka terlalu ingin sangat menjadi benteng kepada pemimpin umno. Pemimpin umno pun tak pandang ko sapa. Usah kata pemimpin umno, pemimpin pr pun tak pandang aku sapa der. Tapi aku perlu berjuang membanteras kezaliman atas label pr sebab kerja secara berkumpulan lebih cepat terkesan der.
Itu lebih baik daripada aku duduk dalam bien yang jelas2 menjadikan kezaliman sebagai motto hidup mereka. Dalam bien, yang rasuah, yang menyeleweng, yang anti islam, yang suka hiburan melampau, yang suka perkara2 jahat dan rosak terlalu ramai sehinggakan kita nak angkat muka dan cakap nooo pun tak boleh sebab terlalu teruknya hidup memperjuangkan keadilan dalam bien yang langsung sama sekali tidak kisah pasal rakyat dan keadilan.
Menyalahkan rakyat kembali dalam isu israel neh adalah satu kebodohan melampau puak2 tertentu. Adakah apabila aku lahir aku diberitahu oii ko tahu mekdi tue israel punya? Ko jangan makan taw. Oii ko tahu intel tue ada kilang di israel? Intel tue nak buat komputer tue. Ko jangan beli product2 yang guna intel faham. Oii ko tahu coke tue sapa punya? Ko kena boikot faham.
TIBA2.
Pong pang pong pang seme info neh masuk dan tiba2 aku menjadi rakyat yang tidak tahu apa2 pasal neh diberitahu aku rupanya adalah penyumbang kepada kematian rakyat palestine. Ko tahu apa perasan aku ketika itu? Lebih baik ko jangan tanya.
Aku tidak tahu. Tapi aku diberitahu. Jadi bagaimana aku kena buat. Adakah aku kena muntahkan semua makanan mekdi yang pernah aku makan? Coke yang pernah aku minum? Atau buang komputer yang pernah aku beli?
Ia bukan kesalahan aku dari awal lagi bila kesemua product neh berlegar di malaysia. Ia bukan aku dan mana2 rakyat yang pergi luluskan kesemua perkara tersebut. Ia bukan sesuatu yang normal dilakukan apabila kita akan memeriksa setiap satu product yang terjual di malaysia neh mestilah bukan datang dari israel.
Bukan nya ada komputer di setiap kedai dan bila kita terfikir nak beli satu2 product tue kita boleh tanya dia heyy neh product israel kah? Aha ye. Okey takmo beli arh. Nak cari brand lain. Aku tahu ka? Aku ada akses yang macam neh ka? Aku takde apa2 akses pun.
Jika aku tidak mengenal internet maka aku langsung tiada akses. Ada internet pun bukan syarat ko akan tahu hal tersebut. Bukanlah setiap pengguna internet akan pergi check adakah product2 yang mereka selalu beli terkait dengan israel atau apa. Ia memerlukan satu keadaan yang apabila ko akan tahu, maka ia jadilah ko tahu. Tak kiralah samada ko akan diberitahu melalui medium apa pun.
Yang penting apa yang ko tahu tue tidak datang dari media kerajaan sebab media arus perdana kerajaan sedang berusaha sehingga ke hari neh mengambarkan betapa bencinya malaysia kepada israel. Namun dalam masa yang sama media online kerajaan pula cuba mengambarkan betapa okeynya kita berbisnes dengan israel sebab ia keperluan.
Jika ko sebagai kerajaan cakap ia okey, maka apa hak penyokong2 ko untuk mengatakan aku tidak okey membeli barangan israel? Aku cakap tidak okey untuk ko berkerjasama dengan israel sebab israel zalim dan jahat lalu apa salahnya jika kita bersama2 menjauhi israel andai benar kita di posisi yang menyokong rakyat palestine?
Jika ko mendengar kata2 aku maka ko akan disokeykan apa2 perkara yang ada kaitan dengan israel dan ini secara tidak langsung akan mematikan segala peluang aku untuk menggunakan barangan israel pada masa akan datang. Ia perlukan ko untuk aku dan rakyat bebas dari pengaruh israel sekurang2nya ketika berada di malaysia. Tidak kah ko dan penyokong2 ko memahami perkara semudah neh?
Jadi penyokong umno, ko tahu dosa siapa sebenarnya yang lebih berat bila rakyat membeli barangan israel samada mereka tidak sedar, baru sedar atau telah pun sedar? Fikir sebelum cakap. Bai
Sumber penulisan ;
Ameno : Terima kasih bien kerana mengisraeliatkan rakyat malaysia sampai ke hari neh.