Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 25 Jun 2019

Beberapa Kesilapan Kenyataan Media Mat Sabu & Kenapa PH Perlu Berhenti Buat Lawak Dengan Jata Negara.

NURUL ASYIKIN | Beberapa menteri Malaysia berulangkali menasihati rakyat untuk bersabar sekejap dengan keadaan ekonomi semasa negara dan diminta untuk memberikan tempoh kepada Pakatan Harapan bagi memulihkan negara.

Mereka mahukan kepercayaan dan ruang masa diberikan kepada kerajaan baru bagi mengurangkan hutang negara. Meskipun apa yang berlaku adalah sebaliknya - hutang negara semakin bertambah dan lebih banyak aset negara dijual kepada negara luar.

Dalam menuntut kepercayaan itu, mereka seringkali melakukan tindakan yang berupaya menghakiskan keyakinan pengundi dan penyokong terhadap kerajaan baru.

Sementara itu pengkritik pula bertambah yakin dari hari ke hari bahawa tindakan menukar kerajaan adalah tindakan yang bodoh dan menyusahkan rakyat.

Antara perkara yang sering dilakukan oleh PH ialah mempermainkan Jata Negara menerusi kenyataan media.

Perkara itu pernah dilakukan oleh Kementerian Kewangan beberapa kali. Daripada kesilapan ejaan, kesilapan tatabahasa, kesilapan mencampuradukan bahasa inggeris dan bahasa melayu, hinggalah kepada "Menteri Hong Kong" dan menggunakan kenyataan media bagi melakukan serangan secara peribadi dan emosi, semuanya cukup.

Masalah sebenar bukan pada kekurangan pengalaman sebagai pemerintah, tetapi gagal meletakkan pegawai yang cekap di kedudukan tersebut - menjaga kenyataan media.

Kenyataan media ini penting kerana itulah komunikasi kita kepada masyarakat. Sedikit kesilapan dan kecuaian melaluinya, maka kerajaan inilah dianggap bodoh dan menteri itulah digelar bangang.

Seperti kenyataan media Menteri Pertahanan Muhammad Sabu mengenai kelewatan penerbangan MAS.

Adakah salah seorang menteri menegur kelewatan penerbangan yang gagal mematuhi jadual? Tidak ada salahnya.

Tetapi cara mana teguran itu patut dibuat, tidaklah boleh sampai memperlihatkan Muhammad Sabu itu menteri yang bangang.


i) Kejadian 16 Jun 2019. Kenyataan media 24 Jun 2019. Mungkin masa telah diberikan. Mungkin penjelasan telah didengari. Mungkin jawapan telah ditolak. Maka lahirkan kenyataan media ini selepas 9 hari.

ii) Yang Muhammad Sabu nak jumpa itu Perdana Menteri Malaysia. Bukan England. Bukan Canada. Satu negara. Selepas itu, samada di rumah, samada di pejabat, samada secara panggilan, samada secara online, pertemuan itu boleh dijadualkan.

iii) Lawatan kerja ke Perancis. Singgah ke London SEMATA-MATA nak jumpa PM Malaysia. Intipati pertemuan tidak didedahkan. Samada terlalu penting ataupun kerana urusan peribadi tidak dinyatakan. Tetapi perkataan SEMATA-MATA digunakan. Apakah ertinya itu? Ini bermakna, semata-mata nak membazirkan masa, semata-mata nak membazirkan duit, semata-mata nak membazirkan sumber, maka pertemuan itu perlu dilangsungkan - bukankah begitu? Sedangkan dengan satu panggilan, kita tak perlu SEMATA-MATA untuk singgah ke London bukan? Dan pertemuan yang gagal itu pula dinyatakan dalam satu media yang semata-mata nak membayangkan Menteri Pertahanan Malaysia ialah seorang BADUT. 

iv) Kemudiannya orang akan bertanya; duit siapa? Pegawai mana yang ikut? Siapa bayar gaji lebih masa? Siapa tanggung elaun? Berapa kosnya? Kata takde duit, kata kena potong itu ini, kata kena bersabar, kata perlu berjimat, kata banyak hutang tapi kenapa perkara ini dilakukan?

iv) Adakah salah mengangkat kesilapan MAS? Tidak salah. Kesalahan MAS perlu ditegur tetapi teguran itu perlulah secara umum. Teguran mewakili pelanggan. MAS perlu didesak beri penjelasan. MAS perlu difahamkan, sepertimana Mat Sabu, pelanggan lain juga mungkin terikat dengan janji, mungkin terikat dengan deal, mungkin terikat dengan itu ini, maka dimana tanggungjawab MAS? Adakah perkhidmatan pelanggan mereka telah membantu pelanggan yang terjejas? Telah memberikan penjelasan? Adakah memberikan layanan yang baik sepanjang kelewatan? Apakah penyelesaian masalah MAS bagi mengurangkan kesan kerosakan yang mungkin dilalui oleh pelanggannya? Selepas itu, apa sahaja penjelasan yang akan MAS berikan, terserah kepada Muhammad Sabu dan pelanggannya di penerbangan itu mahu menerima atau tidak. 

v) Sama sekali tak patut ada perkataan SEMATA-MATA dalam kenyataan media itu kerana ia membayangkan perkara yang remeh, sama sekali tak boleh guna alasan dangkal seperti nak jumpa Perdana Menteri Malaysia, tak patut ditulis pun dalam kenyataan itu. Melainkan dah nekad menjadikan kerjaya Menteri Pertahanan kepada Menteri Pembadutan. 

vi) Kesannya di sosial media;

👉 Ini propaganda. Supaya Mat Sabu nak ke mana-mana guna pesawat peribadi selepas ini. Alasan? Naik MAS, penerbangan awam berdepan dengan risiko kelewatan. Nasib baik PM Malaysia, lainkali jika Presiden Amerika? Jika  PM England, bagaimana? Drama perlu ada bukan? Jika kronologinya lari, maka alasannya tak menjadi. Rakyat tidak akan halalkan. Jika tidak, nasib kita akan sama sepertimana kita memaki hamun kerajaan terdahulu.

👉 Millage politik - nak bayangkan betapa wasatiyyahnya Mat Sabu, naik MAS je. Baguslah. Memang ini yang rakyat mahu. Seorang Menteri Pertahanan yang dipolishkan imejnya menerusi propaganda dan bukannya menerusi hasil kerja. Kita memang sebodoh ini. Kita memang perlu pergi sebodoh ini. 

👉 Penggunaan jata negara dipandang remeh. Pakatan Harapan sewenang-wenangnya, setiap masa, kenyataan media adalah kenyataan rasmi mewakili kerajaan meskipun kadangkala sesetengah isu adalah lebih kepada isu peribadi. Kali pertama, adalah kurang pengalaman. Kali kedua, adalah kecuaian. Kali ketiga, kerana kesilapan. Tapi kalau kali keempat, kelima, dan seterusnya, tidak belajar dan membetulkan, ini bermakna teguran dipandang ringan. Mereka takde hati nak memahami kenapa kesilapan itu ditegur. Mereka tak berminat nak peduli untuk membetulkan kecuaian. Mereka mungkin fikir Pakatan Harapan akan memerintah selamanya.

Sedih. Tak cukup lagi iklan raya yang mempromosikan sawit Malaysia, gagal menjawab kepada tuduhan terkait syiah (isu disini ialah melibatkan kejujuran dan ketelusan, penulis tak berminat nak menilai akidah dan syurga neraka seseorang), tak cukup lagi bahasa inggeris yang tunggang langgang sehingga menjadi bahan ketawa, sehinggalah kepada menjadi chef, kita perlu tambah lagi bahan supaya peranan Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan dilihat sebagai badut yang kelakar.

Muhammad Sabu ialah Menteri Pertahanan. Beliau bukan badut dan pelawak yang membaling microfon.

Orang sekeliling, ataupun lebih tepat para pegawainya, perlu berhenti mewatakkan Muhammad Sabu sebagai pelawak. Pakatan Harapan adalah kerajaan. Mereka bukan lagi pembangkang. Setiap kata, setiap tindakan, setiap kenyataan, perlu difikirkan kesannya dari segenap segi.

Kalau pun takde hati nak menjadi pegawai yang cekap, cukuplah jangan menjadi pegawai yang bangang.

Kalau pun takde hati nak menyelesaikan masalah negara, cukuplah jangan menambahkan masalah menteri. 

Kalau pun takde hati nak melantik pegawai yang berwibawa, cukuplah memantau bagaimana mereka bekerja.

Kalau pun takde hati nak mengurangkan hutang negara, cukuplah dengan berhenti menjadi pelawak. Tolong. - 25 Jun 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...