Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 29 Jun 2019

Betul Ke Kerana Ditegur Isu Baju Salahuddin Merajuk, Enggan Hadir Pembukaan Dun Johor?

PENYOKONG SALAHUDDIN | Pada 27 Jun 2019, portal JohorPress melaporkan Menteri Pertanian, Datuk Salahuddin Ayub dan Adun Puteri Wangsa, Mazlan Bujang tidak menghadiri sesi pembukaan penggal kedua persidangan DUN Johor.

Portal itu membayangkan seolah-seolahnya ketidakhadiran kedua-dua wakil Pakatan Harapan dari parti Amanah itu adalah disebabkan sentimen kebencian dan tidak menghormati Sultan Johor.

Apatah lagi baru-baru ini Salahuddin juga dikecam atas isu pakaian - kononnya tidak menghormati adat istiadat dan tradisi pemakaian Istana Johor. Menteri itu juga turut menerima surat dari Istana Johor berhubung perkara tersebut.

Perkara itu pertama kalinya ditimbulkan oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengongsikan gambar Salahuddin berbaju melayu Teluk Belanga bersama seluar hitam di Instagram pada 5 Jun dengan kapsyen berbunyi; "Yang ini pula tradisi nak jadi perdana menteri dan Sultan Johor pada masa yang sama," kata baginda. 



Tunku Mahkota Johor turut menjelaskan, baju melayu dan berseluar hitam hanya layak dipakai oleh kerabat diraja.
"Identiti ini melambangkan keluarga Sultan Ibrahim dan kerabat damping. Keluarga yang memerintah. Darah keturunan sultan.

"Itu fasal kita boleh lihat tiada orang dalam kerajaan pakai seluar hitam. Kerana hanya keluarga di raja dan atau kerabat damping yang boleh pakai atau layak pakai seluar hitam,"
jelas baginda.

Dalam respon kepada wakil media, Salahuddin mengakui menerima teguran dari Istana Johor itu dengan jiwa terbuka dan beranggapan ia hanyalah satu peringatan yang biasa.

“Saya terima surat itu dan saya telah baca dan saya rasa tidak ada masalah untuk saya bagi penghormatan dan kesetian kepada Tunku Ismail, tidak akan terkesan sama sekali.


“Jadi saya anggap satu peringatan biasa kepada saya,”
katanya.


Oleh itu sudah tentulah tidak timbul sentimen benci dan tidak menghormati Istana Johor apabila Menteri Pertanian tidak dapat menghadiri sesi pembukaan Dun Johor bagi penggal kedua.

Apa yang berlaku sebenarnya ialah;

👉 Pada 21 Jun hingga 28 Jun 2019, UN menganjurkan forum (persidangan) Food & Agriculture Organisation.

👉 Menteri Asas Tani, Datuk Salahuddin mewakili Malaysia untuk menghadiri persidangan tersebut.

👉 Lawatan kerja rasmi itu mengambil tempat di Rom.

👉 Dalam ertikata lain, Salahuddin terikat dengan kerja rasmi dimana memerlukan menteri itu berada di luar negara selama 9 hari lamanya.

👉 Salahuddin hanya tiba di Malaysia pada 28 Jun 2019 jam 5.30 petang, hari jumaat. Itupun dengan sesegeranya pulang ke Malaysia selepas selesaikan lawatan kerja rasmi.

👉 Pembukaan Dewan Dun Johor pula pada 27 Jun 2019. Jadi ini memustahilkan Salahuddin untuk berada di persidangan Dun.

👉 Atur jadual? Untuk pengetahuan semua, Malaysia tak mempunyai keupayaan untuk mengawalatur tarikh penganjuran program/forum/persidangan yang berlaku di luar negara. Tarikh 21 Jun 2019 adalah tarikh yang diatur dan ianya diluar kawalan menteri. Keberadaan Menteri Asas Tani disitu adalah atas urusan kerja yang membabitkan kepentingan pertanian di negara kita.


Apakah antara intipati kerja-kerja tersebut?

📌 Perkongsian dan pertukaran maklumat mengenai teknologi yang membabitkan industri pertanian, perternakanan dan penghasilan makanan.

📌 Memahami pasaran luar dan produk makanan/pertanian yang boleh membawakan keuntungan kepada petani/peternak/peladang.

📌 Mempromosikan buah-buahan tempatan dan produk makanan berasaskan tani Malaysia ke pasaran antarabangsa.

📌 Menyatakan komitmen Malaysia akan bersama-sama dalam menghapuskan kebuluran di seluruh dunia.

📌 Memberikan pandangan dan pengalaman Malaysia dalam bidang berkaitan pertanian.

📌 Membina jaringan perhubungan dengan orang kuat yang ada kaitan dengan pasaran pertanian di negara-negara yang berbeza - bagi memudahkan urusan perbincangan berkaitan memasarkan barangan pertanian Malaysia ke luar negara dan sebaliknya.

Jadi, adakah 'ponteng' Salahuddin ini boleh dianggap biadap, membalas dendam, ataupun terasa kerana ditegur isu pakaian dan tidak memahami adat tradisi Istana Johor?

Sudah tentulah tidak. Bahkan persoalan itu sama sekali tidak berbangkit.


Ia disebarkan oleh pihak tertentu kerana mahu mewujudkan rangkaian kronologi kononnya Pakatan Harapan dan Amanah Johor mempunyai agenda menghapuskan institusi beraja.

Hakikatnya apa yang sebenarnya berlaku ialah Salahuddin tidak dapat hadir disebabkan urusan kerja luar. - 29 Jun 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...