Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 27 Jun 2019

Apa Dah Jadi Dengan Wang RM51j Yang Dirampas Dari Rumah Penjawat Awam? - Shahrir Samad.

SHAHRIR SAMAD | Pada 3hb Julai 2018, iaitu setahun dulu, Dato Shukri selaku Ketua SPRM telah minta 408 pemegang akaun yang telah dibeku olih SPRM untuk secara sukarela menyerahkan wang dalam akaun-akaun itu kepada SPRM.
 

 
Ianya diikuti dengan ugutan tindakan undang-undang terhadap mereka yang tidak ikut arahannya. Ketika itu, saya sedang ditemubual olih SPRM mengenai akaun saya yang telah menerima sumbangan dari Presiden UMNO ketika itu, Dato Seri Najib. Sumbangan itu adalah untuk tujuan politik di JB, termasuklah menyiapkan rumah-rumah pangsa Sri Anugerah yang telah tergendala pembinaannya.

Reaksi saya, apabila ditanya olih pemberita, ialah haruslah penyiasatan yang telah baru dimulakan itu diteruskan sahaja kerana proses undang-undang patut dilalui sepenuhnya. Ini menepati "Rule of Law" yang menjadi antara tonggak utama negara kita.

Apabila saya dipanggil pula olih PDRM untuk ditemubual tentang perkara yang sama 4 bulan kemudian, saya bertanya kepaad pihak Polis, apa jadi kepada wang RM51 juta yang dijumpai dalam rumah seorang penjawat awam Sabah. Mengapa, saya tanya, kita tidak dengar pun perkembangan kes itu. Ianya jatuh senyap begitu sahaja. Saya diberitahu, betul atau tak, yang wang itu telah dirampas olih SPRM dan kes itu, agaknya, selesai.

Seminggu lepas, Ketua Persuruhjaya SPRM yang baru pula mengumumkan nama-nama 41 individu, syarikat, yayasan, pertubuhan bukan-kerajaan dan politik yang akan dikenakan "civil forfeiture" atau lucuthak terhadap wang dalam akaun-akaun berkenaan. Maka dari 408 dah tinggal 41 akaun yang akan dikenakan tindakan undang-undang yang memberi kuasa kepada SPRM diatas syak yang munasabah.

Apa yang menarik minat saya kali ini ialah kenyataan Lateefah Koyah disambut segera olih ketua-ketua sayap pemuda PKR dan PPBM. Kalau masa Shukri umumkan, tidaklah adanya reaksi ghairah dan segera olih parti-parti politik pemerintah. Mungkin kerana Shukri seorang penjawat awam dan Lateefah seorang bekas pemimpin PKR dan fakta ini mungkin yang membawa reaksi yang berbeza ini.

Seharusnya Akmal Nasir selaku Ketua AMK PKR berhati-hati sedikit dalam menyambut pengumuman Lateefah kerana umum mengetahui adanya hubungan politik diantaranya dengan Lateefah dalam PKR satu masa dulu.

Tetapi saya faham.

Dalam keadaan timbalan presiden PKR berdepan dengan kontroversi video di bilik hotel Sandakan dan adanya seorang ketua AMK bahagian mengaku bahawa dia bersama Azmin Ali dalam video itu, tidak menghairankanlah apabila Ketua AMK PKR menyarankan sebagai keutumaan supaya pilihan sukarela (seperti dilakukan DiCaprio dan Miranda Kerr di Amerika Syarikat) juga menjadi pilihan UMNO.

Timbalan presiden PKR juga tidak mahu memilih proses undang-undang untuk menyelesaikan kontroversi video itu. Walaupun dicabar olih Haziq yang sudah mengaku penglibatannya dan mendakwa Azmin sbg pasangannya.

Ketua AMK PKR seperti bossnya juga tidak terlalu gemar kepada proses undang-undang yang menjadi pilihan UMNO apabila berdepan dengan tindakan SPRM. Betullah timbalan presidennya pun berhak kalau tak mahu kepada proses undang-undang untuk membersihkan namanya dari tuduhan Haziq. Lagi pun PM PH dan PKR sendiri mampu membersihkan namanya secara politik.

Bagi yg 41 ini, terutamanya UMNO, mereka lebih rela berserah kepada pengadilan olih mahkamah, iaitu secara telus dan terbuka. Ia tentunya lebih bermaruah dari pembersihan secara politik kerana pemulihan imej UMNO mengharuskan pemimpin-pemimpin parti itu menghormati proses undang-undang. Apatah lagi, sistem perundangan negara telah dibina semasa pemerintahan UMNO dan BN semenjak Merdeka lagi.

PKR bolih memilih cara politik dan di luar undang-undang kerana ia parti pemerintah.

Terserahlah kepada prinsip perjuangan masing-masing.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...