Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 27 Jun 2019

Kenapa Caj Kesesakan Diteruskan Meskipun Tol Hapus..

SHAHRIL HAMDAN | Ambil alih lebuhraya – Menteri Kewangan hina intelektual rakyat

1) Siaran media terbaru Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam menerangkan tentang hasrat kerajaan untuk mengambil alih empat buah lebuhraya dalam Lembah Klang bukan sahaja lebih menimbulkan kekeliruan sebaliknya dilihat cuba menghina intelektual rakyat.

2) Sebelum ini, Lim Guan Eng telah menyatakan kerajaan menawarkan sejumlah RM6.2 bilion kepada syarikat konsesi lebuhraya LDP, SPRINT, KESAS dan SMART yang mana selepas pengambilalihan ini, bayaran tol akan digantikan dengan bayaran caj kesesakan.

3) Walaubagaimanapun, timbul persoalan selepas siaran media Lim Guan Eng hari ini apabila dengan jelas menyatakan apabila bayaran RM6.2 bilion ini dibuat, tempoh konsesi lebuhraya yang terlibat tidak akan dilanjutkan tetapi akan tamat seperti perjanjian konsesi sedia ada.

 


4) Dengan kata lain, bayaran RM6.2 bilion bukanlah untuk mengambil alih lebuhraya ini sebaliknya hanyalah bersifat pampasan kepada syarikat konsesi bagi membolehkan bayaran tol dikurangkan pada waktu luar puncak dan percuma pada waktu bukan puncak.

5) Lebih menghairankan, Lim Guan Eng turut menyatakan ‘caj kesesakan’ yang kononnya akan menggantikan bayaran tol ini akan diteruskan selepas konsesi lebuhraya ini tamat mengikut perjanjian sedia ada kelak.

6) Kita tidak menafikan kemungkinan bayaran yang akan ditanggung oleh rakyat akan berkurangan selepas ini. Tetapi yang mengejutkan, mengapa ‘caj kesesakan’ ini akan diteruskan selepas walaupun selepas perjanjian konsesi tamat? Bukankah sepatutnya tiada apa-apa lagi bayaran yang akan dikenakan kepada rakyat selepas tempoh tersebut? - 27 Jun 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...