Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 27 Jun 2019

Kenapa Sebar Bahan Propaganda Parti Di Kursus Haji Soal Asyraf Wajdi.

POLITIK | Ketua Pemuda UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempertikaikan tindakan Tabung Haji menyebarkan
bahan-bahan propaganda Kerajaan Pakatan Harapan ketika menganjurkan kursus Perdana Haji baru-baru ini.





Menurutnya, kursus Haji Perdana tidak harus dijadikan medan untuk propaganda politik.

Andai Pakatan Harapan bertegas mendakwa wujudnya unsur-unsur penyelewengan ketika Barisan Nasional memerintah, perkara itu patut disiasat dengan telus dan adil menerusi RCI.

"Sekali lagi Pergerakan Pemuda UMNO ingin mengulangi tuntutan agar ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) mengenai hal ehwal pengurusan kewangan dan pelaburan Tabung Haji sebagaimana yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan agar kedudukan sebenar isu Tabung Haji dapat dirungkaikan dan dijernihkan kepada rakyat," katanya dalam kenyataan itu.

Dr. Asyraf turut menulis surat terbuka untuk Mujahid Rawa.

WARKAH TERBUKA BUAT KEKANDA YB MUJAHID

Buat Kekandaku YB Dr Mujahid Yusof Rawa Kursus Perdana Haji bukan medan propaganda politik untuk menghasut bakal-bakal jemaah supaya marah dengan Kerajaan terdahulu dan pengurusan Tabung Haji yang lalu. Jika YB berada pada kedudukan yang benar dan tiada apa yang hendak disorokkan, saya sekali lagi mencabar untuk YB Menteri menggesa kerajaan menubuhkan segera SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA MENGENAI HAL EHWAL KEWANGAN DAN PELABURAN TABUNG HAJI.

Biar rakyat mengetahui cerita sebenar. Daripada awal penubuhan sehinggalah hari ini tak pernah dilaporkan Tabung Haji rugi, bahkan bermula 2009, keuntungan bersih setelah ditolak cukai dan zakat, keuntungan TH mulai melangkaui angka lebih RM1 Billion. Tiba-tiba naik YB Menteri, TH dikatakan rugi, akaun ditipu dan macam-macam tuduhan dan dakwaan. Jika benar akaun dimanipulasi, Jabatan Audit Negara adalah badan pertama perlu keluarkan kenyataan kerana selama ini merekalah yang mengaudit akaun dan laporan kewangan TH. Parlimen juga harus bertanggungjawab kerana dibentangkan dan diluluskan setiap tahun di Parlimen. Sebab itulah yang terbaik tubuhkan segera RCI sebagaimana janji Pakatan Harapan juga dalam manifesto mereka.

Hentikanlah mempolitikkan Kursus Perdana Haji. Biarkan bakal-bakal jemaah memfokuskan kepada hal-hal berkaitan penyempurnaan ibadah Haji dan bukannya dipaksa mendengar ceramah politik Kekanda mengapi-apikan perbalahan dan prejudis. Kadang-kadang terdetik, siapa sebenarnya Pembangkang atau Kerajaan ini? - 27 Jun 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...