Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 27 Jun 2019

Tulisan Cina Di Ruang Tetamu MoF, Ini Penjelasan Lim Guan Eng.

POLITIK | Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberikan sebab-sebab kenapa wujudnya tulisan kaligrafi cina di ruang tetamu di Kementerian Kewangan sepertimana yang tular baru-baru ini dan menerima kecaman bertubi-tubi dari netizens.


๐Ÿ‘‰ Hiasan itu dipasang ketika menyambut Tahun Baru Cina awal tahun ini.

๐Ÿ‘‰ Sudah beberapa bulan berada di situ.

๐Ÿ‘‰ Pejabat ada 4 dinding. Jangan tengok satu dinding dan membuat andaian sebarangan.

๐Ÿ‘‰ Kenapa tak pertikaikan ayat Alquran yang berada di dalam pejabatnya? Kenapa tak tunjukkan?

๐Ÿ‘‰ Ayat Alquran juga berada di pejabat yang sama - jadi tak timbul isu.

๐Ÿ‘‰ Lim Guan Eng juga menasihati wartawan agar tidak terjerumus dalam permainan rasis dan ektremis, pihak-pihak yang sokong parti pembangkang.

๐Ÿ‘‰ Lim Guan Eng juga berkata Pakatan Harapan menghormati semua pihak, kita tak sepatutnya terlibat dengan mereka yang hilang akal atau tak masuk akal, biarlah menjadi orang yang berakal dengan menumpukan perhatian kepada masalah berkaitan ekonomi dan pentadbiran negara. 

Dalam perkembangan berkaitan, di sosial media, pentadbir halaman Lim Guan Eng didapati memadamkan satu persatu komen negatif yang terpapar di atas gambar yang memaparkan tulisan cina itu.

Tidak dapat dipastikan apakah tujuannya pentadbir halaman itu mengambil tindakan demikian sedangkan sebelum ini halaman rasmi Lim Guan Eng amat meraikan kepelbagaian pandangan meskipun sesetengah pandangan itu keterlaluan dan biadap. - 27 Jun 2019.
 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...