Kerjaya barunya sebagai pembangkang yang semakin istiqomah mencari satu persatu kesalahan, kecuaian, kepincangan dan kesilapan kerajaan hari ini - PAKATAN HARAPAN nampaknya membuahkan hasil yang positif.
Engagement di Facebooknya meningkat naik berkali ganda dengan respon yang menyokong dirinya juga membanjiri di ruangan komen, tidak seperti sebelum ini - yang penuh dengan maki hamun dan carutan.
Troll-troll Najib terhadap Pakatan Harapan juga dikongsikan secara meluas.
Lihat sahaja dua contoh dibawah ini;
Seorang teman pernah berkata, "siapa sahaja yang menjadi pembangkang, mereka akan dilihat menawan dan siapa sahaja yang menjadi kerajaan, mereka akan dipandang hina," nampaknya situasi yang serupa berlaku kepada pimpinan Pakatan Harapan.
Disana sini kita melihat banyak post-post pimpinan kerajaan dan menteri menerima kecaman bertubi-tubi.
Hatta post yang menteri kemaskini menaiki cruise pun turut menerima kecaman tak bersebab. Seolah-olahnya apa sahaja yang menteri lakukan adalah salah dan layak dikecam.
Post-post yang memuji kerajaan, yang membawa agenda kerajaan, yang membetulkan fitnah dan persepsi juga tidak dikongsikan sebanyak mana post-post yang mempertikaikan kerajaan.
Kerajaan dilihat kalah dan terus kalah dalam peperangan sosial media.
Pakatan Harapan adalah kerajaan dan menjadi kerajaan adalah sesuatu yang lazimnya akan menerima kebencian rakyat. Ia perkara biasa di mana-mana negara sekalipun.
Manakala membangkang adalah lawan arus dan apa-apa perkara yang melawan arus mudah diterima kerana ianya bersifat sensasi, kontroversi dan mencabar. Oleh kerana Pakatan Harapan kini adalah kerajaan maka keterujaan untuk mempertahankan kerajaan telah hilang berikutan mereka kini adalah mengikut arus, kanan, terus dan patuh. Itulah pengundi memandang kerajaan.
Bolehkah Pakatan Harapan membetulkan keadaan ini sebelum pilihanraya umum ke 15 menjelang tiba dikala parti-parti komponen ada yang bergaduh sesama sendiri berebutkan jawatan dan bergaduh juga dengan parti-parti lawan berikutan perbezaan hala tuju dan matlamat dalam menentukan Perdana Menteri seterusnya?
Boleh.
Jika Pakatan Harapan menunaikan kesemua janji pilihanraya mereka. Peluang itu memang tinggi.
Jika tidak, tiada siapa yang benar-benar tahu pilihanraya ke 15 milik siapa.
Buat masakini Najib akan terus dijulang sebagai Menteri Troll Malaysia yang menghiburkan rakyat. Lebih menghiburkan lagi apabila setiap persoalan-persoalan yang dibangkitkan Najib sampaikan tidak terjawab sebahagiannya oleh kerajaan hari ini.
Akhirnya kini menteri-menteri Pakatan Harapan tahu. Memerintah negara tak semudah seperti menulisnya di Facebook, melawannya di atas jalanraya. - 16 Januari 2019.