Antara pihak yang mempertikaikan hal itu ialah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.
Menulis di Facebooknya, KJ berkata beliau mahu tahu kenapa kolej swasta seperti New Era boleh mendapat bantuan kewangan.
"Semasa pembentangan belanjawan, memang ada sebut bantuan untuk sekolah menegah persendirian Cina yang memang saya bantah. Tidak ada sebab kerajaan bagi duit kepada sekolah swasta.
Tapi tak disebut bantuan untuk Kolej Universiti New Era. Atas sebab apa kolej swasta juga dapat bantuan kewangan?," soalnya pada sabtu.
Respon warganet yang dipetik menerusi ruang komen juga rata-ratanya bersetuju dengan pandangan KJ.
Bagaimana Sabah dan Sarawak?
Ada pula yang mendakwa sesetengah Kursus Vokasional digantung..
Utamakan dulu sekolah kerajaan yang daif..
Dikala Maszlee Malik dilihat melawat dan turun padang meninjau sekolah-sekolah kebangsaan daif seluruh Malaysia, dan melakukan beberapa perubahan yang memberikan kesan kepada semua anak bangsa, Timbalan Menteri Pendidikan dilihat hanya peka kepada pendidikan cina.
Situasi yang tidak sihat ini akan mendorong salahfaham yang lebih teruk pada masa-masa akan datang andai Pakatan Harapan tidak mengambil langkah susulan bagi membetulkan persepsi itu. - 14 Januari 2019.