Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 19 Januari 2019

Membetulkan Tuduhan Kononnya Peguam, Hakim Menari Hanya Berlaku Selepas PH Menang..

Mohd. Fikri Abd. Rahman | Saya melihat klip pendek didakwa majlis tarian melibatkan Jabatan Kehakiman dan Perundangan dan turut kelihatan Peguam Negara sedang menari di dalamnya.

Sebagai pengamal undang-undang ingin saya menjelaskan keadaan sebenar apa yang berlaku.


Acara melibatkan Judiciary dan Legal ni dah menjadi tradisi sejak dahulu melibatkan majlis persidangan dan konferen di sebelah siangnya dan malam diadakan majlis menari.

Majlis tari menari dah jadi tradisi

Jika dibandingkan dahulu, majlis tari ini beserta dengan wine, namun sekarang perubahan sudah berlaku tiada lagi melibatkan wine.

Seorang bakal peguam (menjalani sesi Latihan Dalam Kamar) dahulu akan melalui satu program Peperiksaan Etika Kepeguaman

Bakal peguam perlu untuk lulus peperiksaan etika sebelum diterima masuk dan didaftarai sebagai Peguambela dan Peguamcara.

Di sebalah siang, bakal peguam akan menduduki peperiksaan, dan di sebalah malamnya menyertai sesi etika makan malam dan sesi tari-menari.

Sebelum itu tahun 80-an dalam majlis makan malam akan melibatkan tarian dan wine, namun sejak tahun 90-an penyediaan wine sudah tiada.

Kehadiran majlis makan malam dan tarian ini ada peruntukan markah, sebahagian dari markah lulus ujian etika kepeguaman.

Sama keadaan berlaku kepada majlis dirujuk dalam klip tersebut, melibatkan Jabatan Kehakiman dan Perundangan bagi Kalendar Tahun 2019, ia adalah tradisi diamalkan sejak selepas merdeka, bukan berlaku baru-baru ini, tetapi sudah menjadi amalan dan tradisi mereka yang lama beramal dalam bidang ini tahu dan pernah melalui, cuma adik2 peguam junior baharu tidak lagi melalui pengalaman yang sedemikian, kerana banyak perubahan berlaku dan sesetengah Jawatankuasa Peguam Negeri tidak lagi membuat majlis tarian untuk program Majlis Makan Malam untuk Peperiksaan Etika Kepeguaman.

Semoga penjelasan ini menjelaskan apa yang berlaku dan tidak membuat tuduhan bahawa apa yang dilihat dalam klip itu hanya berlaku selepas PH mengambil alih kerajaan di Putrajaya sedangkan ia tradisi sejak zaman berzaman melibatkan Judiciary dan Legal. - 19 Januari 2019.

 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...