Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 15 Januari 2019

Menjawab Tuduhan Mat Sabu Guna Aset Kerajaan Ketika Berkempen PRK Cameron Highlands.

KENYATAAN MEDIA | Dakwaan bahawa Menteri Pertahanan menggunakan kenderaan rasmi kerajaan untuk berkempen pada PRK Cameron Highland, adalah tidak benar sama sekali.



 
a) Gambar pertama yang memaparkan YB Mohamad Sabu berlatar belakangkan helikopter adalah lawatan rasmi beliau sebagai Menteri Pertahanan ke Kem Slim, Cameron Highland pada *Rabu, 9 Januari 2019. Beliau telah pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama selepas selesai lawatan*

Seperti dijelaskan sebelum ini, ianya tidak ada kena mengena dengan pilihan raya kerana kesemua anggota tentera di Kem Slim tersebut adalah pengundi di Parlimen Sg. Petani Kedah dan bukannya di parlimen Cameron Highland.

b) Gambar kedua yang memaparkan beliau ke penamaan calon PRK Cameron Highland adalah pada hari *Sabtu, 12 Januari 2019.* YB Mohamad Sabu telah bertolak ke Cameron Highland pada 11 Januari dengan menggunakan jalan darat dengan menaiki kenderaan persendirian dan pulang ke Kuala Lumpur selepas selesai penamaan calon.

Adalah jelas sekali bahawa kedua-dua gambar tersebut adalah pada hari dan tarikh yang berlainan.

Diharap pihak-pihak tertentu memeriksa terlebih dahulu maklumat sebelum menyebarkan perkara yang tidak benar. - 15 Januari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...