"HANYE DI KELANTAN. Majlis Perbandaran Kota BAHRU zalimi rakyat. Hanya kesalahan parking kereta, kereta di CLAMP - untuk 1 jam pertama RM 110. 2 jam berikutnye rm300. Kena bayar direct tanpa belas kasihan, tanpa pengurangan.
Dah banyak tempat saya pergi ke seluruh Malaysia, ni kompaun paling zalim.. walhah saman parking POLIS, TRAFIK, JPJ dan mana-mana PENGUATKUASA TIDAK secekik darah camni... memang tiada duit masa itu.
Sampai nak cocok ATM pun dia tak buka, terpaksa pinjam kad kredit wife bayar saman.. patutlah negeri awak tak maju, sebab ade penguatkuasa yang zalim macam ini..
Agaknya kalau orang tiada duit, memang kene mengemis bayar duit saman Majlis Perbandaran Kota BAHRU...
Buka mata dan kaji semula saman ni wahai MAJLIS PERBANDARAN KOTA BAHRU. Jangan zalimi rakyat," katanya dalam kenyataan itu.
Tinjauan di sosmed mendapati ada netizens yang bersetuju dengan ketegasan pihak penguatkuasa bagi memberikan pengajaran kepada pemilik kenderaan dan ada juga yang tidak bersetuju atas alasan kecemasan.
Rentetan dari hal itu seorang lagi netizen yang dikenali sebagai Johar Ismail mendedahkan berkemungkinan parking di Kota Bharu telah diswastakan dan disebabkan itulah masalah tersebut berlaku.
"Beberapa kesangsian ambo yang memerlukan jawapan berkait dengan penguatkuasaan kunci tayar dan hak milik parking di Kota Bharu yang memerlukan PIHAK KERAJAAN NEGERI KELANTAN MENJAWABNYA
Benarkah :-
1. Parking dibandar Kota Bharu telah diswastakan. Jika jawapannya YA, sejauh mana bidang kuasa pihak swasta tersebut mempunyai kuasa di sudut legal binding menyita atau mengunci kenderaan yang salah parking?
2. Benarkah pihak swasta tersebut menggunakan penguatkuasa yang dibayar gaji oleh MPKB-BRI?
3. Pembayaran denda yang dibuat dikira keuntungan berdasarkan pembahagian hasil diperolehi atau secara harga pukal bagi semua kawasan secara tahunan?
Jika sekiranya secara mengikut hasil yang dikutip,berapa % untuk MPKB-BRI dan berapa % untuk syarikat swasta tersebut?
Jika secara pukal berapa harganya bagi setahun dan bilakah tender terbuka dilakukan?
Jika secara selektif tender, apa kriteria syarikat yang dipilih dan siapa pemunya syarikat tersebut?
4. Apakah anggota penguatkuasa yang menjalankan kerja bagi pihak swasta adalah sah dari sudut perundangan atau sahkah dari sudut perundangan syarikat swata menggunakan anggota penguatkuasa milik MPKB-BRI yang membayar gajinya?
5. Apakah syarikat yang memiliki konsesi pengswastaan ini akan mengambilalih penguatkuasa MPKB-BRI sebagai kakitangannya?
6. Siapakah yang tetapkan nilai denda dan adakah denda dibayar kepada syarikat swasta itu atau denda itu dibayar kepada MPKB-BRI?
Jika MPKB-BRI yang menerima dan menguruskan bayaran denda yang diterima, untuk apa sebenarnya pengswastaan diwujudkan jika mekanisma MPKB-BRI yang digunapakai?
7.Benarkah denda kepada setiap kereta yang di clamp berjumlah untuk 1 jam pertama RM 110...2 jam berikutnya rm300 dan ianya kena dibayar secara on the sport tanpa pengurangan atau budibicara?
JAWAB BOSKU AGAR IANYA MENGHAPUSKAN KEKELIRUAN YANG WUJUD. JANGAN MALU BOSSKU!," katanya dalam kenyataan itu.
Dalam perkembangan berkaitan, tampil lagi seorang individu yang mengalami masalah yang sama.
Menulis di Facebooknya, Fazirah Abdullah memberitahu beliau juga telah menjadi mangsa MPKB pada selasa.
"Assalam,
Hari ini diuji oleh Allah. MPKB kunci tayar kereta saya dan saman saya. Tahniahhhh MPKB sebab mengkayakan syarikat buka kunci tayar Citycarpark tu.
Kronologi kejadian;
📍Saman dikeluarkan pukul 11.10am
📍 Saya sampai dikereta saya pukul 11.19am
📍 Saya call syarikat buka kunci tayar citycarpark 2 kali pukul 11.21am
📍 2 pekerja syarikat citycarpark sampai pukul 11.35am.📍 Saya orang keempat disaman pagi tadi sehingga jam 11.35am.
Fuyooooooooo kaya syarikat citycarpark ni. Saya bercakap, periksa dan siap dokumen dalam sistem pasal patient saya pun pun dapat kurang dari rm100. Of course la semua kerja saya ni more than 10minutes... and yet this citycarpark gets rm100 within less than 10minutes punya job!! Thats cruel!! Very-very cruel!!
Saya mahu refund dari syarikat citycarpark & saya mahu MPKB tukar kepada syarikat yang mesra pelanggan kerana tayar saya dikunci 10minit tapi tayar saya dibuka 15minit selepas saya call 2 kali (nombor pertama not connected, hanya nombor kedua dapat bercakap dengan staf pembuka kunci tayar).
Dan dengan gahnya syarikat kunci tayar citycarpark dapat rm100 untuk penguncian tayar kereta selama 10 minit.
Sekali lagi. Saya nak refund dari syarikat kunci tayar citycarpark sebab saya tunggu diorang unlock tayar kereta saya selama 15minit. Lagi lama dari tempoh tayar saya dikunci!!
Erkkkkkk... MPKB yang dibawah tadbir kerajaan negeri PAS ni buli orang dengan subkon syarikt city carpark yang berniaga sangat tak islamik!! Selamat jawab soalan di padang mashyar nanti ye!! Ada berani nak jawab??? Muhasabah diri dehhhhh," katanya.
MPKB dan kerajaan negeri belum lagi memberikan apa-apa kenyataan berhubung isu yang sedang tular di sosial media itu setakat ini. - 17 Januari 2019.