Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 16 Januari 2019

5 Menteri Pakatan Harapan Yang Paling Tak Disukai Netizens Pada 2018.

RANKING MENTERI 2018 | Laporan tertunda.

Meskipun sudah memasuki hari ke 16 di tahun baru 2019, belum terlewat untuk senaraikan lima menteri yang paling dibenci netizens pada tahun 2018.

Pada tahun 2018, buat pertama kalinya pimpinan Pakatan Harapan memasuki senarai pencalonan penuh selepas mencatatkan kemenangan dalam pilihanraya ke 14 yang lalu.


Pada awal kemenangan, Pakatan Harapan menerima pelbagai pujian melambung. Ketika itu cybertroopers BN dan pemimpin BN masih lagi dalam mood demam terkejut dan terkesima atas kekalahan luar jangka itu.


Namun sedikit demi sedikit situasi itu semakin berubah apabila Pakatan Harapan membuat pusingan U yang terlalu kerap, gagal dalam penyampaian maklumat, tidak berani berhadapan dengan kritikan dan lebih teruk sesetengahnya sudah pandai bermain wayang dan bermuka-muka.

Tidaklah perlu seseorang menteri itu berhadapan dengan pengkritiknya dan menerima apa sahaja cacian dan makian yang dilemparkan terhadapnya, tetapi sekurang-kurangnya seseorang menteri itu perlu menjadi jujur pada dirinya dan pada masyarakat, berani mengakui kesalahan dan bersedia untuk dibetulkan.

5 kriteria utama kenapa lima menteri ini menjuarai carta top 5;

👉 Tidak jujur

👉 Gagal dalam penyampaian maklumat

👉 Membuat tindakan yang boleh menjadi pertikaian umum

👉 Tidak berani berhadapan dengan kritikan

👉 Uturn

5. M. KULASAGERAN


Kita mulakan dengan tempat kelima, M. Kulasageran. Untuk kedudukan nombor lima, beliau telah bersaing sengit dengan Syed Saddiq, Teresa Kok dan Khalid Samad. 

Bagaimanapun Kula berjaya memenangi kedudukan itu apabila isu memecat kakitangan dan ATM masuk dalam saat-saat akhir.

Terdapat beberapa isu yang menjadikan beliau antara menteri yang dibenci pada tahun 2018.

Isu gaji minima dan uturn dan uturn (ya, dua kali uturn dalam kes ini sehinggalah kerajaan akhirnya bersetuju untuk naikkan jumlahnya dari 50 kepada 100 pada tahun 2018).

Isu ATM. Beliau telah dituduh untuk memberikan laluan pintas kepada beberapa belia india bagi memasuki ATM meskipun tanpa SPM. Dakwaan itu terlalu viral namun tak sekalipun pernah beliau berani untuk menjawab dakwaan itu. Kenapa?

Pada penulis daripada belia-belia India ini terlibat jenayah dan samseng, dan untuk bantu mereka keluar dari kepompong kemiskinan, ada baiknya masuk askar dan mempertahankan negara, tetapi perlulah dibantu untuk ikut proses yang betul. Maka dengan itu juga perlulah berani beliau memberikan satu solusi yang memenangkan semua pihak, kenapa perlu mendiamkan diri dalam gua. Macam nak bagi bayangan, aku suka-suka buat tindakan dan aku kantoi lepas tu aku cabut. He He He. Bodoh.



Bahkan ketika itu juga tular dakwaan beliau telah memecat beberapa kakitangan melayu oleh portal-portal seperti Sabahkini tetapi sama seperti isu ATM, sekali lagi krik krik krik adalah responnya. Bagaimana tindakan ini boleh membantu penyokong Pakatan Harapan mempertahankan imej kerajaan? Kula tidak diseru untuk berpropaganda politik tetapi setiap isu viral yang membabitkan intergriti, imej dan nama baiknya ia perlu dijawab samada mengesahkan atau menafikan dan bukannya biarkan isu itu tergantung sehingga mendorong kepada persepsi negatif.  

Lihatkan 3 link berita yang ditularkan ini, langsung tiada jawapan menyakinkan dari pihak Menteri Sumber Manusia!

👉 http://sabahkini2.com/en/news/1533/menteri-dap-kula-buang-melayu-agensi-hrdf-kini-jadi-mini-hindraf-/view

📌📌 Respon Kula : Nafi mengenai lantikan pekerja ikut kroni/kaum tapi krik krik krik bab pemecatan kakitangan.

👉 http://sabahkini2.com/en/news/1537/menteri-dap-nafi-tetapi-ceo-hrdf-sahkan-firma-guaman-anak-didik-kula-dilantik-peguam-di-hrdf/view


📌📌 Respon Kula : tiada penafian setakat kini.

👉 http://sabahkini2.com/en/news/1563/bukti-menteri-dap-kula-lantik-peguam-proksi-di-hrdf-didedahkan/view

📌📌 Respon Kula : tiada penafian setakat kini.

Bagus ke respon begini sebenarnya pada imej Pakatan Harapan?

Paling teruk sebenarnya ketika beliau kantoi memperdatangkan kaum melayu. Menteri yang buta sejarah mengenai negara sendiri dan bagaimana jika kecuaian Pakatan Harapan ini diwarisi kepada generasi akan datang? Tidak boleh berbahasa kebangsaan dengan baik, tidak tahu sejarah negara dan mengapa mereka ini layak menjadi menteri? Pakatan Harapan mungkin kekurangan tokoh yang berwibawa agaknya.

4. MASZLEE MALIK.


Apa yang membuatkan Maszlee dibenci bukanlah kerana beliau menteri bermasalah tetapi kerana penyampaian maklumat dan cara beliau yang suka lari dari masalah.

Isu kasut hitam : dalam forum bincang banyak hal, tapi media kupas isu kasut hitam.

Isu melawat sekolah daif : dalam media memaparkan Maszlee melawat sekolah daif, tetapi timbalan tak henti-henti dengan isu pendidikan kecinaan sehingga Maszlee terpalit sama.

Isu RMT/sarapan : respon pegawai tidak begitu menyakinkan sehingga merosakkan imej Maszlee.

Satu demi satu status facebook lama dipadamkan : menunjukkan diri sebagai menteri penakut. Berani janji berani la hadap. Masa nak hadap tu buang sikap suka menyalahkan pihak ketiga yang diri sendiri yang berjanji dengan rela.

Isu jawatan UIA : Akhirnya meletakkan jawatan juga menunjukkan tindakan menerima apatah lagi mempertahankan jawatan itu adalah keputusan yang salah.

1MDB sejarah : rekod hansard membuktikan Maszlee kantoi, lalu bagaimana media yang salah?

PTPTN : Pakatan Harapan membuat janji itu dalam keadaan mencanangkan ke semua pengundi bahawanya ekonomi negara nazak, hutang negara 1 billion. Mereka mengulang-ngulang zikir itu setiap hari sehingga penulis mengulang-ngulang pada sanak saudara. Tak terfikir ke air muka penyokong-penyokong yang berkempen untuk kamu sehingga menang dan selepas itu kamu ambil sampah dan campakkan ke muka mereka. Seriously? Yang berjanji pasal PTPTN itu kamu, yang mencanangkan negara nazak itu kamu dan selepas menang "kami taktahu keadaan kewangan negara seteruk ini dan hutang PTPTN menimbun?". Hello, maklumat kewangan PTPTN boleh diakses oleh ahli parlimen dengan mudahnya. Apabila kamu dah terkantoi, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah, "maaf, kami tersilap". Bagaimana rakyat respon seterusnya itu tak penting, yang penting kamu akui kesilapan dan bukannya memanjangkan kesilapan kepada kesilapan yang lain. B. 4 huruf yang lain reserved dalam hati.

3. LIM GUAN ENG.



Pernah menerima label MENTERI KEWANGAN TERBODOH dalam sejarah negara oleh salah seorang sosial media influencer dan post itu mendapat perkongsian ramai.

Banyak isu ekonomi yang Najib bahaskan banyak juga tak mampu dijawab dengan menyakinkan oleh Lim Guan Eng malahan sampai ke tahap tak terjawab. Contohnya isu SST. Terang-terangan rekod menunjukkan TONY PUA yang kata SST menurunkan harga barang, kenapa nak kata ianya fitnah pula? Ia datang dari orang kamu sendirilah!

Isu hutang negara 1b terlalu banyak uturn. Uturn uturn uturn uturn uturn uturn dan terus uturn. Apakah akan ada penamatnya pada tahun ini? Mari sama-sama doakan. 

Guan Eng juga beberapa kali kantoi berkaitan penggunaan bahasa dan ejaan di kenyataan media rasmi. Diulangi, RASMI. Adakah beliau melantik pegawai yang gagal dalam Bahasa Malaysia? Tolong lantik lagi seorang pegawai untuk semak ejaan bahasa melayu anda. Anda lebih dari mampu untuk berbuat demikian.

Satu lagi perangai membosankan Lim Guan Eng ialah bilamana dikritik hal ekonomi, asyik heret isu 1MDB. Tak habis-habis 1MDB, kerajaan tiada duit, 1MDB, kerajaan tiada duit, tup tup bagi duit kat kolej swasta. 

Rakyat be like;

via GIPHY

Itu tak masuk lagi beberapa siri uturn. Dari isu UTC hinggalah kepada penggenalan harga minyak mingguan semula sepertimana dilakukan pada zaman BN, itupun selepas dikantoikan harga RON 95 semakin menurun di pasaran. 

Sebenarnya bukan semua uturn itu salah. Ia boleh juga dibaca sebagai kerajaan mengambil maklum akan pendapat rakyat tetapi jika terlalu kerap uturn ia boleh mendatangkan masalah kerana membawa sangkaan kerajaan hari ini tidak pandai menguruskan negara.

Buat satu keputusan, dan uturn.
Buat lagi keputusan, dan uturn.
Lagi satu keputusan, dan eh uturn lagi.

Sampai bila?

Ia mengambarkan kerajaan hari ini tidak melakukan kajian secara terperinci dan menyeluruh. 

Membuat satu-satu keputusan dalam keadaan terburu-buru dan tidak cermat.

Tidak boleh lagi memainkan propaganda "menteri mendengar keluhan rakyat" bagi menutup kecuaian kerajaan yang kerapkali membuat pusingan U. Ia tidak baik untuk imej pentadbiran Pakatan Harapan. 

Apabila terlihat tidak konsisten dalam menentukan satu-satu tindakan dan kerap flip flop ia memberikan bayangan kamu tidak tahu mentadbir negara.

Pelabur luar pun akan rasa keliru. Malaysia neh betul ka nak buat polisi tu polisi neh? Betul ka nak batalkan ECRL ataupun kurangkan kos? Betul ka nak tangguhkan HSR sehingga ekonomi pulih ataupun batalkan dengan bayar pampasan jutaan ringgit? Mana satu dan apa sebenarnya halatuju dan matlamat ekonomi negara ini?

Dari segi penyampaian maklumat, Lim Guan Eng adalah PEMALAS. Maklumat ada tetapi usaha tidak ada. Malas buat grafik, malas buat video, malas buat penerangan malas segala-galanya. Bukan suruh dia jadi Menteri Kewangan yang mengadap PC dan berlawan hujah dengan tentera siber, at least lantiklah orang media untuk buat kerja-kerja hebahan maklumat macam Maszlee dan kini ditiru Mujahid. Zaman BN dulu berapa banyak grafik cantik-cantik dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan semasa membincangkan bajet. Zaman PH, grafik pun aduhai, ada yang media bebas buat, ada yang penyokong kena reka sendiri. 

2. P. Waytha Moorthy.



Walaupun tidak bertanding dalam pilihanraya beliau dilantik dalam kabinet.

Walaupun mendapat label ektremis, beliau dilantik sebagai Menteri Perpaduan.

Walaupun tiada kerja-kerja penerangan mengenai ICERD dilakukan beliau dengan slumbernya memburukkan reputasi PH dengan mengatakan ia akan diratifikasikan.

Walaupun terkantoi memfitnah negara dan umat Islam kononnya kaum india dipaksa memeluk agama Islam untuk bekerja kerajaan, beliau tidak pernah meminta maaf dan mengakui kesilapannya.

Walaupun terang-terangan memburukkan insiden di Kuil Sri Maha Mariamman, beliau tiada keberanian meletakkan jawatan. 

Membuat sidang media menjatuhkan airmuka PDRM dan Muhyiddin, kemudiannya memuji PDRM selepas insiden semakin huru-hara, layak ke menjadi menteri? Adakah manusia akal waras mahu dipimpin orang sebegini? 

Hindraf terpalit dengan imej ektremis, tergamak pula buat parti baru untuk mencuci dosa - bodoh sangat ke pengkritik kamu?

Sosial media semakin dipenuhi dengan manusia rasis disana sini, apakah tindakan Menteri Perpaduan bagi mengembalikan semula perpaduan yang rapuh - adakah dengan masuk ke dalam gua?

Isu membabitkan orang India nampak muka, isu kaum lain buat-buat tak tahu pula - adakah kamu menteri menjaga kaum india sahaja? Cukai kaum india bayar gaji kamu ke? Cukai kaum lain tak digunakan untuk bayar gaji kamu ke?

Sudahlah sebagai peguam, yang tahu dan faham setiap rakyat perlu mengikut lunas undang-undang tetapi beliau bawa isu perobohan kuil ke Perdana Menteri, apakah maksud ini? Nak gunakan pengaruh politik untuk campur urusan mahkamah dan membenarkan rampasan tanah orang lain ke?

Pengundi Pakatan Harapan tidak memilih P. Waytha Moorthy sebagai wakil rakyat, ahli parlimen dan menteri. 

Kehadiran beliau di dalam kabinet adalah menggunakan kabel, proksi, jalan ekpress, iaitu dilantik oleh Perdana Menteri.

Kemampuan beliau membuat kerja, adalah zero sungguhpun beliau ada peluang untuk membuktikan nilai dirinya. P. Waytha Moorthy tidak menggunakan peluang itu dengan baik.

Sepatutnya selepas insiden Adib beliau belajar, mengambil iktibar dan berubah. Ahhh aku kena lebih participate dalam isu-isu yang memperjuangkan perpaduan kaum. Tetapi apa yang aku buat? Berita terkini, hello rakyat, aku nak buat parti baru.

Apa neh? Perjuangan menyelamatkan diri sendiri lebih penting nampaknya.

Rakyat bergaduh sesama sendiri, pasal cina depa nak boikot limau, nampak macam kelakar kan?

Hei tak kelakarla giler.

Inilah babak-babak perpecahan. Sedikit demi sedikit ia akan mulai menjadi besar, serius dan mendalam.

Macam kau simpan duit. Kau simpan hari-hari, lama kelamaan tabung kau penuh. Begitu juga dengan isu perkauman. Ia diternak sedikit demi sedikit, dan jika tak diatasi, ia akan menjadi majoriti vs minoriti - satu keadaan yang membahayakan semua.

P. Waytha terlalu bodoh untuk nampak dan faham situasi ini kerana dalam otaknya hanya ada satu kaum - yang lain boleh pergi mampus. Eh nanti, itupun tak tepat juga. Beliau juga tiada apa-apa agenda untuk memperkasakan belia india dari terus terlibat dalam gejala samseng dan gangsterism. Sebenarnya, dalam otaknya hanya ada dirinya. Yang lain, boleh pergi mampos.

1. Mujahid Rawa.



Terima kasih kepada surat kanda - dinda. Ia berjaya membuatkan Menteri Agama memintas empat pencabar terdekat dan menduduki tahta juara.

Sebenarnya dalam bulan-bulan terakhir Disember 2018, kedudukan menteri top 5 ini sering berubah-ubah. Ada satu ketika Maszlee berada di kedudukan juara. Ada satu ketika, Teresa dan Khalid berada dalam senarai. Tak mudah ya nak masuk dalam carta ini. Ia disaring berdasarkan isu-isu yang sering menjadi kontroversi di sosial media. Sebab itu Mujahid patut berbangga dengan dirinya. 

Ini kerana beliau terlalu gemar melakukan tindakan yang kontroversi yang merosakkan reputasinya, imejnya dan krediblitinya sebagai Menteri Agamalah yang membuatkan dirinya berjaya menjadi juara.


Tidak lagi perlu diperkatakan isu surat kanda-dinda dan bagaimana Nurul Izzah "memalukan" Mujahid kaw-kaw di sosial media. 

Sebagai Menteri Agama tulis surat merayu-rayu begitu dalam mempertahankan isu jawatan parti adalah terlalu memalukan dan menjatuhkan maruah umat Islam Malaysia sebenarnya.

Orang bukan Islam be like;

via GIPHY

"So aku undi PH dan bayar cukai untuk dapat Menteri begini ke," kata mereka barangkali.

Mujahid ada masalah penyampaian yang teruk. Kadang-kadang tak faham langsung point yang dia nak ceritakan sebab terlalu meleret dan berkias. Ini masalah. Kerana tidak direct dan boleh mengundang pelbagai andaian tidak sihat.

Ambil contoh isu tandas LBGT dan isu turunkan poster Nisha Ayub dari pameran LGBT. Kenapa seorang menteri perlu memberikan ruang kepada Nisha untuk menyampaikan kenyataannya dan sekaligus membuka ruang kepada spekulasi tidak sihat?

Dan kenapa seorang menteri perlu memberitahu begini kepada audiences, "saya dah memperjelaskan hal itu kepada Nisha," (berkaitan turunkan poster), what the hell man. Apakah ia menjadi perkara yang sepatutnya diberitahu kepada orang awam?

Ia akan buka ruang spekulasi lebih teruk. Apahal menteri nak inform Nisha tentang keputusan dia. Nak jaga hati barangkali. Blablablabla di ruangan komen. Best ke dapat gambaran sedemikian?

Ada perkara yang Mujahid boleh kongsikan dan ada perkara yang lebih baik sesama kau sahaja yang tahu.

Begitu juga dalam isu cegah maksiat. Oleh kerana penjelasan terlalu bersimpang siur dan takut membuat satu penegasan, Menteri Agama dilihat memperbodohkan dirinya sendiri.

Lepas tu memperbodohkan diri dalam isu demo ICERD. Eh lantaklah pembangkang nak bantah ke nak demo ke apa ke. Ini negara demokrasi kot. Kenapa itu pun kau nak jawab juga sehingga menampakkan Menteri Agama sebagai jumud dan hipokrit.

Komunikasi Menteri Agama terlalu teruk. Sama je macam zaman BN. Takde progress yang membangunkan akal orang Islam.

Isu Tabung Haji tak terjawab. Apa yang menteri agama buat ialah share content orang awam bagi mengupas isu tersebut. Bila dia jawab, isu tersebut dah basi pula. Orang dah move on dengan isu lain dia terkial-kial. Patutnya awal-awal dah sediakan set jawapan. Kena buat mock PC dengan pegawai kamu. Pegawai kamu kena rajin fikirkan soalan panas yang mungkin timbul dari setiap tindakan/kenyataan kamu dan fikirkan jawapan tepat untuk mengulasnya laju-laju.

Sepatutnya pada hari pertama orang persoalkan kenapa syarikat yang dianggap untung pun dimasukkan dalam SPV, esoknya Menteri Agama dah boleh keluarkan kenyataan, penjelasan, grafik dan jawapan menyakinkan.

Isu lampu salib. Dah 7 hari kecoh, dia baru ulas semalam. Dah basi dah. Orang dah move on, pemaju dah bagi jawapan. Kau nak bagi penjelasan apa lagi?

Pembaharuan agensi agama tidak boleh dilakukan secara terus. Ia perlu bersasar, berfocus dan bermatlamat. Ini semua tahu. Takde orang normal yang harapkan perubahan ekpress. Sedikit demi sedikit la. Ini sedikit pun takde apahal pula kan.

Ketika menjadi pembangkang Mujahid terlalu pandai bercakap. Selepas menjadi Menteri lakukan sesuatu sepertimana pandainya beliau bercakap semasa menjadi pembangkang.

Menteri agama patut dah boleh reformasikan institusi zakat kepada satu badan tunggal supaya umat Islam boleh dibantu dengan cara yang lebih baik dan memansuhkan sistem biokrasi.

Buatlah portal memohon bantuan zakat secara online. Sekurang2nya orang awam boleh bantu orang miskin untuk isikan maklumat dan pegawai zakat boleh turun buat tinjauan ke lapangan.

Buatlah perjumpaan dengan masjid-masjid seluruh Malaysia dan berbincanglah bagaimana zakat dan masjid boleh bekerjasama bagi mengeluarkan orang Islam dari kelompok kemiskinan. Rangka la satu usaha kerjasama yang menyeluruh dari bawah ke atas.

Sebenarnya ada banyak peranan yang Mujahid boleh mainkan untuk bantu membangunkan orang Islam. Terlalu banyak idea yang beliau boleh usahakan. Buat permulaan, sepertimana KPM sedang mengutip/mengumpul pandangan orang ramai dalam sistem pendidikan, begitu jugalah Mujahid boleh lakukan dengan mengutip pandangan dari umat Islam. 

Inilah yang menteri agama kena buat. Kena reformasikan. Ini tak habis-habis merepek menggunakan ayat skema yang aku dengar pun rasa nak tidur.

Hanya baru-baru ini Mujahid dilihat pandai menggunakan pasukan media bagi membuat grafik dan video untuk menyebarkan agendanya malangnya focus beliau kelaut.

Focus beliau dalam poster itu adalah dirinya sendiri. Tulis balik apa yang beliau sembangkan. Bagaimana ini dipanggil perubahan?

Perubahan ialah kerja dah jalan, dan kau buat poster bagitau perkembangan reformasi itu. Itulah barulah kempen yang tepat. Ini setakat nak focuskan apa benda yang kau sembang skema tak payahla Mujahid. Kau buat aku tidur. Sekian. - 16 Januari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...