Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 19 Januari 2019

Fitnah DAP Mahu Buang Islam, Pemuda Lapor Polis Kenyataan Anak TG Hadi.

BERITA HARIAN | Ketua Pemuda DAP, Howard Lee membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands hari ini berikutan kenyataan fitnah dikeluarkan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam ceramah di Kampung Keledek dekat Jelai malam tadi.


Howard yang juga Timbalan ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) berkata dalam ceramah itu, Muhammad Khalil yang juga anak kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang didakwa menuduh DAP mahu menggugurkan Islam sebagai agama rasmi negara.

“Beliau juga (Muhammad Khalil) tuduh, tohmah dan fitnah bahawa DAP dan PH hendak membuang institusi istana di negara kita, ini adalah satu tuduhan dan fitnah yang sangat serius dan saya berpendapat ia adalah melanggar Kanun Keseksaan Seksyen 499.

“Tujuan saya buat laporan polis adalah supaya perkara ini disiasat secara mendalam mengikut Kanun Keseksaan dan juga apa sahaja undang-undang berkenaan dan yang bersesuaian kerana ini mengundang kemarahan rakyat dan sengaja berniat jahat menanam kebencian terhadap parti memerintah iaitu PH dengan mengkhususkan DAP atas dasar dan sifat rasis,”
katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan berkenaan di pekarangan IPD Cameron Highlands, hari ini.

Sidang media berkenaan turut dihadiri Pengerusi PKR Pahang yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.

Sebuah portal berita hari ini melaporkan, Muhammad Khalil dalam ceramahnya di Kampung Keledek mendakwa DAP mahu membuang Islam daripada agama rasmi negara ini selain turut mendakwa sejak mendapat kuasa parti itu mengganggu pelbagai institusi Islam dan raja.

Kampung Keledek adalah satu daripada tiga Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang dimenangi PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu selain PDM Sungai Koyan Satu dan Kota Raja.

Sementara itu, Fuziah berkata, PAS dan UMNO tidak sepatutnya menggunakan kenyataan sedemikian demi untuk memancing undi pada PRK kali ini.

“Sebagai Timbalan Menteri yang menjaga hal ehwal agama, saya ada hak untuk bercakap mengenai perkara ini, yang pertamanya kita mesti menjaga akhlak kita dan mesti menjaga perkataan kita, apabila kita nak mengata orang mereka tidak baik, kita kena tunjukkan terlebih dahulu bahawa kita adalah lebih baik.

“PH sentiasa menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan tidak akan mengubah Perlembagaan Persekutuan... ini adalah janji PH. Jadi mengapa mesti fitnah untuk mendapatkan undi, ini akhlak Melayu Islam yang jijik dan kotor dan harus ditolak pengundi,”
katanya.

Fuziah berkata, PAS dan UMNO diingatkan supaya jangan bercakap mengenai Islam apabila mereka beranggapan mereka lebih suci kerana datang dari parti Melayu Islam.

Katanya, untuk itu, beliau turut menyokong usaha DAP membuat laporan polis bagi menyiasat perkara itu. - 19 Januari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...