Kes ini sama seperti kes boss saya.
Boss saya dituduh memberi wang kepada jentera. Tak ada gambar atau apa - apa bukti yang solid.
Tetapi dia telah dihukum berdasarkan apa yang dikatakan oleh 8 orang saski (Hear Say lah ikut takrifan Pengerusi SPR) yang kenyataan saksi mereka saling bercanggah antara mereka.
Malah salah satu saksi utama ialah penyokong kuat DAP juga. Ada gambar dia di dalam majlis semalam yang melibatkan insiden pemberian wang itu.
Kes baru ini pun sama. Ikut kanyataan YB Lim Kit Siang, mereka bayar RM 20 untuk 60 orang jentera.
Cuma peliknya kali ini, tindakan itu dikatakan tak salah malah BERSIH pun siap kata tak salah walaupun siap ada bukti yang kukuh - (Gambar, Kenyataan Media, Laporan Polis dan SPRM).
Kalau boss saya salah, ini pun salahlah. Cuma ironinya, ini datang dari parti yang konon mahu lawan rasuah.
Tengok apa jadi dekat calon yang kata macam - macam dekat boss saya. Dulu dia juga kata BN ugut Orang Asal, sekali orang Parti dia yang ugut siap ada rakaman suara. Dulu kata boss saya main politik wang, sekali tengok jentera dia yang main politik wang sekali ada gambar.
Itulah Tuan - Tuan. Sebelum mengata, kenalah beringat sikit. Bila fikir kita boleh buat semua bila ada kuasa, inilah terjadi.
Saya tak kata boss saya itu tak bersalah atau salah, saya cuma nak kata kalau boss saya itu salah - tindakan DAP ini pun salah!
Kita kena lawan.