Propaganda menteri itu yang hanya menunjukkan harga paling rendah dalam senarai itu tidak dipercayai netizens apabila mereka membuat semakan sendiri di portal yang dinyatakan.
Pada awalnya Saifuddin memulakan bicara, "Najib turun padang dan dapati harga ikan kembung di Kompleks Muhibah Kampung Pandan RM22 sekilo.
Saya semak dengan data yang dikumpul oleh pegawai pemantau harga (PPH) menerusi aplikasi @mykpdnhep Price Catcher, harga ikan kembung tidak seperti yang digambarkan," katanya dalam kenyataan itu.
Bagaimanapun netizens yang tidak mahu membiarkan diri menerima jawapan itu bulat-bulat tanpa membuat semakan bertindak mencari sendiri kebenarannya.
Dan hasilnya mendapati menteri itu bermain wayang dengan menyorokkan harga mahal dan hanya menunjukkan harga rumah.
Pihak kami juga bertindak melakukan siasatan. Dan mendapati sememangnya menteri itu tidak berkata benar.
Tinjauan kami mendapati harga ikan kembung pada hari ini boleh mencecah sehingga RM24 sekilogram, berdasarkan pada lokasi.
Ini bermakna apa yang diutarakan oleh Najib Razak adalah benar dan sememangnya menteri jaga harga barang perlu pantau harga barang dengan turun padang dan bukannya sekadar mendengar jawapan dari pegawai.
Bahkan menteri juga perlu belajar menggunakan aplikasi Price Catcher sebelum menyeru rakyat untuk berbuat demikian. Nampaknya kegagalan berbuat demikian menyebabkan Saifudddin kantoi. - 17 Januari 2019.