Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 23 Oktober 2018

Surat Terbuka Untuk Syed Saddiq, Jangan Layan Kami Staff MSN Macam Sampah.

Firdaus Haron | MAJLIS SUKAN NEGARA : UMPAMA SEPAH YANG DIBUANG SETELAH MADUNYA DIRATAH

Tanggal 18 Oktober, lebih 400 orang sang kuli kerajaan telah dilempar kelemasan kedalam kolam rendaman ais ciptaan YBro Syed Saddiq. Mereka ini terdiri daripada staff sokongan daripada N1 sehingga pegawai S41. Dibawah pentadbiran kerajaan lama, mereka ini telah dilantik selaku penjawat awam kontrak dimana mereka setiap tahun/dwitahun akan mempebaharui kontrak mereka bersama majikan/agensi masing-masing.


Namun, tanggal 18 Oktober 2018, kesemua 400++ ini telah menerima sehelai surat keramat yang memberitahu bahawa Kerajaan Malaysia tidak lagi memerlukan khidmat mereka dan kontrak mereka akan tamat pada 31 Disember 2018. Situasi ini agak unik dan saya akan terangkan satu persatu.

2. STAF Yang KONTRAK TAMAT PADA 31 DISEMBER 2018


Bagi staf-staf dalam kategori ini, sememangnya mereka sedar bahawa kontrak mereka akan tamat pada hujung tahun 2018. Namun, secara konvensinya mereka ini akan disambung kontraknya kerana mereka ini bukannya bekerja `based on project` tetapi secara berterusan. Justeru ini bukanlah sebuah `Contract for Services` bahkan ini merupakan `Contract of Services`. Justeru praktis secara konvensi itu haruslah diteruskan sehingga kerajaan menjumpai formula bagi mengatasi situasi ini. Sebahagian besar daripada kelompok ini telah berkhidmat sebelum Sukan SEA 2017. Justeru adakah jasa dan bukti mereka ini adalah sia-sia? Persoalan ini merentas fahaman politik kepartian kerana jasa dan bakti mereka ini adalah kepada Malaysia yakni negara yang kita cintai semua.

3. STAF Yang KONTRAK TAMAT PADA 31 DISEMBER 2019


Staf dalam golongan ini adalah yang paling sedih. Sepatutnya kontrak mereka ini akan tamat pada akhir 2019, namun hasil keputusan yang bijaksana kontrak mereka telah dipendekkan atau erti kata lain ditamatkan setahun awal daripada tarikh yang termaktub didalam kontrak mereka. Ini adalah satu penganiyaan terhadap mereka. Pihak majikan iaitu Kementerian Belia dan Sukan seolah tidak mengendahkan kesejahteraan mereka-mereka ini dan membuang mereka begitu sahaja ibarat habis madu, sepah dibuang.

4. BUKAN SEMUA STAF YANG DITAMATKAN KONTRAK BERTARAF PEGAWAI.



Untuk pengetahuan semua, bukan semua yang ditamatkan kontrak adalah pegawai. Sesetengah mereka bertugas sebagai Tukang Cuci, Tukang Kebun malahan juga pemandu. Golongan-golongan ini bukanlah mereka-mereka yang bergaji belasan ribu setara dengan YBro Syed Saddiq. Mereka ini adalah golongan yang `earn barely enough to meet their ends`. Apa dosa mereka? Adakah akibat tekanan kewangan yang membuatkan Majlis Sukan Negara yang dibawah tanggungjawab KBS menamatkan kontrak mereka. Jika Itulah alasan pihak pentadbiran dan pembuat dasar, saya cadangkan gaji Menteri Belia dan Sukan serta pegawai-pegawai kanan tetap kementerian termasuklah lantikan politik untuk dipotong bagi meringankan beban kementerian.

5. MASA Yang TIDAK MUNASABAH


Surat tamat kontrak telah diterima oleh semua staf terbabit pada 18 Oktober 2018. Hal ini memberi masa selama 2 bulan dan 12 hari kepada yang terbabit untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan mereka. Ini adalah satu praktis yang bodoh dan tidak berhati perut. Kebanyakkan syarikat swasta pon memberi masa minima 3 bulan. Kenapa mereka-mereka ini diperlakukan seperti buruh yang tiada harga diri? Hinakah staf kontrak MSN sehingga mereka diperlakukan begini? YBro Syed Saddiq seharusnya tidak lepas tangan dalam isu ini. Kalau YBro yang terkena mesti YBro akan marah. Samalah seperti mereka- mereka ini. YBro seharusnya mengambil tahu hal-hal pentadbiran dan bukan hanya sibuk meraih sokongan populis ataupun bermain video game di dalam pejabat. Menteri seharusnya tahu apa yang berlaku dibawah agensi kawalanya kementerianya. Tiada alasan bahawa YBro tidak diberitahu kerana YBro dibayar oleh rakyat untuk AMBIL TAHU. YBro harus ingat bahawa pilihanraya telah berlalu dan sekarang YBro menggalas tanggungjawab selaku Menteri KBS. I suggest you start doing your job in a proper manner.

6. WIRAWAN DAN WIRAWATI NEGARA !!!!!


Kesemua yang telah ditamatkan kontrak ini adalah the `UNSUNG HERO of Malaysian Sports`. Mereka-mereka ini adalah insan-insan yang berhempas pulas bekerja di belakang tabir memastikan Malaysia dipandang tinggi dalam arena sukan dunia. Masih ingatkah tuan-tuan tentang kejayaan Malaysia menganjurkan dan menjuarai Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur. Mereka-mereka inilah insan-insan yang memastikan program-program atlet dapat dijalankan serta memastikan setiap orang atlet mendapat latihan dan kemudahan yang selesa agar mereka dapat memberikan persembahan terbaik untuk negara. Anda semua ingat Abah KJ ke yang buat tu semua? Abah KJ hanya memberi arahan sikit-sikit. Selebihnya diuruskan oleh kuli-kuli yang dipecat ini. Masih ingatkah Pembukaan dan Penutupan Sukan Sea dulu. Jika anda ingat, saya ingin Tanya kepada anda semua, siapa yang merangka, mengurus dan menjayakan 2 event besar ini? Jawapanya adalah kuli-kuli yang dibuang ini. Mereka ini ada yang terpaksa berjauhan dengan keluarga kerana terpaksa mengikuti perjalanan skuad kebangsaan diluar negara. Malah ada diantara mereka telah pon berkhidmat dan menghambakan diri lebih 10 tahun kepada arena Sukan Negara. Membesar di Bukit Jalil. Namun apa yang mereka lakukan sia-sia kerana akhirnya semua dipecat dan dibuang.

7. WIRAWAN vs KEPARAT POLITIKUS


Sang wirawan negara ini setelah diperah keringat mereka, setalah dikulikan mereka, dihambakan mereka, lalu dibiarkan lemas di dalam kolam ais terapi YBro Menteri KBS. Namun, seorang Calon PRU yang KALAH dilantik sebagai Pengerusi sebuah Agensi serta Penasihat Kepada Seorang Menteri diberikan segala kemudahan. Berjalan bertemu Mahasiswa di New Zealand dan baru-baru ini baru tiba di London atas lawatan rasmi meskipun pada masa yang sama masih GAGAL menjalankan tugas sebagai Pengerusi Agensi it uterus diberikan kemudahan, gaji, dan peruntukkan. Bagaimakah kita menilai harga diri seseorang di dalam Malaysia Baharu ini? 


via GIPHY

On one side, a loser in election (which was rejected by the people) had been given all the perks to travel around the world (I supposed gomen paid) but at the same time still to deliver his promises in PTPTN issue while on the other side we have 400++ who has been busting their ass off for the nations and yet their contract had been terminated? Youll be the judge Malaysians. 


Yang hak tetap hak dan Batil tetap Batil
Saya ingin memohon jasa baik rakan-rakan untuk memanjangkan tulisan ini kepada pihak berwajib agar nasib wirawan-wirawati kita ini terbela. Jasa dan pengorbanan mereka tidak seharusnya dipersia-siakan. Mereka ada keluarga, isteri, tanggungan serta komitment bulanan. 


Jangan zalimi rakyat marhean pada bila masa yang sama membela nasib KEPARAT POLITIKUS yang DITOLAK RAKYAT.

To the Malaysian Athletes, this is the time for all of you to show support your respective officials. They have given everything in order for all of you to have your allowances and perks to ensure that you guys would be comfortable to train and perform well. Now is the time for all of you to show your support to them. Make yourself heard.

Sekian

1 2 3 MALAYSIA !!!! 


#TeamMas
#KitaJuara2017
#TeamMSN
#MalaysiaBaru
#MajulahSukanUntukMalaysia
#SukanMalaysia
#YBro

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...