Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 23 Oktober 2018

Bila Tun Dr. Mahathir Tak Menjawab Soalan..

Kamarul Yusoff | BILA TUN DR MAHATHIR TAK JAWAB SOALAN

Soalan Tan Sri Johan Jaafar : “Apa satu pegangan ataupun satu falsafah yang menggabungkan semua empat-empat parti ini (PKR, DAP, AMANAH dan BERSATU), yang nampaknya mempunyai kepentingan mempunyai perjuangan yang agak berbeza, apa satu perkara, Tun, yang menyebabkan parti (pakatan) ini akan terus kuat dalam konteks itu?”


Jawapan Tun Dr Mahathir Mohamad : “Ya, pada satu ketika dulu orang Melayu mempunyai cuma satu parti saja, UMNO saja. PAS pun tak ada, lain parti pun tak ada, cuma satu saja. Pada masa itu kita cukup kuat. Tapi banyak orang kita tamak nak jadi Perdana Menteri. Kita sekarang ni berpecah kepada empat, kepada lima. Bila kita berpecah, kita jadi parti kecil. Parti kecil nak menang, dia kena cari orang bantu dia. Semua parti-parti Melayu sekarang ni nak dapat sokongan orang Cina. Itu bukan salah orang Cina, salah orang Melayu ni. Masing-masing, oh dia ni nak jadi negara Islam kononnya walaupun membuat benda-benda yang bertentangan dengan Islam, tapi ada orang yang ikut. Ah, orang ini teringin nak jadi Perdana Menteri, berhempas-pulas nak jadi Perdana Menteri. Dengan itu pecah. UMNO yang satu dulu, yang boleh lawan dengan British sehingga menang, kita dapat kemerdekaan, UMNO itu sudah dilumpuhkan kerana perasaan tamak di kalangan pemimpin-pemimpin Melayu.”
Bila Tun Dr Mahathir, yang selalunya akan menjawab tepat setiap soalan yang ditanya, kali ini tidak menjawab soalan yang ditanya, tidak dapat tidak persepsi yang akan timbul adalah sama ada Tun Dr Mahathir terlalu kepenatan atau soalan ini agak sukar untuk dijawab. - 23 Oktober 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...