Pertama, P Kasthuriraani (Kasthuri) patut tarik balik kenyataannya (dalam Parlimen dan seterusnya dalam komen-komen FB) dan mohon maaf kepada semua umat Islam dan juga kepada Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja Melayu selaku ketua Agama Islam Persekutuan dan Negeri.
Gambar Mohd Luttfi, Ihsan Mohd Luttfi. |
Kedua, dia tidak menjangkakan kesan balas dari umat Islam secara umumnya apabila umat Islam dan Melayu mengecam percubaannya untuk “masuk campur” urusan agama dan kepentingan umat Islam yang beliau tidak ada hak untuk berbuat demikian.
Ketiga, beberapa status FB beliau yang memuatkan diskusi beliau dengan ramai Netizen (termasuk mereka dari latarbelakang undang-undang) telah “menelanjangkan” kelemahan poin-poin dia sendiri, termasuk beberapa tohmahan yangt dia tidak dapat buktikan. Kefahaman beliau tentang kedudukan Islam di dalam perlembagaan sendiri pun sudah salah.
Keempat, ahli Parlimen Batu Kawan ini telah “disekolahkan” oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim tentang kedudukan ajaran Syi’ah Qadiyani dan Ahmadiyah. Dia tidak ditegur oleh mana-mana ahli Parlimen dari blok PH. Pembaca tentu tertanya mengapa mereka diam?
Kasthuri Patto |
Keenam, beliau menghalakan “gertakan”nya kepada ismaweb oleh kerana portal berita ini telah memuatkan satu penulisan yang membongkar niat tersirat dan muslihat halus di sebalik ucapannya di Parlimen. Tujuannya hanyalah untuk menutup “ke-kantoi-an” diri sendiri terhadap kenyataan di Parlimen itu.
Ketujuh: Apa yang disebut oleh Kasthuri hanyalah segelintir sahaja dari agenda perjuangan COMANGO yang masih belum selesai, dan mungkin satu alasan untuk mendesak kerajaan Malaysia supaya tunduk patuh sepenuhnya kepada kehendak-kehendak COMANGO. Malaysia akan berhadapan dengan Universal Periodic Review (UPR) yakni satu proses untuk mengkaji rekod hak asasi negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak lama lagi.
Kelapan: Kenyataan Kasthuri boleh dianggap sebagai satu pendirian rasmi DAP dalam isu ini. Ahli-ahli Parlimen DAP tidak pernah bertelagah atau bercanggah antara satu sama lain dalam apa-apa isu yang timbul di parlimen, khususnya melibatkan kepentingan parti politik mereka dan juga dalam isu-isu melibatkan kepentingan Islam dan umat Islam. hal ini secara tidak sedar telah diisyaratkan oleh Kasthuri sendiri di dalam salah satu status FB beliau.
Kesembilan: Diamnya ahli-ahli Parlimen Melayu Muslim dari blok PH membawa satu kefahaman dan pengertian bahawa mereka sama ada bersetuju dengan kenyataan Kasthuri ataupun takut untuk membantah. Mana-mana pilihan antara keduanya membawa maksud mereka tidak sensitif atau prihatin sama sekali terhadap implikasi dan kesan jangka panjang ke atas kedaulatan, masa depan dan kedudukan Islam dan umat Islam.
Hal ini tidak menghairankan langsung oleh kerana apa yang ditimbulkan dan disebut oleh Kasthuri tidak ada bezanya dengan “perjuangan” blok pembangkang (sebelum jadi pemerintah dahulu) melalui siri-siri demonstrasi jalanan Bersih dan seumpamanya. Kini mereka berada di posisi yang akan mempercepatkan lagi tercapainya hasrat dan agenda yang diperjuangkan sejak begitu lama.
Kesepuluh: Kelucuan yang ditonjolkan oleh Ahli Parlimen Hulu Langat, Haji Hasanuddin Mohd Yunus, ketika cuba membela Kasthuri melalui komen manis mulusnya. Selain daripada perlu “disekolahkan” tentang Perlembagaan Persekutuan, Haji Hasanuddin hanya berjaya mendedahkan kekeliruan dan kecelaruan dirinya sendiri apabila gagal memahami agenda besar yang tersirat di sebalik ucapan Kasthuri.
Kesebelas, pendirian kumpulan “liberalis-Melayu” Rahmatun Lil ‘Alamin (RLA) yang tidak mempunyai apa-apa pilihan selain menjadi pak turut dan saf pembela kepada DAP. Mereka terlalu diikat dengan sentimen “menyantuni” parti cauvinis ultra kiasu ini (dan mungkin juga terhutang budi yang banyak) sehingga pandangan mereka telah “terhijab” dari rekod buruk pendirian parti ini terhadap kepentingan Islam dan umatnya.
Sebagai catitan terakhir, sekiranya Kasthuri yakin dengan langkahnya untuk “menundukkan” ismaweb dalam gelanggang mahkamah, saya juga percaya ismaweb lebih dari yakin lagi untuk “meng-Khabib-kan” kesombongan dan gertakan ahli Parlimen Batu Kawan ini. - 23 Oktober 2018.